bismillah,
bertemu kembali.
di minggu-minggu terakhir sebelum final exam,
macam biasa, baru nak kelam kabut,
baru nak susun nota study group,
nak penuhkan log book,
nak cari patient buat p.e.
aku di sini masih strungle menghabiskan pengajian,
pada masa yang sama, ramai kawan-kawan sebaya dah konvo,
tengok senior-senior, doktor-doktor muda dengan jubah merah mereka,
menaikkan semangat dan kecemburuan dalam diri,
tapi terselit juga kerisauan dalam hati,
dapatkah aku menjadi seperti itu di kemudian hari.
=======================================
jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata: tiada kehidupan yang singkat daripada menerima ilmu yang luas-ibnu sina.
bermula perjalanan mengenal Allah ialah mengisytiharkan perang ke atas hawa nafsu-imam ghazali
wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang kusyu'. susah itu tarbiyyah, sabar itu indah-iluvislam
Seorang lelaki mengadu kepada Imam Sahl bin Abdullah At-Tustari.
"Wahai tuan, ada orang masuk ke rumahku lalu mencuri hartaku dan merosakkan barang-barangku." Imam Sahl menjawab:
"Bersyukurlah kepada Allah kerana bukan syaitan yang masuk ke dalam hatimu, lalu mencuri imanmu dan merosakkan tauhidmu."
p.s: bila iman dan amal terjaga, insyaAllah study juga terjaga
p.s: setiap hari, aku berusaha bangun begitu pagi, agar bisa mencintaiMu lebih awal dari matahari-tumblr
p.s: mari bangun sebelum subuh. marilah!
No comments:
Post a Comment