Monday, June 18, 2012

sederhana

bismillah,


malam semalam adalah hari yang beremosi bagi kebanyakan orang sekeliling saya.
seorang berkongsi tentang rindunya.
seorang mengadu homesick.
seorang lagi tentang keluarga.


bunyi macam sama,
tapi hakikatnya berbeza.
situasi berbeza pada orang yang berbeza.


terbaca tentang emosi di sini.

bila ditanya, bolehkah kita beremosi/emotional?  
sesungguhnya perasaan dalam ISLAM itu indah. Sangat indah. itu fitrah. Hidup tanpa perasaan, kering-kontang. Dunia tiada warna. Sepi. Cumanya, kita kena kawal perasaan, biar seimbang. Bersederhana macam yang Rasulullah s.a.w. pesan. 
apapun, pentarbiyahan mengajar untuk menukar segala yang negatif jadi positif. Meski dalam urusan emosi dan perasaan. Bukan tak boleh sensitif, cuma ada tempat dan masanya. Perasaan yang sebegitu bagus dan mudah menarik objek dakwah. Sebab kita mudah menyayangi dan mencintai seseorang. Kasih sayang kan pengikat hubungan? Tapi, pada masa yang sama orang-orang yang jenis sensitif ini perlu lebih kuat dan teguh. Tak mudah terasa hati dengan tengkingan, marah-marah orang, jelingan yang menusuk, kata-kata pedas, kerinduan dan macam-macam lagi. Jalan dakwah dan tarbiyah ada ke yang sentiasa best? Pasti berliku penuh onak duri. Banyak yang akan menentang, dan terlalu menuntut kesabaran sang hati. Spiritual harus tinggi. Emosi perlu mapan dan mantap. 
Banyak halangan. Banyak cabaran. Itu pasti.
Dan..betul sangat-sangat. 
"Orang yang matang hakikatnya ialah orang yang mampu menangani emosinya dengan cermat dan teliti. Saat orang lain beremosi, dia boleh tenang dan tak mudah kalah dengan situasi."


kadang-kadang, perempuan tak realistik. bila perasaan diletak pada otak, bukan pada akal. bila emosi diletak pada hati, bukan pada iman. mereka kata, dengan emosi perempuan lemah. tapi aku kata; dengan lemah itu, mereka sempurna, kalau mereka beriman!




"dan Dia mendapatimu seorang yang bingung (sesat), lalu Dia memberikan petunjuk" 
(ad-dhuha: 7)



dan quote yang menarik untuk dikongsi dalam buku 'di hamparan shamrock ku seru nama-mu-us hasrizal' (sila baca buku ni. sarat dengan pengalaman yang memotivasikan diri!)


siapalah kita untuk memilih bentuk ujian?
yes, be yourself, but be the best of yourself!

p.s: sebenarnya, bila mereka beremosi, saya turut teremosi. dalam sedu-sedan tangisan mereka. dada ini sakit menahan sebak. jadi peringatan ini terutamanya buat si tukang tulis.
marilah bersederhana! biar kita beremosi dengan dipandu iman dan taqwa.  

p.s: tapi, ada juga jenis yang tak beremosi langsung. isu syria, palestin, myanmar dipandang sepi. penindasan ke atas saudara kita dirasakan biasa. pembunuhan beramai-ramai dianggap bukan suatu isu besar. kata mereka, 'kita perlu berkecuali'. Allah Allah. moga Allah memberi mereka dan kita hidayah. tidak terhijab menerima kebenaran. moga Allah memenangkan Islam. Dialah sebaik-sebaik penolong. 


beremosi jugak bila tengok countdown exam ikhtisas ni.  +_+



Wednesday, June 13, 2012

anna althafunnisa'


bismillah,

alhamdulillah, ahad lepas berkesempatan ke ukm bangi. datang sebab nak jumpa oki!
jujurnya, bukanlah salah seorang peminat tegarnya, atau peminat filem kcb lakonannya.
hanya, terfikir mahu ke majlis ilmu, dan alhamdulillah diberi kesempatan masa untuk ke sana =)

majlis berbentuk talkshow yang bermula selepas isya' itu sangat mengesan di hati. tak pandai mengulas panjang. biarlah point-point penting di bawah berbicara:

oki si penulis buku.

