Sunday, November 25, 2012

usrah

'salam akak, sihat ke? dah lama tak buat usrah kan..rasa rindu pulak...:)'

bila dapat mesej ni dari adik usrah, terus telan air liur. Allah...
bila final year ni, jadi macam orang nomad. berpindah randah,
sekejap kat hukm, sekejap kat hkl, sekejap kat hti, sekejap kat hsr
tapi, tu bukan alasan untuk tak buat usrah, kan.
boleh je curi masa, balik hujung minggu untuk buat,
itulah kita (aku), manusia, banyak sungguh beralasan.

bila adik usrah sendiri mesej mintak nak buat usrah, 
terus tukar plan; cover bed tengah hari, petang buat usrah.

usrah tadi
bincang tentang bulan muharam.
tentang palestin.
tentang akhlak.

akhlak berkadar terus dengan iman!

'hati yang tidak tenang, maka tidak tenanglah anggota tubuhnya. 
sesiapa yang hatinya tidak dipenuhi nur Ilahi, maka zahirnya juga tidak dipenuhi dengan keindahan akhlak Rasulullah saw' -Imam Ghazali

bincang jugak tentang isu kahwin masa belajar. (barakallahulakuma tinah & zauj!)
bincang tentang amanah. 
kongsi kata-kata Dr. L, neurosurgeon waktu teaching baru-baru ni,

'your real examiner neither me nor other doctors/prof. but (sambil tunjuk jari ke atas)...God'
'with great power, comes great responsibilities'-spiderman 

walaupun Dr.L bukan muslim, tapi still dapat mutiara ilmu dari dia.
kita bukan nak lulus exam semata-mata, 
kita nak tunaikan amanah! 
Allah; the real examiner

kita bukan nak jadi doktor biasa-biasa, 
kita nak jadi doktor luar biasa.

last sekali kongsi video.
al-wadood: (The all-loving)

dan usai usrah, rasa nak peluk lama-lama adik-adik.
Dia yang pegang hati-hati ini 
pada Dia juga, kita mohon 
Allah ikat dan satukan hati-hati ini.

mohon sangat pada Dia, dikurniakan kami nikmat berkasih sayang, 
nikmat akhlak terpuji, 
nikmat dikuatkan iman.
nikmat bersyukur atas nikmat-nikmat yang lain   
amin. amin. amin

p.s: alhamdulillah. usrah dengan naqibah, dapat ilmu baru. usrah dengan adik-adik, dapat ilmu baru. ilmu bukan untuk disimpan, dikepam atau dibanggakan, tapi untuk dikongsi, disebarkan, dan paling penting untuk dipraktikkan.

wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan,
amat besar kebenciaanya disisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan. (61:2-3)


rindu dengan orang-orangnya,
rindu dengan airnya,
rindu dengan panas keringnya,
rindu dengan suasananya.
rindu nak ke sana

rindu aku yang di sana!
;)

Sunday, November 18, 2012

tup tup

bismillah.

bertemu kembali. ;)

dah sebulan tak update.
seperti biasa, bukan mengharap sesiapa membaca,
lebih kepada motivasi sendiri.
agar, esok-esok nanti bila rasa down,
bolehlah bukak balik post-post penaik semangat.
dan sebagai bukti aku pernah berjanji itu dan ini,
dalam blog yang hampir 2 tahun usianya ini.

macam-macam untuk bulan ni;
posting surgery kat teluk intan 3 minggu.
walimah bajim 2 minggu lepas.
perancangan masa depan 3 minggu lepas.
dan dah jadi macam katak bawah tempurung untuk sebulan ni.
newspaper tak sempat baca, internat tak ada kat teluk intan,
tup tup balik rumah, isu gaza tengah hangat diperkatakan.

bak kata seorang sahabat, isu gaza bukan isu bermusim,
setiap hari mereka diserang, cuma secara terang-terangan,
ataupun kes-kes yang cuba dipencilkan.
dan kali ini mereka diserang lagi. secara besar-besaran.

then, isu boikot timbul lagi. seperti biasa heboh diperdebatkan.
bukan tak boleh berbahas, cuma apalah sangat usaha kita untuk memboikot,
buat yang termampu. dan boikot antara usaha yang sangat mampu dilaksanakan.
berbanding usaha rakyat gaza sendiri bermandi keringat dan darah memperjuangan hak mereka.

kadang jadi malu sendiri,
apalah sangat nilai susah payah kita di sini,
untuk diri sendiri yang tak sudah-sudah mengeluh penat.
berbanding anak-anak kecil, pemuda pemudi dan orang-orang tua gaza.
walau serba kekurangan, pergantungan mereka kepada Allah sangat sangat sangat hebat!
Allah Allah.

kata seorang ustaz: 
sesungguhnya setiap umat islam itu Allah kurniakan medan jihad mereka yang tersendiri. 
umat Islam Palestin medan jihad mereka jelas, yakni memerangi Israel. 
medan jihad kita, adalah tanah air kita sendiri. 
beruntunglah umat palestin kerana musuh mereka jelas kelihatan. 
tetapi medan jihad dan juang kita tidak kurang mencabarnya, 
kerana kita berhadapan dengan musuh yang kabur tidak jelas.

kata ustaz tentang doktor;
perbelanjaan besar untuk menghasilkan seorang doktor. pengorbanan yang besar untuk menghasilkan seorang doktor. tugasan fardhu kifayah yang besar di bahu seorang doktor. semuanya besar belaka apabila namanya doktor.

berkahwin dengan doktor, sangat besar khasiatnya untuk seorang lelaki hebat yang bersemangat nak masuk syurga Allah.


p.s: qunut nazilah berterusan untuk umat islam di palestine, syria, rohingia, afghanistan dan di mana juga umat islam berada.
p.s: tahun lepas jumpa senior as final year medical student, baru-baru ni jumpa, dah jadi doctor-doctor berjaya. terinspirasi. termotivasi. mereka boleh. aku juga boleh!
p.s: curious, ada orang baru jumpa n baca blog ni ke?