bertemu kembali. ;)
dah sebulan tak update.
seperti biasa, bukan mengharap sesiapa membaca,
lebih kepada motivasi sendiri.
agar, esok-esok nanti bila rasa down,
bolehlah bukak balik post-post penaik semangat.
dan sebagai bukti aku pernah berjanji itu dan ini,
dalam blog yang hampir 2 tahun usianya ini.
macam-macam untuk bulan ni;
posting surgery kat teluk intan 3 minggu.
walimah bajim 2 minggu lepas.
perancangan masa depan 3 minggu lepas.
dan dah jadi macam katak bawah tempurung untuk sebulan ni.
newspaper tak sempat baca, internat tak ada kat teluk intan,
tup tup balik rumah, isu gaza tengah hangat diperkatakan.
bak kata seorang sahabat, isu gaza bukan isu bermusim,
setiap hari mereka diserang, cuma secara terang-terangan,
ataupun kes-kes yang cuba dipencilkan.
dan kali ini mereka diserang lagi. secara besar-besaran.
then, isu boikot timbul lagi. seperti biasa heboh diperdebatkan.
bukan tak boleh berbahas, cuma apalah sangat usaha kita untuk memboikot,
buat yang termampu. dan boikot antara usaha yang sangat mampu dilaksanakan.
berbanding usaha rakyat gaza sendiri bermandi keringat dan darah memperjuangan hak mereka.
kadang jadi malu sendiri,
apalah sangat nilai susah payah kita di sini,
untuk diri sendiri yang tak sudah-sudah mengeluh penat.
berbanding anak-anak kecil, pemuda pemudi dan orang-orang tua gaza.
walau serba kekurangan, pergantungan mereka kepada Allah sangat sangat sangat hebat!
Allah Allah.
kata seorang ustaz:
sesungguhnya setiap umat islam itu Allah kurniakan medan jihad
mereka yang tersendiri.
umat Islam Palestin medan jihad mereka jelas, yakni memerangi Israel.
medan jihad kita, adalah tanah air kita sendiri.
beruntunglah umat palestin kerana
musuh mereka jelas kelihatan.
tetapi medan jihad dan juang kita tidak kurang
mencabarnya,
kerana kita berhadapan dengan musuh yang kabur tidak jelas.
kata ustaz tentang doktor;
perbelanjaan
besar untuk menghasilkan seorang doktor. pengorbanan yang besar untuk
menghasilkan seorang doktor. tugasan fardhu kifayah yang besar di bahu seorang
doktor. semuanya besar belaka apabila namanya doktor.
p.s: tahun lepas jumpa senior as final year medical student, baru-baru ni jumpa, dah jadi doctor-doctor berjaya. terinspirasi. termotivasi. mereka boleh. aku juga boleh!
p.s: curious, ada orang baru jumpa n baca blog ni ke?
2 comments:
hai azahana :) walau rumah sejenggal jarak, tapi mcm dah berbulan2 tak nampak kan..
hai farah! =) dah jumpa td!
azk2121
Post a Comment