Saturday, April 28, 2012

428

ijtima' tarbawi GAMIS

taujihat: 

'semoga Allah memeriahkan perjuangan Islam dengan jalinan ukhuwwah dan benteng istiqamah anak- anak muda ini di jalanNya. Ayuh, bangkit adik-adikku semua'.-us.nik abduh
Top of Form

'tahniah, semoga tunas pejuang - pejuang ini akan terus mekar dan hebat'-us.nasruddin tantawi

'pesanan syeikh jumu’ah kepada presiden GAMIS, saudara akram ikrami untuk disampaikan pada seluruh mahasiswa/mahasiswi sewaktu lawatan ke ikhwanul muslimin headquarters:

1.   mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah wajib dan sunat dengan penuh ketaqwaan
2.     cemerlang akademik. Kebanyakan pimpinan IM faqih dalam bidang agama dan bidang kepakaran masing-masing
3.    mantapkan ukhuwah. selusuri sirah bagaimana ukhuwah sahabat dengan Rasulullah saw.

*ketiga-tiga points ini perlu didasari dengan aspek tarbiyyah, tarbiyyah dan tarbiyyah.
--------------------------------

*tahaluf siyasi-kerjasama politik atas perkara yang disepakati dengan syarat tak merugikan Islam.
*analogi kenapa perlunya bersih dan tahaluf siyasi:
Ada satu perlawanan bola, antara dua pasukan, team A dan team B. Team A adalah campuran antara org Islam (majoriti) dan bukan Islam. Team B adalah org Islam.
Selama 4 dekad, team A yg kaya dan selalu menang - walaupun diketuai org Islam, mereka sanggup menang dgn cara merasuah pengadil, menindas team B dgn menghalang peruntukan yg sepatutnya sampai ke team B, yg semuanya Islam. 
Walaupun tewas, miskin, team B tetap wujud tetap melawan team A.
Selama ini, penonton ditindas krn membeli tiket menyaksikan perlawanan bola sepak berat sebelah yg memihak pd team A.
Team B sedar, bahawa dia perlukan bantuan utk menewaskan team A yg bermain secara kotor. Team B mula bergabung dgn pihak lain termasuk bukan Islam dan bekas pemain team A yang turut inginkan satu perlawanan yg adil untuk melawan team A.
Team A mula mengalami kekalahan, dulu daripada 14 perlawanan, team A tewas satu. Kini, team A kalah 5 daripada 14 perlawanan kpd team B walaupun dgn penipuan.
Org yg berfahaman asabiah penyokong team A berkata:"Mengapa team B sanggup bekerjasama dgn org bukan Islam utk mengalahkan team A yg diketuai org Islam. Mengapa team B tak nak bekerjasama dgn team A? Jika team B bekerjasama dgn team A, makan org bukan Islam dalam team B tak boleh menang." 
Org ini terlupa bahawa walhal dalam team A, selama 4 dekad, mereka bekerjasama dgn org bukan Islam untuk menang team B dgn cara kotor.
Org yg betul memahami agama pula berkata:"Kita bekerjasama atas sifat tahaluf siyasi - utk menentang ketidakadilan, ketidaksamaan dan kezaliman team A utk kekal kemenangan. Penonton selama ini ditindas, krn mereka sebagai pembeli tiket tidak dpt menyaksikan satu pertandingan adil selama ini. Bukan soal menang atau kalah, soalnya ialah penonton mesti dpt melihat dua pasukan yg sama kuat bersaing dgn adil utk memajukan sukan bola utk negara. 
Masa team A menang 4 dekad, tak terfikir pun nak bergabung dgn team B. Bergabung antara team A dan team B pula tidak betul, kerana team B yg mempertahankan prinsip keadilan selama ini akan bersekongkol dgn team A yg ingin menang dgn cara yg kotor. Takkan team B nak bersekongkol dgn org yg menindas. Bila team A mula menang balik, apakah mereka masih perlukan team B? 
Team B hanyalah sekadar utk menghilangkan saingan pd team A supaya team A boleh kekal juara."
Kini, wujud pula satu kumpulan C, yg cuba menghalau pengadil yg dibeli. Seperti situasi 1, team A yg ingin mempertahankan pengadilnya, menuduh team B bersekongkol dgn team C yg diketuai bangsa dan amalan berlainan utk menindas team A.
Bagaimanakah misi menukarkan pengadil, memastikan perlawanan bola lebih adil boleh dilihat sebagai satu tindakan menindas dan mencabar team A?

---------------------------------------------------
"ucapkanlah selamat tinggal kepada umat yang pasti binasa itu!" bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, "wahai zalim", maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka (HR. Ahmad)


bersih 3.0: allahuma yussahil alaikum. Allah sebaik baik pelindung. selamat berjuang semua! moga Allah redha.

p.s: kalau kita tak setuju dengan sesuatu isu, pastikan dengan kefahaman dan ilmu, sama juga kalau kita setuju dan sokong sesuatu isu. biar dengan kefahaman dan ilmu. insyaAllah, saya sokong bersih dengan kefahaman dan ilmu!
p.s: subhanallah. hanya itu ucapan yang mampu diluah tatkala berada dalam ijtima' tarbawi gamis semalam. taujihat yang disampaikan, semangat juang yang tinggi dari semua sahabat sefikrah menambahkan keyakinan akan perjuangan ini. 
p.s: takbir. allahuakbar! hanya Dia layak kita besar-besarkan serta agung-agungkan. 

