bismillah,
alhamdulillah, ahad lepas berkesempatan ke ukm bangi. datang sebab nak jumpa oki!
jujurnya, bukanlah salah seorang peminat tegarnya, atau peminat filem kcb lakonannya.
hanya, terfikir mahu ke majlis ilmu, dan alhamdulillah diberi kesempatan masa untuk ke sana =)
majlis berbentuk talkshow yang bermula selepas isya' itu sangat mengesan di hati. tak pandai mengulas panjang. biarlah point-point penting di bawah berbicara:
oki si penulis buku.
seorang yang suka membaca. katanya, andai mahu menjadi seorang penulis, harus banyak membaca!
sejak kecil, suka menulis diari. sebelum tidur, pasti buku diarinya tercatat segala yang berlaku pada hari itu. oki juga berkongsi, ada pembaca bukunya menangis tatkala membaca tulisannya dalam buku itu. manakan tidak, dia juga turut menangis sewaktu mengarang kisah hidupnya dalam buku itu. kata oki lagi; andai menulis dari hati, ia bisa dan akan menyentuh hati juga. :) "i write from my heart" sesekali, gadis itu berbahasa inggeris sambil tersenyum manis di akhir kata.
oki turut berkongsi, dia sangat sukar menulis andai imannya rapuh, andai dia futur. tapi, apabila hatinya sangat dekat dengan Allah, mudah sahaja tangannya berlari laju untuk menulis. tahap iman mempengaruhi penulisan. :')
menulis buku sebagai medium dakwah, pabila ramai yang bertanya, bagaimana oki bisa berjilbab, bagaimana dia bisa dapat hidayah. katanya lagi, biarlah buku-buku itu menjadi amalan jariah yang mampu di bawa ke alam kubur, kelak.
oki si selebriti
sejak umurnya 4 tahun, bila ditanya mahu menjadi apa, dia pantas menjawab, "i want to be a celebrity, an actress". dalam tempoh usianya dari 4 tahun hingga 16 tahun, oki sering menghadiri ujibakat drama mahupun filem. azamnya yang tinggi mahu menjadi pelakon membawa kepada kisah lucu yang dikongsi bersama kami di talkshow itu.
"dulu, saya bukan seperti ini. pakaian semuanya mini-mini, dari atas ke bawah. saya selalu berangan menjadi selebriti. menjadi pelakon yang memenangi award. satu ketika, saya menghadiri uji bakat drama, dan saya terpilih jadi pelakon. heboh satu kampung, saya canangkan. kata saya, jangan lupa jam 8, drama malam ini, oki akan beraksi di tv. emak juga jiran-jiran sekampung setia menanti drama tersebut untuk melihat kemunculan saya, tetapi kata mereka, saya tidak muncul-muncul. bila saya tengok kembali drama tersebut, ternyata saya ada, tapi cuma kaki saya yang muncul. saya yakin itu kaki saya. saya tidak mengalah malah mahu lagi pergi ke audition."
oki si pendakwah
saat ibunya sakit, oki diberi hidayah oleh Allah untuk bertudung. walaupun tika itu, ilmu agamanya cetek, tapi dia berusaha menutup aurat, dan mudah-mudahan itu permulaan dan asbab dia menjadi anak solehah, lalu dapat mendoakan kesembuhan ibunya.
sejak itu, dia istiqamah bertudung dan mempelajari ilmu agama.di universiti, dia turut mengajar anak kecil mengaji. dan cita-citanya menjadi pelakon semakin hari semakin dilupakan, dan dia punya impian baru. mahu menjadi guru!
dan tiba-tiba, dia dicadangkan oleh sahabatnya supaya menghadiri audition untuk filem kcb. dia keberatan. kongsi oki, sahabatnya diam-diam telah mendaftarkan namanya. setelah itu, dia sekadar mencuba untuk memilih watak 'husna'. di borang audition itu dia memilih untuk menjadi watak 'husna' bukan 'anna', kerana katanya, dirinya tak mampu menjadi sebaik watak anna althafunnisa'. tapi ternyata Allah punya aturan terbaik buatnya. alhamdulillah dia diterima menjadi peranan utama dalam filem tersebut. kata oki, sewaktu dia masih jahiliyyah, dia bersungguh-sungguh mahu jadi pelakon, berpuluh audition dihadiri, untuk mendapat berlakon satu drama pun sangat sukar. tapi, saat dia tidak mahu menjadi pelakon, Allah mudahkan jalan baginya. 'hikmah apakah yang tersembunyi ini, ya Allah?'
