Tuesday, November 26, 2013

ho

bismillah.

memang rindu.
mari memulakan kalam dengan lafaz alhamdulillah.

alhamdulillah
sudah hampir sebulan bekerja.
sudah merasa beratnya amanah seorang pengamal perubatan,
sudah merasa penatnya dan lelahnya pekerjaan yang satu ini,
juga telah merasa gaji pertama sepanjang 24 tahun usia hidup ini.  =)

sungguh, alam bekerja dan alam belajar bagai langit dan bumi,
kalau kita merasa beratnya ujian dan cabaran di waktu belajar,
nantikan pula di alam pekerjaan. 

sekadar berkongsi.
posting pertama: surgery
antara department yang baik.
specialist, mo semua baik-baik.
dan di katakan antara posting yang paling rileks.
nope! bila dah menjawat jawatan sebagai ho,
tiada istilah rileks dalam diari hidup anda.

bekerja 24jam straight. off day yang tidak tentu hari.
berdiri selama 5jam dalam ot; exploratory laparotomy
dikejut staff nurse pukul 3 pagi untuk assist open appendicectomy.
3 new case yang datang serentak
bagging patient lebih 3jam
procedure yang terlalu banyak untuk disenaraikan.

dan realiti yang terasa pahit untuk dinyatakan,
waktu solat yang selalu dilewatkan,
dan kadang terpaksa dijama'kan (op yang terlalu lama)
tetapi, dalam kesibukan duniawi ini, ada suatu kenikmatan yang dirasai

kini benar-benar terasa, solat itu merehatkan
ma'thurat, quran, kitab walau dibaca satu ayat, satu helai,
sangat terasa nikmatnya.
tidur yang sedikit, makan yang sekali sehari walau hanya dengan maggi,
terasa keberkatanya.

entahlah, bila terasa penat, bila merasa malas,
cepat-cepat ingat pada Dia, tiba-tiba rasa kekuatan itu ada.
pada saya, walau apa saja pekerjaan yang kita buat, pasti punya ujian dan cabaran yang tersendiri,
semuanya, berbalik pada kita,bagaimana untuk menangani ujian Allah ini.
dari Dia ia datang, pada Dia ia kembali

cuba cari motivasi untuk terus melangkah.
ingat apa saja kita buat kerana Allah. 
tanamkan dalam hati segala yang kita lakukan andai benar niatnya, pasti ada nilaian disisiNya.
walau sekadar mengambil darah, walau sekadar mereview patient, kerana itu juga dianggap kita memudahkan urusan hamba Allah yang lain.
dan jangan meremehkan ibadah yang satu ini. menziarahi pesakit dan mendoakan mereka.
siapa lagi  punya peluang itu setiap hari kalau bukan kita

motivasi saya:
kata Allayarham Ustaz Yahya Othman, kadang-kadang manusia kurang berjaya bukan kerana dia tidak pandai, tapi belum berjumpa dengan potensi dirinya. baik dari segi kerjaya mahupun sumbangan pada agamaNya.

teruskan mencari diri kita sambil mengenal Dia. orang mu'min adalah orang yang besar jiwanya, teguh semangatnya, tidak mudah putus asa, sentiasa berusaha gigih kerana meletakkan akhirat dalam hati dan di depan matanya, dan dunia dalam kawalan tangannya.

segalanya milik Allah datang dengan bantuan Allah. jangan lupa berdoa mudah-mudahan Allah membantu kita. jangan sedih2, asyik down. senyum dan teruskan berjalan

teruskan mujahadah. usah dihitung bila akan tamatnya larian ini. pastikan terus bergerak, walaupun dalam keadaan merangkak mahupun mengesot. sebab putus asa itu, bukan sifat orang mu'min!

p.s: dalam apa jua keadaan, tika susah atau resah gelisah, paksakan diri kita untuk yang pertama mengadu dan meminta terlebih dahulu pada Allah.
kemudian barulah mak ayah, rakan taulan, FB dan sebagainya.
Allah bukan saja sumber kekuatan.
Dia sumber segala sumber.

'keep working and never stop praying'
sheikh Navaid Aziz said:
'Allah loves to be called in secret'
so ask Him.



p.s: kadang2, dalam penat bekerja, ada saja perkara menghibur hati. gelagat pesakit yang bermacam ragam, staff nurse, collegue yang selalu mengusik, makcik pakcik cleaner,guard yang selalu bermanis muka.dan pastinya, doa berterusan dari kedua ibu bapa dan keluarga serta sahabat yang memampukan saya meneruskan langkah ini. sungguh, terasa betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan pada kita.tinggal kita syukur atau kufur
p.s: moga Allah beri kesempatan masa lagi,untuk terus mengungkap kalam! misi melepas rindu tercapai =)