Wednesday, January 30, 2013

romantic

bismillah,

main badmintan sama-sama.
ada senyum,
ada gelak tawa,
rasa bahagia

makan sama,
tengok tv sama-sama,
dengar radio sama-sama
naik moto bersama,

paling terkesan,

tasmi' bacaan sama-sama,
baca buku agama sama-sama.
azam nak amal ilmu sama-sama

balik dari kuliah subuh,
bincang sama-sama points penting,
bincang ibrah,
muhasabah diri.

romantic!
they are the best parents, best couple ever.

ini bukan cinta sejati.
tapi cinta abadi.
cinta pada Dia,
tuhan rabbul 'izati

aku semakin matang menilai,
atau mereka semakin matang memberi?
contoh dalam diam.
ibrah penuh hikmah.

untuk teladan tanpa henti,
untuk kasih tiada bertepi,
untuk segala perit jerih,
membentuk aku menjadi manusia bererti,

untuk segalanya.
syurgalah sebaik-baik ganjaran.


rindu.
makin tebal, makin gemok,
makin bertambah-tambah.


-------------------------------------------------

tazkirah ringkas. 


Rasulullah itu maksum. dijamin syurga.tetapi Rasulullah tetap banyak melakukan solat dan ibadah. 
kerana kata Rasulullah.."salahkah aku ingin menjadi hamba yg bersyukur?"

saiyidina Umar menangis melihat daun-daun yang gugur. kerana merasakan dosanya lebih banyak daripada daun-daun itu.sedangkan saiyidina Umar juga dijamin syurga.

kisah Amar bin Jamooh juga menyayat hati. seorang lelaki tempang yang mendalam sungguh cintanya kepada syurga. berjuang dengan kaki yang tempang walaupun ditegah Rasulullah kerana keuzurannya. akhirnya syahid di medan perang.

imam Abu Hanifah enggan ditawarkan jawatan dan memilih hukuman. dirotan 110 kali, dipenjara, dan akhir sekali dipaksa minum racun. kerana katanya, "aku tidak mahu kemewahan hidup di dunia tetapi keredhaan Allah semata-mata.."

lihatlah..jiwa mereka begitu hanyut dan tenggelam dengan rindu dan cinta kepada Allah
tetapi kenapa kita apabila ditimpa ujian yang sedikit daripada Allah, tegar berkata,
"Ya Allah..apa dosaku sehingga Kau timpakan musibah ini.." 
seolah-olah terasa diri mulia tanpa dosa..

ayuh bersihkan jiwa..ya Allah, jadikan jiwa-jiwa kami sekental mereka!

No comments: