petang itu, dia terus berkongsi cerita,
pantang jumpa, pasti mulutnya tak berhenti,
cerita tentang markah quiz, tentang lecturer, tentang program,
tapi, ada sesuatu yang menarik perhatianku,
ceritanya tentang ini;
dia: tak semua orang akan terkesan dengan kata-kata seseorang, kan?
aku: maksudnya?
dia: maksudnya, andai kita diberi peringatan, atau pengisian oleh seseorang, tak mudah kata-kata nasihat yang diberi itu membekas di hati
aku: banyak faktor. faktor orang yang menyampaikan peringatan. dengan faktor orang yang menerima peringatan. kalau si penyampai hanya menyampaikan, si penerima hanya menerima. memang tak terkesan!
dia: memang betul. tapi, kali ini nak cerita tentang si penyampai. dapat kakak naqibah yang best! alhamdulillah
aku: best? kenapa? dia selalu belanja makan ke?
dia: haish. bukanlah. kata-kata dia, ayat-ayat Quran yang dia baca selalu terkesan, membekas kat hati ni. itu yang best! makanan best mudah dicari, kata-kata best pun mudah di cari, tapi nak menyentuh hati-hati ni bukan kerja mudah.
aku: setuju.
dia: nak dengar satu kisah lagi tak?
aku: kisah apa pulak
dia: ada sorang ustaz ni. cara penyampaian dia biasa-biasa je, tak macam pemidato pun, jauh sekali nak berpantun dan berlawak. tapi setiap orang yang mendengar, pasti terkesan dengan ilmu yang di sampaikan.
aku: hebat.
dia: pastu, ada orang tanya ustaz tu, apa rahsia dia. kata ustaz, setiap kali bagi pengisian, ceramah mahupun berusrah, dia akan solat taubat. mohon Allah ampunkan dosa-dosa dia. mohon Allah jauhkan sifat ujub, riak dalam diri dia. dan yang paling penting mohon Allah ampunkan dosa-dosa dia yang boleh menjadi penghijab tertahannya ilmu yang nak disampaikan pada mad'u.
aku: allahuakbar. perlu amalan khusus ni. kita selalu salahkan mad'u. adik usrah tak datang usrah. pengisian tak memberi kesan pada hati-hati mereka. rupanya, kita tak sedar, kita belum bersungguh lagi dalam memberi. tak berusaha menambah amalan.
dia: hari tu kan, hehe. ni kisah lain pulak. tengah solat berjemaah, kakak yang jadi imam tu, terhenti baca surah. rupanya dia menahan sebak. walaupun tak faham makna, kami yang menjadi makmum ni pun rasa syahdu. terkesan pada hati. bila habis solat. dia berdoa, dan dia sebak lagi. tersentuh lagi hati.
aku: cara Allah ‘menyejukkan’ hati kita dengan pelbagai cara. kakak tu menangis dalam solatnya. menangis pula dalam doa-doa yang dipanjatkannya. itu melegakan, buat diri dia dan mereka yang mendengar.
dia: tapi kan, menunggu untuk ‘disentuh’ secara sopan memang menyenangkan, tetapi lebih menyenangkan lagi ketika mencari sendiri, agar bisa disentuh dengan utuh.
aku: jiwang.
dia: tarbiyyah itu kadang-kadang boleh jadi romantik jugak. :D
habis dia bercerita, aku monolog sendiri;
"mungkin dia juga punya amalan khusus, hanya berkongsi cerita, tapi aku turut terkesan mendengarnya. Allah sentuh hati aku melalui cerita-cerita dia. Allahurabbi"
p.s: ada impian dan harapan yang kita tidak perlu khabarkan pada orang lain, tapi cukup bercakap-cakap dengan Allah.=)

No comments:
Post a Comment