Monday, August 22, 2011

secerdu

bismillah,

tiada yang sia-sia dariNya.
berlapang dada dengan ketentuan Dia.
serahkanlah keyakinan kepada Allah,
pasti Dia membalas keyakinan itu dengan rahmat,
berkat dan ganjaran yang melimpah ruah dari sisiNya,
tuhan Yang Maha Pemurah.

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. “(An-Nisa’:32)

Ya Allah janganlah lelap mataku mengalpakan diriku dari rahmatMu, jangan celik mataku melesukan aku mengejar rahmatMu. Antara tidur dan jaga, aku merayu Engkau genggamku dalam peliharaanMu, dan Kau cukupkan diriMu buatku dalam kelana malam-malam perpisahan Ramadan ini, ameen-us. hasrizal

p.s: sedih-cemburu-redha-rindu (secerdu)
p.s: untuk yang berkenaan sahaja