seorang yang suka membaca. katanya, andai mahu menjadi seorang penulis, harus banyak membaca!
sejak kecil, suka menulis diari. sebelum tidur, pasti buku diarinya tercatat segala yang berlaku pada hari itu. oki juga berkongsi, ada pembaca bukunya menangis tatkala membaca tulisannya dalam buku itu. manakan tidak, dia juga turut menangis sewaktu mengarang kisah hidupnya dalam buku itu. kata oki lagi; andai menulis dari hati, ia bisa dan akan menyentuh hati juga. :) "i write from my heart" sesekali, gadis itu  berbahasa inggeris sambil tersenyum manis di akhir kata.

oki turut berkongsi, dia sangat sukar menulis andai imannya rapuh, andai dia futur. tapi, apabila hatinya sangat dekat dengan Allah, mudah sahaja tangannya berlari laju untuk menulis. tahap iman mempengaruhi penulisan. :')

menulis buku sebagai medium dakwah, pabila ramai yang bertanya, bagaimana oki bisa berjilbab, bagaimana dia bisa dapat hidayah. katanya lagi, biarlah buku-buku itu menjadi amalan jariah yang mampu di bawa ke alam kubur, kelak.

oki si selebriti

sejak umurnya 4 tahun, bila ditanya mahu menjadi apa, dia pantas menjawab, "i want to be a celebrity, an actress". dalam tempoh usianya dari 4 tahun hingga 16 tahun, oki sering menghadiri ujibakat drama mahupun filem. azamnya yang tinggi mahu menjadi pelakon membawa kepada kisah lucu yang dikongsi bersama kami di talkshow itu.

"dulu, saya bukan seperti ini. pakaian semuanya mini-mini, dari atas ke bawah. saya selalu berangan menjadi selebriti. menjadi pelakon yang memenangi award. satu ketika, saya menghadiri uji bakat drama, dan saya terpilih jadi pelakon. heboh satu kampung, saya canangkan. kata saya, jangan lupa jam 8, drama malam ini, oki akan beraksi di tv. emak juga jiran-jiran sekampung setia menanti drama tersebut untuk melihat kemunculan saya, tetapi kata mereka, saya tidak muncul-muncul. bila saya tengok kembali drama tersebut, ternyata saya ada, tapi cuma kaki saya yang muncul. saya yakin itu kaki saya. saya tidak mengalah malah mahu lagi pergi ke audition."

oki si pendakwah

saat ibunya sakit, oki diberi hidayah oleh Allah untuk bertudung. walaupun tika itu, ilmu agamanya cetek, tapi dia berusaha menutup aurat, dan mudah-mudahan itu permulaan dan asbab dia menjadi anak solehah, lalu dapat mendoakan kesembuhan ibunya.

sejak itu, dia istiqamah bertudung dan mempelajari ilmu agama.di universiti, dia turut mengajar anak kecil mengaji. dan cita-citanya menjadi pelakon semakin hari semakin dilupakan, dan dia punya impian baru. mahu menjadi guru!

dan tiba-tiba, dia dicadangkan oleh sahabatnya supaya menghadiri audition untuk filem kcb. dia keberatan. kongsi oki, sahabatnya diam-diam telah mendaftarkan namanya. setelah itu, dia sekadar mencuba untuk memilih watak 'husna'. di borang audition itu dia memilih untuk menjadi watak 'husna' bukan 'anna', kerana katanya, dirinya tak mampu menjadi sebaik watak anna althafunnisa'. tapi ternyata Allah punya aturan terbaik buatnya. alhamdulillah dia diterima menjadi peranan utama dalam filem tersebut. kata oki, sewaktu dia masih jahiliyyah, dia bersungguh-sungguh mahu jadi pelakon, berpuluh audition dihadiri, untuk mendapat berlakon satu drama pun sangat sukar. tapi, saat dia tidak mahu menjadi pelakon, Allah mudahkan jalan baginya. 'hikmah apakah yang tersembunyi ini, ya Allah?'