'kamu tak biasa jadi apa-apa andai kamu memakai tudung'
'kenapa oki pakai pakaian arab, bajunya besar-besar'
banyak sungguh kata-kata dan kritikan dari orang ramai tentang imej dirinya. itulah sunnah orang berjuang. tapi apabila dia dinobat sebagai pelakon wanita terbaik, oki tersenyum, mengingatkan kata kritikan mereka, menguatkan dirinya untuk menjadi lebih baik.
imej muslimahnya itu ternyata antara dakwah paling berkesan buat peminat mahupun rakan artisnya yang lain. pernah satu ketika, oki dengan pakaian jubah dan tudung labuhnya itu sedang menunggu giliran untuk disolek. tiba-tiba dia disapa 2 orang rakan artis:
"minta maaf oki, kerana kami berpakaian begini" kata mereka sambil cuba menarik-narik skirt singkat yang di pakai mereka ke bawah.
banyak sungguh kata-kata dan kritikan dari orang ramai tentang imej dirinya. itulah sunnah orang berjuang. tapi apabila dia dinobat sebagai pelakon wanita terbaik, oki tersenyum, mengingatkan kata kritikan mereka, menguatkan dirinya untuk menjadi lebih baik.
imej muslimahnya itu ternyata antara dakwah paling berkesan buat peminat mahupun rakan artisnya yang lain. pernah satu ketika, oki dengan pakaian jubah dan tudung labuhnya itu sedang menunggu giliran untuk disolek. tiba-tiba dia disapa 2 orang rakan artis:
"minta maaf oki, kerana kami berpakaian begini" kata mereka sambil cuba menarik-narik skirt singkat yang di pakai mereka ke bawah.
moderator yang bijak menceriakan suasana! |
oki si pelajar pintar
graduan universiti jakarta dalam jurusan psikologi ini bukan pelajar biasa-biasa. dia penerima anugerah dekan. dan sekarang sedang merancang untuk meneruskan di peringkat master. pesan oki untuk penuntut ilmu
"andai anda lelah tika berjuang, kenanglah wajah orang yang anda perjuangkan, ingat wajah ibu anda, wajah ayah anda yang menaruh harapan menggunung tinggi buat anda"
"hidup ini adalah satu perjuangan, oleh itu berjuanglah. bila sampai satu saat, kita pasti akan merasai kemanisan perjuangan itu"
oki si gadis ayu
sewaktu sesi Q&A, ada seorang bertanya tentang bagaimana oki boleh menjadi seorang yang sopan dan ayu. dan ternyata itu bukan sesuatu yang dibuat-dibuat. oki menjawab,
"bagi saya, semua muslimah yang berjilbab adalah cantik, ayu dan sopan, kita semua, insyaAllah begitu"
"i'm proud to be muslimah!"
usah dicari si tukang tulis, tak sempat pun nak bergambar T_T |
saya si tukang tulis
bukan mahu mengangkat atau mengagung-agungkan si dia. cukup sekadar mengambil ibrah dari pengalaman hidupnya. bukankah pengalaman itu antara guru terbaik kita dalam mengharungi 'ujian kehidupan' di dunia ini.
duhai muslimah, saat hati di sapa hidayahNya, sambutlah ia dengan segera. teruskan melangkah untuk berubah tanpa perlu mengundur lagi. sesungguhnya pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia. janji Allah itu pasti.
saya keluar dari masjid dengan senyuman puas. (walaupun sedih tak dapat bergambar dengan oki). terdetik di hati, berapa banyak hati-hati mati yang disuburkan dengan kisah yang menginspirasi dari seorang selebriti bernama oki. kadang terfikir, kita selalu leka, menganggap kitalah daie yang membawa Islam, padahal betapa tak mampunya kita berkerja seorang diri. bukan semua sukakan majlis ilmu. bukan semua boleh menerima Islam dengan manhaj yang kita bawa.
si pelakon yang membawa mesej dakwah dalam filem lakonan, mampu menjadi asbab penghijrahan penonton yang menonton filemnya.
si penulis buku mampu menjentik hati wanita di luar sana untuk menutup aurat, untuk berubah menjadi lebih baik
si tukang sapu mampu menyuntik akhlak islam dalam diri mereka yang melihat.
kita?
oleh kerana, semua dari kita mampu menyumbang untuk Islam, walau di posisi mana kita berada,
jawapannya:
si pendakwah itu adalah kita :)
p.s: dah di draft kan berhari-hari. tak biasa menulis panjang-panjang. tak pandai mengulas. huh
p.s: umur oki 23 tahun. bunyinya macam sebaya kan. memang sebaya! >_<
p.s: sebelum bermula posting, niat di hati mahu ke majlis ilmu sebanyak mungkin. (kata orang, kalau ada hajat, harus dikhabarkan. supaya mudah orang mengaminkan serta mengingatkan :D)
3 comments:
"aku bisa, aku bisa, aku bisa"
dh tunggu lama, igtkan xnk post..huhu
amin...klo nk g majlis ilmu, ajk km skali =)
"tahap iman mempengaruhi penulisan" <-- terasa yg amat!
rindu bangaet sama kamu...
terima kasih atas perkongsian..
All the best dik!
:)
nia: okai! insyaAllah. ko pn ajak kami gak
kak sya: rindu akak jgk! nak kad =)
Post a Comment