Kata
dia:
"Apabila
melihat kekurangan diri, muhasabahlah. Dan, berusahalah untuk mengubah. Tegas
dengan diri. Keras dengan diri sendiri. Carilah segala macam cara untuk kita
tinggalkan keburukan, maksiat, kecacatan, dan kejahilan yang masih lagi
menghantui diri. Ada masanya nanti Allah akan uji, dan ingatlah bahawa ada
pahala serta ganjarannya untuk itu."
Kata
dia lagi:
"Orang
yang lemah, serta tidak banyak beramal akan mudah hilang. Kerana, hati yang
tidak disinari cahaya itu susah sekali nampak kebaikan-kebaikan yang
datang."
Kata
dia lagi:
"Ikhlaslah.
Berdoalah dengan sebanyak-banyaknya, dan benarkanlah niatmu. Moga nanti, mudah
untuk Allah memperlihatkan segalanya. Mudah untuk kita berfikir, merasa, dan
bertindak. Jagalah kebersamaan dengan Allah."
Kata
dia lagi:
"Jadilah
orang yang sibuk. Kerana orang yang sibuk dengan hal-hal kebaikan, takkan
sempat untuk menyibuk dengan hal-hal keburukan. Dia tiada sempat untuk berfikir
hal-hal negatif, serta tiada waktu untuk berkhayal tentang hal-hal yang tak
berfaedah."
Kata
dia lagi:
"Jagalah
hubungan dengan Allah. Jaga iman kita. Kerana, iman itulah yang akan membuatkan
hati selalu tenang. Selalu sangka baik dengan Allah. Selalu mendapat petunjuk
dan nasihat daripada Allah. Bila tersilap langkah, Allah akan betulkan. Bila
gerak kerja melemah, atau ada yang tidak kena, Allah akan bagi
tanda-tandanya."
Subhanallah.
doa sungguh-sungguh biar air mata jatuh laju-laju.