'kamu tak biasa jadi apa-apa andai kamu memakai tudung'
'kenapa oki pakai pakaian arab, bajunya besar-besar'

banyak sungguh kata-kata dan kritikan dari orang ramai tentang imej dirinya. itulah sunnah orang berjuang. tapi apabila dia dinobat sebagai pelakon wanita terbaik, oki tersenyum, mengingatkan kata kritikan mereka, menguatkan dirinya untuk menjadi lebih baik.

imej muslimahnya itu ternyata antara dakwah paling berkesan buat peminat mahupun rakan artisnya yang lain. pernah satu ketika, oki dengan pakaian jubah dan tudung labuhnya itu sedang menunggu giliran untuk disolek. tiba-tiba dia disapa 2 orang rakan artis:
"minta maaf oki, kerana kami berpakaian begini" kata mereka sambil cuba menarik-narik skirt singkat yang di pakai mereka ke bawah.    

moderator yang bijak menceriakan suasana!

oki si pelajar pintar


graduan universiti jakarta dalam jurusan psikologi ini bukan pelajar biasa-biasa. dia penerima anugerah dekan. dan sekarang sedang merancang untuk meneruskan di peringkat master. pesan oki untuk penuntut ilmu


"andai anda lelah tika berjuang, kenanglah wajah orang yang anda perjuangkan, ingat wajah ibu anda, wajah ayah anda yang menaruh harapan menggunung tinggi buat anda"
"hidup ini adalah satu perjuangan, oleh itu berjuanglah. bila sampai satu saat, kita pasti akan merasai kemanisan perjuangan itu"

oki si gadis ayu


sewaktu sesi Q&A, ada seorang bertanya tentang bagaimana oki boleh menjadi seorang yang sopan dan ayu. dan ternyata itu bukan sesuatu yang dibuat-dibuat. oki menjawab,

"bagi saya, semua muslimah yang berjilbab adalah cantik, ayu dan sopan, kita semua, insyaAllah begitu"
"i'm proud to be muslimah!"

usah dicari si tukang tulis, tak sempat pun nak bergambar T_T
saya si tukang tulis

bukan mahu mengangkat atau mengagung-agungkan si dia. cukup sekadar mengambil ibrah dari pengalaman hidupnya. bukankah pengalaman itu antara guru terbaik kita dalam mengharungi 'ujian kehidupan' di dunia ini.

duhai muslimah, saat hati di sapa hidayahNya, sambutlah ia dengan segera. teruskan melangkah untuk berubah tanpa perlu mengundur lagi. sesungguhnya pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia. janji Allah itu pasti.

saya keluar dari masjid dengan senyuman puas. (walaupun sedih tak dapat bergambar dengan oki). terdetik di hati, berapa banyak hati-hati mati yang disuburkan dengan kisah yang menginspirasi dari seorang selebriti bernama oki. kadang terfikir, kita selalu leka, menganggap kitalah daie yang membawa Islam, padahal betapa tak mampunya kita berkerja seorang diri. bukan semua sukakan majlis ilmu. bukan semua boleh menerima Islam dengan manhaj yang kita bawa.

si pelakon yang membawa mesej dakwah dalam filem lakonan, mampu menjadi asbab penghijrahan penonton yang menonton filemnya. 
si penulis buku mampu menjentik hati wanita di luar sana  untuk menutup aurat, untuk berubah menjadi lebih baik 
si tukang sapu mampu menyuntik akhlak islam dalam diri mereka yang melihat.

