"i dont know how to say goodbye to something like this"
panas-panas di sana,
sejuk-sejuk di hati ini,
hitam-hitam kulit mereka,
putih suci aqidah tetap sama,
biar bersesak-sesak dalam kebaikan,
biar berpenat berulang-alik dalam kepeluhan,
agar ibadah itu kau sempurnakan,
sabar dapat dijiwai, redha diamalkan, tarbiyyah diresapi ke jiwa dahaga
ada yang kata, 'kalau mahu rindu, perlu adil; meletakkan rindu pada tempat yang sepatutnya'
dan saksikanlah aku sedang merindu!
moga-moga ini bukan rindu biasa, ya Allah,
tapi rindu yang adil!
bukan saja-saja Allah sampaikan kau ke sini,
tapi supaya taqwa itu ditingkatkan.
supaya takut pada Dia itu dilebihkan.
supaya diri muhasabah, reflect.
muhasabah dosa noda yang membusuk dalam diri
muhasabah dosa noda yang membusuk dalam diri
-----------------------------------------------------
bak kata prof har tadi,
'separuh daripada medical student ni bukan reflector.
bila disuruh menulis reflective writing, di tulis fakta, perkataan I, me, myself tak ada langsung, atau menganggap diri sudah sempurna; di reflect kelebihan diri sahaja.'
muhasabah dan hitung aib diri!
biar berkali-kali.
kerana bukan sekali dua, kita berbuat dosa,
bukan satu dua kekurangan kita.
tapi terlalu banyak, banyak hingga tak terkira
T_T
dan, nah! kami di beri satu lagi tajuk reflective writing;
'do i have what it takes to be a professional medical doctor one year from now?'
memang tajuk ini juga menjadi persoalan dalam diri sendiri setelah melangkah ke tahun akhir ini.
do, i have?
muhasabah + bertindak = berubah, insyaAllah!
p.s: jeling-jeling kalendar akademik tahun 5, mencari cuti. dalam setahun itu, hanya ada seminggu cuti. cuti raya..bertabahlah wahai hati~
p.s: to all 5th year students, tun mahathir wants all final year ukm to attends his talk next week. he would want to share his experiences and tips as medical students before entering housemanship-fb batch. tahun-tahun sebelum ni tak pernah ada. tahun sebelum ni ada amanat dekan je. herm. untung-untung~
No comments:
Post a Comment