bismillah.
nota ringkas:
1. saya ada kurang sebulan untuk exam ikhtisas (pro-exam/final exam)
2. ada tak kurang
10 posting perlu saya revise, buat latihan.
3. ada lebih 5
systems saya perlu practise pada patient
4. dalam 3 minggu
ni saya perlu cover bed, tak kurang 5 patients, present case o&g yang
best, conduct 5 delivery, penuhkan logbook.
5. saya takut,
nervous. rasa tak bersedia.
6. tapi saya nak
bagitahu pada diri saya dan semua, saya dan kita semua ada Allah.
Dialah penguat
kita.
Dialah pendengar
terbaik kita.
Dia Maha Tahu
susahkah kita,
resahkah kita.
Dia yang
menenangkan kita
yang memenangkan
kita
ya Qawiy
ya Sami'
ya Fattah
ya 'Alim
ya Allah
iftah qulubuna futuhal 'arifin.
"....sesungguhnya Rabbmu amat cepat seksanya, dan
sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (7:167).
Allah acapkali mengiringkan targhiib (dorongan, harapan)
setelah tarhiib (ancaman), agar jiwa manusia tetap berada di antara harapan
(kepada rahmatNya) dan kecemasan (jika tidak dirahmatiNya). ayat-ayat
cinta Dia. =)
p.s: dah diberi borang untuk isi pilihan hospital. letak
hospital kat perak semua :)
p.s: tajuk lagu
ni al-habib oleh talib al-habib. buat yang bertanya. :)
p.s: ni post
terakhir insyaAllah. terima kasih atas sokongan. pada yang mengenali. pada yang
belum dikenali. pada yang komen, ataupun yang menjadi silent reader. minta maaf
atas segalanya. moga berjumpa lagi di lain post setelah habis exam. :)
p.s: mohon doa
dari antum semua untuk kami/kita penuntut2 ilmu Allah. moga Allah redha atas
segalanya.
ni untuk semua.
moga saya menulis keranaNya.
moga kalian membaca keranaNya.
moga kita berukhwah kerana cinta Dia
p.s: ok. nak berlari
ke ward. ada 5 beds nak kene cover. esok kene present. doakan. salam =)