Friday, August 26, 2011

mujurlah

Ramadhan hampir sampai ke penghujung.
Namun amalanku masih banyak yang tergantung.


Kalau tidak dengan rahmat dan kasih sayangMu

Tentu aku beramal dengan jemu


Mujurlah hati ini Engkau sayangi

Kau bersihkannya dari daki


Mujurlah lidah ini Kau basahi

Dengan KalamMu Yang Maha Suci


Mujurlah Kau gerakkan anggota badan ini

Untuk rukuk, sujud dan meletakkan dahi

Menjadi hamba dan khalifah di bumi

Kembali kepada fitrah di aidil fitri


ya Allah, temukan kami dengan ramadhan akan datang.


biarlah ada rasa sedih dalam diri

seperti sedihnya kita berpisah dengan orang yang kita sayang.


biarlah ada rasa rindu

seperti rindunya kita dengan mereka yang telah lama terpisah dengan kita


sedih-cemburu-redha-rindu dengan perpisahan ini ;(


lebih sedih andai kita melalui madrasah ramadhan kali ini tanpa mendapat keampunan dariNya. bukan setakat sedih, tapi rugi dan sia-sia. allahuakbar.


p.s: maaf salah silap yang pasti ada. jom istiqamah!


Monday, August 22, 2011

secerdu

bismillah,

tiada yang sia-sia dariNya.
berlapang dada dengan ketentuan Dia.
serahkanlah keyakinan kepada Allah,
pasti Dia membalas keyakinan itu dengan rahmat,
berkat dan ganjaran yang melimpah ruah dari sisiNya,
tuhan Yang Maha Pemurah.

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)

Ya Allah janganlah lelap mataku mengalpakan diriku dari rahmatMu, jangan celik mataku melesukan aku mengejar rahmatMu. Antara tidur dan jaga, aku merayu Engkau genggamku dalam peliharaanMu, dan Kau cukupkan diriMu buatku dalam kelana malam-malam perpisahan Ramadan ini, ameen-us. hasrizal

p.s: sedih-cemburu-redha-rindu (secerdu)
p.s: untuk yang berkenaan sahaja

Saturday, August 20, 2011

terabai


bismillah,

amat malang sekali andai amalan pada 10 malam terakhir Ramadhan adalah yang terabai sekali.

terabai kerana sibuk untuk menyiapkan assignment,
menyiapkan cwu,
sibuk kerana oncall,
sibuk untuk penuhkan log book.

andai di rumah,
mungkin sibuk mencari baju raya,
membuat kuih raya,
atau sibuk menukar langsir raya,

benar dengan apa yang kata;
jangan jadikan ramadhan kita umpama makan tebu,
awalnya manis, hujungnya tawar.
tapi, jadikan ramadhan kita umpama minum teh tarik,
awalnya manis, akhirnya bertambah manis

sibuk duniawi itu amanah buat kita,
tapi jangan sampai ibadah ukhrawi itu terabai,
mari kita sibuk dengan baca quran,
sibuk beriktikaf,
sibuk qiamulail,
sibuk bersedekah

jom mujahadah, agar Ramadhan kali ini, memberi seribu erti,
agar Ramadhan kali ini, kita tidak rugi lagi.

"ya Allah, berkatilah amalan kami dalam bulan Ramadhan ini, dan sampaikanlah kami dengan malam al-qadar"

Berkatalah Aisyah, "Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa)? Bersabda Nabi : "Sebutlah doa "Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"


p.s: ramainya akan ke Rumah Allah ramadhan ni. alhamdulillah. :)

p.s: ramai juga yang akan membina Rumah Muslim lepas ramadhan ni. alhamdulillah :)


Tuesday, August 16, 2011

banyak-sedikit


bismillah,

rasa banyak benda nak ditulis,
banyak nak dicerita,
banyak nak dimuhasabah,

tapi banyak kekangan,
banyak tugasan,
dan banyak alasan yang dicipta sendiri

===============================

ramadhan 16:

kau kata kau mahu lailatul qadr,
tapi usahamu, lagakmu, akhlakmu,
tak seperti kau benar-benar mahu,
;(

