Friday, October 15, 2010

dimarahi sebelum disayangi


bismillah,

secara rasminya, tamatlah sudah 8 minggu berposting di o&g department.
dan tinggal seminggu lagi untuk final exam sem 1 di clinical year ni.

Alhamdullilah, dapat disimpulkan o&g is the best posting for me, in this period of time.
macam-macam pengalaman, kenangan dan ilmu yang dapat dikutip sepanjang berada di department ni.

macam-macam ujian Allah beri pada kaum hawa,
untuk uji keimanan hambaNya.

ada yang nak sangat anak,
untuk dapat seorang anak pun susah,
terpaksa berhabis duit, berkorban masa dan tenaga,
untuk menjaga kandungannya.

ada pulak yang Allah beri rezeki untuk dapat anak ramai,
tapi menggugurkannya kerana sudah berpuas hati dengan bilangan anak yang ada,
tapi kuasa Allah itu mengatasi segalanya.
mengandung lagi tetapi dengan fetal anomaly (kecacatan pada anggota bayi).

ada pula kisah gugurkan (aborted) 9 kehamilannya kerana berzina,
tapi, bila dah berkahwin, dan mengandung melalui hubungan yang halal,
berlaku pula keguguran (miscarriage).
Allah itu maha adil.

suka dengar ibu2 mengandung yang sedang mengalami contraction,
menyebut-nyebut nama Dia yang mulia,
hanya mengharap pertolongan dariNya.
walau sakit yang dialami mampu menggoyah iman,
demi mendapat redha dan keampunan Allah, mereka tetap tabah!

----------------------------------------------------------

mendapat supervisor yang garang sememangnya mahu dielakkan :p
tapi, Allah tahu apa yang terbaik untukku.

dr.R marahnya mahu mengajar,
jeritnya mahu membimbing,
cubitnya mahu mengingat,
kata-katanya mahu memotivasikan.

pertemuan kami semua di biliknya pada hari tu,
sangat membimbangkan hati,
memikirkan case write up (cwu) yang tak berapa bagus,
dengan buku log yang tak habis terisi,
mengundang resah di hati.

tapi, sangkaanku meleset,
cwu yang dihantar sehari lambat itu diberi komen yang membunga di hati (alhamdulillah),
buku log juga begitu.

doktor komen performance setiap seorang dari kami,
bertanya tentang short case,
memberi nasihat dan penjelasan,
dan memberi kata2 motivasi untuk kami.

memang kami selalu dimarahi,
sering kali di tegur,
tapi, kami juga ketawa bersama,
bergurau bersama.

bukan mendapat dr.yang paling garang,
tapi yang paling penyayang,

untuk aku,
bersusah2 sebelum bersenang2,
bersedih diri sebelum terharu di hati,
dimarahi sebelum disayangi..

indah dan manisnya aturan Allah :)


p/s 1: 1 grup bagi hadiah pada dr.R tadi..
p/s 2: sedih.dah tak dpt jumpa HO ksygn. mintak2, lepas ni posting sme lg.
p/s 3: post terakhir sebelum exam..moga Allah bantu aku dan shbt2.

No comments: