bismillah,
amat malang sekali andai amalan pada 10 malam terakhir Ramadhan adalah yang terabai sekali.
terabai kerana sibuk untuk menyiapkan assignment,
menyiapkan cwu,
sibuk kerana oncall,
sibuk untuk penuhkan log book.
andai di rumah,
mungkin sibuk mencari baju raya,
membuat kuih raya,
atau sibuk menukar langsir raya,
benar dengan apa yang kata;
jangan jadikan ramadhan kita umpama makan tebu,
awalnya manis, hujungnya tawar.
tapi, jadikan ramadhan kita umpama minum teh tarik,
awalnya manis, akhirnya bertambah manis
sibuk duniawi itu amanah buat kita,
tapi jangan sampai ibadah ukhrawi itu terabai,
mari kita sibuk dengan baca quran,
sibuk beriktikaf,
sibuk qiamulail,
sibuk bersedekah
jom mujahadah, agar Ramadhan kali ini, memberi seribu erti,
agar Ramadhan kali ini, kita tidak rugi lagi.
"ya Allah, berkatilah amalan kami dalam bulan Ramadhan ini, dan sampaikanlah kami dengan malam al-qadar"
Berkatalah Aisyah, "Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa)? Bersabda Nabi : "Sebutlah doa "Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
p.s: ramainya akan ke Rumah Allah ramadhan ni. alhamdulillah. :)
p.s: ramai juga yang akan membina Rumah Muslim lepas ramadhan ni. alhamdulillah :)
No comments:
Post a Comment