kita? 
oleh kerana, semua dari kita mampu menyumbang untuk Islam, walau di posisi mana kita berada,
jawapannya:
si pendakwah itu adalah kita :)

p.s: dah di draft kan berhari-hari. tak biasa menulis panjang-panjang. tak pandai mengulas. huh
p.s: umur oki 23 tahun. bunyinya macam sebaya kan. memang sebaya! >_<
p.s: sebelum bermula posting, niat di hati mahu ke majlis ilmu sebanyak mungkin. (kata orang, kalau ada hajat, harus dikhabarkan. supaya mudah orang mengaminkan serta mengingatkan :D)

Saturday, June 9, 2012

hujan


untuk yang mencari tenang, tenang itu membawa tangis.
tangis yang nyaman
allahu rabbi :')



“tiada satu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. barangsiapa beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya." (atTaghabun: 11)





ya Allah, banyaknya silap. tak terhitungnya salah. perteguh, dan kuatkanlah langkah. duhai hati, merendahlah. hamba. sehambanya. 
keyboard kehujanan


Thursday, June 7, 2012

emo?



bismillah, 

bukan sebab kesejukan malam. bukan sebab ketiadaan bintang sebagai peneman. 
entah, yang pastinya ada sebab lain. 

buku-buku bersepah. kertas-kertas bertaburan atas meja persis keadaannya dengan perancangan yang juga berkecamuk dalam kepala.

"kesunyian malam membuatkan manusia berinteraksi dengan emosi dan perasaan sendiri."

geram. rasa terbeban. rasa penat. 
Allahhu Allah.
beremosi sungguh engkau.
tarbiyyah mengajarmu bukan menjadi manusia, tapi menjadi hamba,

nak jadi orang yang berilmu, kena banyak membaca.
nak jadi orang yang hebat, kena banyak belajar.
nak jadi orang yang tahu segala benda, kena banyak buat salah.
nak faham keadaan umat, kena bercampur dengan manusia.
nak memimpin, kena tahu berorganisasi.

pendek kata, kalau nak tahu semua, atau nak jadi seseorang, kena sentiasa belajar.
belajar: satu proses yang memerlukan masa, 


perlukan tenaga, perlukan kesungguhan. dan perlukan pengorbanan. :')


selalu pesan pada adik-adik usrah dan diri sendiri:
'jangan rasa setiap penat lelah kita ini sia-sia. Allah pasti menilai dengan nilaian paling tepat buat kita. yang pasti selalu niat, aku buat semua ni kerana Allah.' 


"aku buat semua ini kerana Allah"
(dalam keadaan lelah dan letih tahap giga pun, masih mampu tersenyum bila mana kita tahu kita letih kerana Dia)

senyum!
:') 

Sunday, June 3, 2012

in love




mohon Kau selalu jaga hati.
nafsu tak selalunya kalah,
iman tak selalunya menang,
tapi jangan sampai
aku kecundang,
dan terus mengalah.

:'(

--------------------------------

bila rasa iman sedikit goyah,
dan hati tak berapa tenang,
baca Al-Quran banyak-banyak kali.
berlama-lamaan dengan Al-Quran.
andailah halaman pertama, kedua, dan ketiga
belum menyentuh dan meresap ke hati, 
insyaAllah, yang kesepuluh pasti mampu menyuburkan rasa tenang itu! 

atau sujud lama-lama. 
atau doa dengan mata terpejam rapat-rapat. 
dan dengan kumat-kamit yang sederhana dan khusyuk, insyaAllah. 

kalau kita merasakan Rasulullah itu sungguh halus, santun, dan pemaafnya baginda.
kalau kita merasakan kasih ayah itu sungguh di mana-mana,
dan kalau kita merasakan sayang ibu itu dalamnya terlalu,

maka, siapakah Dia?
bukankah Dialah yang menciptakan seorang Rasulullah, 
menjadikan seorang ayah, 
dan menitipkan seorang ibu buat kita? 

maka, 
kasihNya tentu lebih-lebih lagi. 
:)



Saya sayang Allah. Saya cinta Allah!

p.s: kadang-kadang apa yang dicakap/ditulis mendorang amal. mudah-mudahan. :')