Wednesday, February 6, 2013

salji




Kata dia:

"Apabila melihat kekurangan diri, muhasabahlah. Dan, berusahalah untuk mengubah. Tegas dengan diri. Keras dengan diri sendiri. Carilah segala macam cara untuk kita tinggalkan keburukan, maksiat, kecacatan, dan kejahilan yang masih lagi menghantui diri. Ada masanya nanti Allah akan uji, dan ingatlah bahawa ada pahala serta ganjarannya untuk itu."

Kata dia lagi:

"Orang yang lemah, serta tidak banyak beramal akan mudah hilang. Kerana, hati yang tidak disinari cahaya itu susah sekali nampak kebaikan-kebaikan yang datang."

Kata dia lagi:

"Ikhlaslah. Berdoalah dengan sebanyak-banyaknya, dan benarkanlah niatmu. Moga nanti, mudah untuk Allah memperlihatkan segalanya. Mudah untuk kita berfikir, merasa, dan bertindak. Jagalah kebersamaan dengan Allah."

Kata dia lagi:

"Jadilah orang yang sibuk. Kerana orang yang sibuk dengan hal-hal kebaikan, takkan sempat untuk menyibuk dengan hal-hal keburukan. Dia tiada sempat untuk berfikir hal-hal negatif, serta tiada waktu untuk berkhayal tentang hal-hal yang tak berfaedah."

Kata dia lagi:

"Jagalah hubungan dengan Allah. Jaga iman kita. Kerana, iman itulah yang akan membuatkan hati selalu tenang. Selalu sangka baik dengan Allah. Selalu mendapat petunjuk dan nasihat daripada Allah. Bila tersilap langkah, Allah akan betulkan. Bila gerak kerja melemah, atau ada yang tidak kena, Allah akan bagi tanda-tandanya."

Subhanallah.


copypaste lagi. 
lagi stress lagi banyak update.
macam nak lari jauh-jauh pastu main salji puas-puas. 
doa sungguh-sungguh biar air mata jatuh laju-laju.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum..
tips yg menarik dan insyaAllAH boleh apply. dulu ana slalu blaja kt masjid masa duk asrama.. tpi skarang segan sbb x de mmber ~_~

lagu ape nie ye.. masyaAllAH sungguh indah..