bismillah,
hari ke3 berada di tanjung karang,
hari ke3 menetap di bilik air-cond persis hotel,
masih blur lagi dengan posting jkm ni,
setelah lama tidak tertido dalam lecture,
tabiat lama kembali semula :p
maaf doktor, dah berusaha menahan mengantuk,
tapi tewas juga akhirnya.
kami dibahagikan kepada 2 kumpulan,
satu di kuala selangor, satu di sabak bernam,
aku dapat sabak bernam, yang perlu naik bas pukul 7am,
setengah jam perjalanan, macam naik kuda rasanya,
mana tak nya, jalan yang tak berapa elok,
tapi alhamdulillah syukur,
walaupun rasa macam naik kuda,
masih ada kenderaan,
tak perlu jalan kaki, tak perlu berbasikal,
dan seronok sangat dapat tengok sawah,
dapat tengok bendang, alam ciptaan Allah,
kalau nak cari kat perak, memang susah nak jumpa,
KL lagilah tak ada,
semalam pergi ke pejabat kesihatan daerah,
mendengar lecture hampir 6jam di sana,
berhenti solat dan makan sahaja,
agak meletihkan, walaupun hanya duduk dan mendengar.
balik semula ke bilik hotel pukul 5pm :p
aku dan sahabat2 merancang ke pasar malam,
untuk membeli sedikit juadah berbuka puasa,
kami keluar bertujuh, tapi hanya 3 yang berpuasa,
untuk keluar makan, atau membeli barang,
kami perlu menghubungi pak cik bas,
untuk membawa kami ke pekan,
tapi, ada sahabat yang membawa kereta,
lantas memudahkan urusan kami,
sampai sahaja di depan supermarket billion,
semua kecewa sebab pasar malam tak ada!
salah hari rupanya,
kami pun bergegas ke satay hut,
salah satu restoran terkenal kat tanjung karang,
pada mulanya, hanya mahu bungkus,
tapi yang lain mencadangkan makan dan berbuka bersama di sana,
kami order satay, abc, dan makanan pilihan masing2,
aku pilih nasi goreng 'selamat datang',
tertarik dengan nama dia :)
abc dan satay, kami makan bersama,
satay dia sangat besar, 3x ganda satay biasa,
abc yang disaluti aiskrim pulak sangat sedap,
makan dengan agak riuh rendah,
bertukar-tukar makanan minuman,
makanan masing-masing ditawaf sekeliling meja :p
agar semua dapat merasa.
saat semua, mengira harga makanan masing2 setelah habis makan,
seorang sahabat pergi untuk mendahulukan duitnya dahulu,
malu dengan duit seringgit2 yang dikumpul,
nampak sangat sorang2 yang membayar nanti,
dia kembali dengan muka yang agak terkejut,
saat itu aku masih sibuk mengira harga makanan aku,
"wei korang, dah ada orang bayarkan" beritahu dia,
"hah..! sape?" kami semua menjerit
"ada sorang pak cik tu, dia dah pergi dah" jawab dia dengan muka yang masih tak percaya
menurut sahabat aku itu, saat dia berbaris untuk membayar,
pak cik itu berada di depan dia,
waktu itu, dia tak perasaan langsung pakcik itu bayarkan untuk kami semua,
hinggalah, kakak menjaga kaunter itu, memberitahu.
sahabat aku itu, bergegas mendapatkan pakcik itu,
yang sedang menuju ke kereta mercedesnya,
"pakcik bayarkan ke? tak pe la pakcik, menyusahkan je,"
"tak pe, pakcik tengok kamu semua macam sebaya anak pakcik je, dia belajar kat universiti di terengganu, lagipun kamu semua puasa kan?"
"aah, (3 orang je puasa-cakap dalam hati), terima kasih banyak2 pakcik"
rupa-rupanya masih ada orang yang pemurah dalam dunia ni,
rupa-rupanya kami semua diperhatikan, (macam mana la gaya aku waktu makan itu)
alhamdulillah, rezeki kami, rezeki mereka yang berpuasa,
tak kan lupa hari itu,
selalu tengok dalam tv je kejadian tersebut,
tapi, semalam berlaku pada aku pula,
moga Allah balas kebaikan yang pakcik itu lakukan,
“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )
p/s: dakwin mula spm tadi, semalam call dia, bagi kata-kata sikit, tiba-tiba senyap je suara, menangis rupanya budak tu. takut katanya. "Ya Allah, berikan ketenangan, kefahaman, kemudahan pada adikku dan sahabat2nya dalam menghadapi exam spm, moga redhaMu berjaya diraih mereka"