Saturday, February 25, 2012

last


untuk semua yang sedang berjihad menuntut ilmu :)


jumaat lepas. usai lecture bersama prof har,
kata prof, "you all dah nak masuk final year
dah, jangan ingat kecik lagi,"

semua senyum dan ketawa, tapi dalam hati, “huh, stress!”



tapi, bila merasakan Allah ada, Dia Maha Tahu dan Maha Faham, sekurang-kurangnya motivasi untuk berbuat masih ada. walau lambat, payah, atau sikit, Dia tahu kita sedang mencuba dan berusaha!



untuk kita; aku, dan semua.
selamat berusaha :)


dan, selamat berdoa juga

"perdengarkanlah, Dia ada untuk mendengar!"


semangat semangat! ;)

p.s: kenapa waktu exam, adalah masa dan ketika yang semuanya nampak best dan nikmat untuk dibuat? waktu itulah, ilham datang mencurah-curah. waktu itu juga, semua novel nampak best. waktu itu juga, berterabur planning. waktu itu jugalah tertiup semangat nak buat itu dan ini. exam oh exam.
p.s: moga ni post terakhir dalam masa study week ni.:D
p.s: seperti biasa, mohon doa semua :)

Friday, February 24, 2012

when i'm missing home


bismillah,

bila musim exam, waktu study week,
mula rasa homesick,
dan banyak pulak walimah,
sesuai la kot untuk kongsi post ni
purple di hati :D










































setiap kali sheikh reda selesai satu-satu slot, beliau akan tanya balik;
“what have you learned?”
ramai orang yang akan angkat tangan, dan mula menjawab.
praktikal juga, sebab sedikit sebanyak mengimbas apa yang dah dipelajari
tapi bukan itu yang nak saya kongsikan


---------------------


sela waktu sebelum mula slot baru, sheikh tanya lagi. soalan yang sama. slot sebelumnya adalah tentang; "how do i know i'm ready to get married?"

dan ada satu jawapan juga yang saya err, agak suka. brother yang cool dan slumber itu jawab, "when i'm missing home". satu dewan (yang faham) tergelak.

mahu tahukah anda, sebab apa?
ayat ini; (ar-rum 21).




saya pun baru terperasan. kalimah "listaskunu ilaiha" sebelum ini, biasanya diterjemahkan dengan "untuk tenang padanya". tak pernah pula terlintas dan terfikir, perkataan sa-ka-na, bermaksud tinggal, tempat tinggal, atau home. saya pun baru "ah-ha-betul-jugak-tu", tapi hanya setelah sheikh reda yang terangkan.



bukankah rumah, tempat yang kita rasa nyaman, best, TERlupa masalah, gembira, tenang, nikmat, bahagia, seronok, kebersamaan? itulah, ehem; ISTERI. ini Allah yang kata, bukan manusia yang cipta. subhanallah! harusnya, begitulah hakikatnya kan?


tapi..

bro, i'm missing home too.
tapi, ehem, rumah yang betul betul rumah
T.T 



p.s: moga kita-kita dididik dan terdidik untuk menjadi rumah yang menyenangkan itu. amin ya Rabb :')

p.s: barakallahulakum buat kak iz, duha dan pasangan :)
p.s: homesick kerap kali muncul pada waktu-waktu exam macam ni.


Thursday, February 23, 2012

cerita dia

bismillah,

petang itu, dia terus berkongsi cerita,
pantang jumpa, pasti mulutnya tak berhenti,
cerita tentang markah quiz, tentang lecturer, tentang program,
tapi, ada sesuatu yang menarik perhatianku,
ceritanya tentang ini;

dia: tak semua orang akan terkesan dengan kata-kata seseorang, kan?
aku: maksudnya?

dia: maksudnya, andai kita diberi peringatan, atau pengisian oleh seseorang, tak mudah kata-kata nasihat yang diberi itu membekas di hati
aku: banyak faktor. faktor orang yang menyampaikan peringatan. dengan faktor orang yang menerima peringatan. kalau si penyampai hanya menyampaikan, si penerima hanya menerima. memang tak terkesan!

