Sunday, September 4, 2011

meluah & muhasabah

bismillah,

seperti biasa, nak meluah dan muhasabah di sini.

raya seperti biasa,
juadah pun biasa-biasa,

tapi, rasa tak biasa dengan suasana baru lepas ramadhan ni,
kalau dulu, nak terhidu asap rokok pun susah,
sekarang, sampai terbatuk-batuk tertelan asap yang berkepul-kepul tu.

kalau dulu, cantik bertudung litup,
tapi sekarang dah kembali terbukak apa yang perlu ditutup,

kalau dulu, masjid penuh setiap solat fardhu,
tapi sekarang, tak lagi begitu.

kata kunci: istiqamah!

walau hanya satu ungkapan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, atau mungkin hanya bacaan basmallah, atau juga mungkin dengan hanya membaca sedikit doa, beristiqamahlah dengan amal baik itu kerana Allah akan memandang setiap amal itu tanpa mensia-siakan walau sekelumitpun!

tak hairanlah andai sahabat menangisi pemergian ramadhan. ia benar-benar 1 bulan yang luar biasa.


[Allah Maha Mengetahui, betapa Ramadan itu sebenarnya menjadi benar-benar berharga kerana ia hanya sebulan dalam setahun.

Kerana Dia jua Maha Mengetahui betapa manusia sangat mudah mensia-siakan apa yang banyak, mudah, ada di mana-mana dan bila-bila masa, terutamanya ‘nikmat biasa-biasa’ di bulan-bulan biasa selain Ramadan.

Seperti lemang yang bukan lagi hidangan istimewa Raya.

Seperti durian yang sudah tidak lagi bermusim.

Sedangkan peperiksaan sentiasa mencemaskan, kerana ia tidak pernah dilakukan tanpa ketentuan tempoh masa.]us.hasrizal

diulang: meluah dan muhasabah. muhasabah untuk si penulis sendiri!

p.s: puasa 6, jom!
p.s: tahun ni, kutipan duit raya sangat mengejutkan. mencecah rm700++. alhamdulillah, rezeki Allah bagi =)
p.s: sudah kembali ke sekolah dengan berat hati. (perasaan wajib ada setiap kali balik dari cuti)

8 comments:

yukiyepi said...

ye!istiqamah!

amboi2..byknye wit raya..boleh wat open house ni..hehe...kalu ak kan 7 kali raya baru leh dpt segitu..

azk2121 said...

hee. rezeki lebih ckit thn ni.
baju raya warna merah ye?
km smpt baca latest post kt blog ko, sblm di remove. yes!

Dr@imi said...

bolehla sedekahkan sedikit duit raya pada kami2 yang duit raya x cecah pon rm150.hehe:P

azk2121 said...

aimi! duit raya tu dah menjadi kurang dgn mendadaknya sbb beli something yg mmg mnjadi keperluan. hee.

ble nk wt jamuan raya kita2 ni? bole mkn2 kuih raya sme2.

p.s: mcm mne bole smpai ke sini? huhu.

yukiyepi said...

haha..sempat je ko...ak delete post tu sbb nak wat post baru yg lg best..tp tak menyempat2 nih..weekend ni la kot..

azhana..nak wit raya!!!!

Dr@imi said...

hehe..kt selalu menjadi silent reader:D hehe..mehla dtg beraya di bilik sebelah..byk nie kuih raya nak diberi..

dayah said...

byknye duet raye..kaya la ang..
bak ckit duet raya ang..bole la km wat beli tiket flight..ehee:-D

azk2121 said...

aimi: insyaAllah, nnti free, km dtg terjah. haha. dtg ziarah =)

frh: mana post br nye tu? xde pn. dh weekend dh ni. :p

dayah: meh dtg cni dulu, beraya. baru bole dpt duit raya =)