Wednesday, January 30, 2013

romantic

bismillah,

main badmintan sama-sama.
ada senyum,
ada gelak tawa,
rasa bahagia

makan sama,
tengok tv sama-sama,
dengar radio sama-sama
naik moto bersama,

paling terkesan,

tasmi' bacaan sama-sama,
baca buku agama sama-sama.
azam nak amal ilmu sama-sama

balik dari kuliah subuh,
bincang sama-sama points penting,
bincang ibrah,
muhasabah diri.

romantic!
they are the best parents, best couple ever.

ini bukan cinta sejati.
tapi cinta abadi.
cinta pada Dia,
tuhan rabbul 'izati

aku semakin matang menilai,
atau mereka semakin matang memberi?
contoh dalam diam.
ibrah penuh hikmah.

untuk teladan tanpa henti,
untuk kasih tiada bertepi,
untuk segala perit jerih,
membentuk aku menjadi manusia bererti,

untuk segalanya.
syurgalah sebaik-baik ganjaran.


rindu.
makin tebal, makin gemok,
makin bertambah-tambah.


-------------------------------------------------

tazkirah ringkas. 


Rasulullah itu maksum. dijamin syurga.tetapi Rasulullah tetap banyak melakukan solat dan ibadah. 
kerana kata Rasulullah.."salahkah aku ingin menjadi hamba yg bersyukur?"

saiyidina Umar menangis melihat daun-daun yang gugur. kerana merasakan dosanya lebih banyak daripada daun-daun itu.sedangkan saiyidina Umar juga dijamin syurga.

kisah Amar bin Jamooh juga menyayat hati. seorang lelaki tempang yang mendalam sungguh cintanya kepada syurga. berjuang dengan kaki yang tempang walaupun ditegah Rasulullah kerana keuzurannya. akhirnya syahid di medan perang.

imam Abu Hanifah enggan ditawarkan jawatan dan memilih hukuman. dirotan 110 kali, dipenjara, dan akhir sekali dipaksa minum racun. kerana katanya, "aku tidak mahu kemewahan hidup di dunia tetapi keredhaan Allah semata-mata.."

lihatlah..jiwa mereka begitu hanyut dan tenggelam dengan rindu dan cinta kepada Allah
tetapi kenapa kita apabila ditimpa ujian yang sedikit daripada Allah, tegar berkata,
"Ya Allah..apa dosaku sehingga Kau timpakan musibah ini.." 
seolah-olah terasa diri mulia tanpa dosa..

ayuh bersihkan jiwa..ya Allah, jadikan jiwa-jiwa kami sekental mereka!

Thursday, January 3, 2013

patience


kids..
we might teach them a bit.
but they teach us a lot.
lots of patience! :)

rehat sekejap dari menulis cwu, bukak sinar harian online.
tersenyum tengok gelagat adik-adik tahun 1 ni.
Allah, cepat sungguh masa berlalu.
bila diingati kembali saat saat itu,
jauh beza. sangat berbeza.

tanpa tanggungjawab, tanpa amanah,
tanpa kesedaran dakwah.
tanpa perlu memikir masalah umat.
tanpa perlu bergerak kerja untuk Islam
hanya pergi sekolah,
belajar sikit-sikit
main banyak-banyak.

tapi,
cukuplah Allah kurniakan nikmat keseronokan waktu itu,

sekarang,
kejarlah nikmat redha Dia, nikmat melihat wajah Dia,
nikmat yang kekal abadi di syurga nanti

dengan pengorbanan, dengan perjuangan,
dengan amanah yang di galas kini.

2013.
tahun penuh pengharapan.
penuh kebergantungan.
kebergantungan pada Dia.
pengharapan pada Dia.
Allah.
Allahu musta'an

----------------------------------------------------------
sibuk, penat, rasa down?
fa sobrun jameel (maka bersabarlah dengan kesabaran yang cantik). 
beautiful patience (70:5)



kadang-kadang kita kononnya terlalu sibuk. 
kita mungkin terlalu 'berkira' untuk peruntukkan masa untuk Allah dan Islam.
perlahan-perlahan kita makin kurang membaca quran. kita jadikan dakwah kerja masa lapang. hati kita makin kering dan susah untuk menangis. kita cepat-cepat habiskan solat untuk buat kerja lain.
dalam sibuk-sibuk itu kadang-kadang Allah hadiahkan kita ujian. dengan ujian itu kita 'terpaksa' menangis meminta bantuanNya. kita 'terpaksa' kuatkan diri untuk bangun solat malam bagi memohon kekuatan. 
memang begitulah lumrah manusia. selalu meminta pabila susah tetapi lupa ketika senangnya.
tetapi Allah sentiasa rindu untuk mendengar esak tangis hambaNya. 

sebab itu kadang-kadang Dia 'mencuit' kita dengan ujian.
untuk mengingatkan kita agar kembali merintih padaNya. 
kerana Dia sentiasa ada. lebih dekat dengan kita dari jugular vein kita. (50:16)


khusus untuk jari-jariku yang menaip, telingaku yang paling dekat.