Perbezaan ‘SEDIKIT’ kita dengan Rasulullah SAW

Rasulullah sedikit tidur

kita sikit-sikit tido

Rasulullah sedikit makan

kita sikit-sikit makan

Rasulullah sedikit marah

kita sikit-sikit marah

Rasulullah sedikit bergurau

kita sikit-sikit bergurau

Rasulullah sikit-sikit beramal

kita sedikit beramal

Rasulullah sikit-sikit berkorban untuk islam

kita sedikit pengorbanan

bila kite nak berusaha untuk kejar perbezaan yang “HANYA SEDIKIT ITU”?


"ya Allah, sesungguhnya, Engkau maha pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami"


p/s: alhamdulillah. hujung minggu yang bermanfaat.
p/s: lately, asyik letak gambar budak-budak je. harap faham. sekarang posting paedatric. :p

Friday, August 12, 2011

2

fasa 2: keampunan

jom doa banyak-banyak,
dan sungguh-sungguh,
untuk dosa-dosa yang tak terkira banyaknya ;(

"Aku tahu rezekiku takkan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah memerhatikan aku, kerana itulah aku malu jika Allah melihatku sedang bermaksiat. Dan aku tahu kematian itu sedang menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah"-Imam Hassan al-Banna

Ujian sewajarnya tidak melemahkan, malah ia menguatkan. Mehnah sepatutnya tidak melesukan, malah ia memberi dorongan dan tolakan. Cabaran dan dugaan tidak mematahkan malah memantapkan.

p.s: kuatkan kami ya Allah.



Monday, August 8, 2011

=)

take 1 step towards me, I will take 10 steps towards you.
walk towards me, I will run towards you.

ramadhan 8: ahamdulillah. another beautiful ramadhan morning :)
Allahumma bariklana fi ramadhan, wa balighna fi akhir ramadhan.

p.s: paeds! here i come.

Thursday, August 4, 2011

sama-beza


bismillah,

alhamdulillah.
masuk hari keempat,
yang semalam telah berlalu,
esok belum tentu,
manfaatkan masa yang ada dahulu.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
sampai aku pada bulan ramadhan tahun ini.

very true. you have seen Ramadhan today. you might not see Ramadhan again. :'(

berbuka, bersahur, berterawih di rumah,
memang nikmat yang tiada gantinya,

bila berterawih di masjid,
tengok budak-budak berlari sakan,
menjerit sakan,
mula aku teringat kisah dulu.

dulu lebih hebat,
solat 20 rakaat,
solat sampai habis,
aku tak join budak-budak laki berlari,
aku solat sampai habis sebab nak tunggu moreh,
niat terawih sentiasa. witir entah ke mana.
sebab memang tak pernah ingat, dah rakaat ke berapa,

puasa pun sama,
niat sebab nak dapat duit raya,
kalau tak puasa tak dapat.
memang mata duitan ketika itu.

baca quran sampai khatam,
berlumba dengan mereka yang lain,
sebab boleh berbangga dengan pencapaian hebat tu.

itu mentaliti aku dahulu,
mentaliti taraf budak-budak,

mungkin, ada versi baru,
puasa sebab nak kurus,
terawih untuk senaman,

tanya sama iman,
puasa sebab apa,
tahajud untuk siapa,

tanya sama amal,
niat bagaimana,
ikhlas ke mana,

tanya sama hati,
andai ini ramadhan terakhir kali,
banyak lagi perlu perbaiki

kesimpulan:
ramadhan yang sama.
jasad yang sama.
moga ruh penghayatan berbeza (tajdid niat, tingkat amal)
membawa natijah yang berbeza.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa" (2: 183)

taqwa.
capai atau lebur.

Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.


'polis' jaga jemaah solat.


p.s: moga tercapai target ramadhan kali ni. amin!

p.s: budak2 bising kat masjid tu, memang menguji kesabaran. kadang2 suara diorang lagi kuat dari imam. (practise nak jadi imam muda kot)