dia: memang betul. tapi, kali ini nak cerita tentang  si penyampai. dapat kakak naqibah yang best! alhamdulillah
aku: best? kenapa? dia selalu belanja makan ke?

dia: haish. bukanlah. kata-kata dia, ayat-ayat Quran yang dia baca selalu terkesan, membekas kat hati ni. itu yang best! makanan best mudah dicari, kata-kata best pun mudah di cari, tapi nak menyentuh hati-hati ni bukan kerja mudah.
aku: setuju.

dia: nak dengar satu kisah lagi tak?
aku: kisah apa pulak

dia: ada sorang ustaz ni. cara penyampaian dia biasa-biasa je, tak macam pemidato pun, jauh sekali nak berpantun dan berlawak. tapi setiap orang yang mendengar, pasti terkesan dengan ilmu yang di sampaikan.   
aku: hebat.

dia: pastu, ada orang tanya ustaz tu, apa rahsia dia. kata ustaz, setiap kali bagi pengisian, ceramah mahupun berusrah, dia akan solat taubat. mohon Allah ampunkan dosa-dosa dia. mohon Allah jauhkan sifat ujub, riak dalam diri dia. dan yang paling penting mohon Allah ampunkan dosa-dosa dia yang boleh menjadi penghijab tertahannya ilmu yang nak disampaikan pada mad'u.
aku: allahuakbar. perlu amalan khusus ni. kita selalu salahkan mad'u. adik usrah tak datang usrah. pengisian tak memberi kesan pada hati-hati mereka. rupanya, kita tak sedar, kita belum bersungguh lagi dalam memberi. tak berusaha menambah amalan.

dia: hari tu kan, hehe. ni kisah lain pulak. tengah solat berjemaah, kakak yang jadi imam tu, terhenti baca surah. rupanya dia menahan sebak. walaupun tak faham makna, kami yang menjadi makmum ni pun rasa syahdu. terkesan pada hati. bila habis solat. dia berdoa, dan dia sebak lagi. tersentuh lagi hati.
aku: cara Allah ‘menyejukkan’ hati kita dengan pelbagai cara. kakak tu menangis dalam solatnya. menangis pula dalam doa-doa yang dipanjatkannya. itu melegakan, buat diri dia dan mereka yang mendengar.

dia: tapi kan, menunggu untuk ‘disentuh’ secara sopan memang menyenangkan, tetapi lebih menyenangkan lagi ketika mencari sendiri, agar bisa disentuh dengan utuh.
aku: jiwang.
dia: tarbiyyah itu kadang-kadang boleh jadi romantik jugak. :D

habis dia bercerita, aku monolog sendiri;
"mungkin dia juga punya amalan khusus, hanya berkongsi cerita, tapi aku turut terkesan mendengarnya. Allah sentuh hati aku melalui cerita-cerita dia. Allahurabbi"


p.s: ada impian dan harapan yang kita tidak perlu khabarkan pada orang lain, tapi cukup bercakap-cakap dengan Allah.=)

Friday, February 17, 2012

watashi no tomodachi...


"salam. tak tau kenapa, tiba-tiba teringat kat ko. huhu."
message masuk;

"tulis je la rindu. kan senang. pendek dan padat. hehe. rindu jugak!"

replied.


atau perbualan
"ada apa-apa nak tolong tak?'
"tolong doakan aku kuat"
"lagi?"
"tolong tegur aku, kalau nampak aku buat silap"
"lagi?"
"tolong jadi sahabat aku, dunia akhirat"
"...(senyum terharu)"

bersahabat, berkeluarga atau berpasangan (halal), paksikan ia pada satu tali yang mengikat hati-hati kita. diikat demi redha Ilahi.

teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa. (Az-zukhruf: 67)


jatuh cinta dengan orang yang punya hobi yang sama itu menyenangkan, tapi jatuh cinta dengan orang yang punya tujuan yang sama itu luar biasa.


p.s: ni blog ke tumblr? :D
p.s: sungguh, baca blog atau tumblr lebih menyenangkan berbanding bukak facebook. apa-apa pun, tadabbur quran adalah tahap tertinggi tenang yang bole kau dapat.
p.s: menulis dek kerana terinspirasi melihat patient di ward. 
p.s: watashi na tamodachi ga daisuki desu! untuk semua yang pernah hadir sebagai tomadachi aku. indah dan bermakna. =)
p.s: kau apa yang sering aku tulis, sedangkan aku adalah apa yang tak pernah kau baca. =)

Thursday, February 16, 2012

sometimes


kuperhatikan ahli ibadah; ia lelah dan menangis. tapi rasa nikmat dan pancaran ketenangannya tak habis-habis. 
-Salim A.Fillah-


belum pernah aku berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwaku sendiri, yang kadang-kadang membantu aku, dan kadang-kadang menentangku.
-imam al-Ghazali-


p.s: padaku, menulis bukan untuk orang lain membaca semata, tapi lebih daripada itu.
"rupanya Allah mahu aku sedarkan diri aku sendiri, melalui lidah aku sendiri, ke telinga aku sendiri"
p.s: menulis untuk merubah. menulis untuk berubah. menulis demi mengelak rebah!
p.s: berpuisian di malam hari ini. Rasulullah pun suka syair-syairan. =)

Tuesday, February 14, 2012

tanya dan tahu


bismillah

tanya

"err2..saya ada request sikit. urm2..saya teringin benar nak berguru..berguru dengan orang yang betul2 arif dalam hal agama ni..tapi tak tau nak carik mane dan kemane harus dituju..huhu..nak kuatkan diri sendiri, sebelum jadi kuat untuk orang lain..akak ade cadangan?"

dapat message ni melalui ym. 
waktu tu, dia dalam fasa study week.

kadang-kadang, kita selalu ambil mudah,
pada kita, bukak facebook pun, 
boleh baca artikel2 islam,
tak perlu join usrah pun tak apa,
berguru dengan pakcik google, 
berguru dengan encik facebook,

mestilah tak salah,
tapi, kalau ilmu medic tu, 
sebolehnya kita nak mintak doctor buat teaching,
nak prof buat revision class,
tapi ilmu agama, cari yang paling mudah.
google. tekan enter. baca.

'maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (alim ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya'. (al-Nahl: 43)

'ilmu itu seperti gudang dan kuncinya adalah bertanya. maka hendaklah kamu sering bertanya semoga kamu diberikan rahmat oleh Allah Taala. maka sesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberikan pahala akan empat orang. pertamanya orang yang bertanya. keduanya guru yang menjawab. ketiganya orang yang mendengar jawapan itu. keempatnya orang yang cinta kepada mereka' (riwayat Abu Nuaim)

terima kasih pada dia yang bertanya.
orang yang ditanya pasti belajar sesuatu daripada mereka yang bertanya.
dan jawapan aku pada dia: "jom gi talaqqi!" =) 

tahu

mungkin kita sibuk dengan dunia masing-masing,
sibuk dengan study kita, sibuk dengan merit kita,
hal politik negara letak tepi,
soal barang naik, biasiswa ditarik semua dipandang sipi,
selagi mana ia tidak melibatkan kita directly.

isu global, isu kemanusiaan,
isu palestin, isu syria,
lagilah dibiar berlalu pergi,
tak tahu siapa basyar asad,
tak tahu berapa orang terbunuh,
tak tahu, anak kecil tak berdosa dipenggal kepala,
ditembak di dada tanpa belas kasihan.

nak berjihad di sana, kita tak mampu,
takkan berdoa untuk mereka pun, kita beralasan.
jom doa! free of charge je =)




p.s: link untuk perkembangan di syria.
p.s: esok long case. doakan. free of charge kan. :D

Saturday, February 11, 2012

lama


tiada ketentuan yang sia-sia.
tiada ujian yang melebihi kemampuan.
tiada duka yang tersembunyi dari pengetahuanNya.
tiada air mata yang mengalir tanpa diketahuiNya.

dan bila kamu sudah kehilangan sebab untuk tetap bersabar,
maka pujuk hatimu dengan ayatNya,
dan kerana Allah, bersabarlah!


p.s: tak kira untuk yang bersedih, atau yang sedang bergembira sekalipun, kita tetap diuji dengan kesabaran. kan.
p.s: dah lama tak update. nak tutup mungkin. hu.