Friday, April 27, 2012

ada kat mana-mana?



bismillah,

dapat call dari dia.
mengadu sedih dengan markah fiziknya.
aku jadi tukang dengar. memang pakar mendengar je.
dia sedih. tapi dia pujuk diri sendiri. :D
siap bagi hadis. 

"takpe, mungkin ada hikmah markah fizik dakwin kali ni rendah, Allah nak suruh belajar lebih lagi kan. lagipun ada hadis ni (dia bacakan); 

seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.(HR bukhari dan muslim) 

mungkin ni la antara cara Allah nak ampunkan dosa-dosa dakwin yang banyak ni kan. positif-positif!" muncul juga suara ceria itu di hujung talian.

kata seorang kenalan,
'untungla ada adik perempuan, bole mengadu segala macam'
memang untung. bila dia mengadu, aku pun dapat tazkirah dari dia :D

-------------------------------------

kadang, kita selalu bersangka buruk dengan sesuatu yang terjadi tanpa kehendak kita,
bila apa yang dirancang tak menjadi,
cepat sungguh menyalahkan diri 
atau paling teruk, secara tak sedar menyalahkan ilahi

kata seorang sahabat,
'hikmah adalah barang yang tercicir, jadi ambillah hikmah itu di mana-mana'

ada jugak yang bertanya,
'macam mana nak jadi kuat?. mata ni mudah sangat menangis.
benda-benda simple pun, senang je mata ni berair' 

menangislah, ada hikmah tersembunyi mungkin.
'perhaps our eyes need to washed by our tears once in a while, so that we can see life with a clearer view again'


'and that it is He (Allah) Who makes (whom He wills) laugh, and makes (whom He wills) cry'. [53:43]  
whatever happens, Allah knows, and He does understand.


hikmah itu ada di mana-mana kan.
just find and grab it!
:)

p.s: nak jadi medical standby untuk bersih esok. tapi dah janji nak ke walimah kak nana. barakallahulakuma, kak nana dan zauj. =)
p.s: encik jpa menjadi bualan hangat untuk beberapa minggu ni. bertambah hangat bila pesta buku dah start.
haipp, kan hikmah itu ada di mana-mana' jpa lambat masuk, cuba cari apa hikmahnya. (diuji dengan kata sendiri?) ;) 

Tuesday, April 24, 2012

ye, ada apa?


bismillah.

ada satu kisah.
kisah seorang ukhti yang tegas dalam perkataan mahupun perbuatannya.
alasan yang satu: ikhtilat.

mengimbas peristiwa;
menjadi wakil pelajar dalan persatuan di universiti menyebabkan dia perlu berurusan dengan
ramai orang, termasuk la muslimin.

urusan kolej, universiti, program, gerak kerja tarbiyyah dan dakwah,
memerlukan komitmen dari semua.
jadi dia memang dikenali dengan sifat tegasnya itu, terutama dengan kaum muslimin.

kringgg..
'ahmad calling'
diambil telefon bimbit, lalu dijawab pantas. 
"assalamualaikum. ye, ada apa?" jawab dia dengan satu nada. (macam operator pun ada)

begitulah yang di jawab dia, tiap kali, ada muslimin yang menelefon. "ye, ada apa?"
"ye, ada apa?" untuk ali, untuk raju, mahupun ah chong.

begitu juga dengan email, ym, mahupun message. dijawab tegas. tanpa huhu, hihi, haha. huha.

selang waktu berlalu, ukhti tersebut selamat mendirikan bait muslim.
seusai majlis akad nikah pada malam itu,
dia kembali ke rumah kedua ibu bapanya, tanpa ditemani zauj nya,
kerana keesokkan harinya, walimah akan dilangsungkan.

kringgg...
'muhammad calling'

quran yang dibaca, di letak tepi. lalu di jawab panggilan tersebut;
"assalamualaikum. ye, ada apa?" jawab dia dengan satu nada, tegas seperti biasa.
"haih, haih. abang ni"
"oppsss. sori. sori"

:)
-------------------------------

dan, kini setelah bergelar ustazah yang punya 3 orang cahaya mata, ukhti tersebut berpesan pada semua.
'jagalah ikhtilat.
sebab hati kita, wahai muslimat, mudah rosak'


"tuhanMu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu" (17:25)


p.s: ada sahabat yang tanya, macam mana nak jaga ikhtilat kita dengan muslimin. banyak urusan yang memerlukan perbincangan dengan mereka. kataku, jom guna teknik, "ye, ada apa?". tegas. biar terjaga :)
p.s: selesai pemBERSIHan bilik. baru boleh study dengan selesa. biarlah bersihkan dulu sistem spr, baru bole mengundi dengan yakin :)

Friday, April 20, 2012

warm up




bismillah,

Rasulullah saw pernah berkata kepada seorang sahabat,

"wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kata, jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan menjumpaiNya dihadapanmu. apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah…" HR Tirmidzi

menjaga Allah itu bermaksud menjaga hak Allah.
menunaikan segala apa yang telah Allah perintahkan dan manusia wajib mengerjakan.
mendekatinya, tidak kira semasa susah atau senang.
mendahulukan Dia tidak kira di mana kita berada.

kita nak Allah perkenankan permintaan-permintaan kita,
kita nak Allah rezekikan kita,
kita nak Allah pelihara dan jaga kita setiap saat.
kita nak menang, kita nak bawa Islam,
tapi hubungan dengan Dia, kita ala kadar.

jika daie nya sahaja lemah, tahajjud jarang sangat, baca quran sekali sekala, mathurat setakat gitu-gitu sahaja, masih buang masa main games, facebook, chatting dengan perempuan/lelaki, umat ini mahu bergantung pada siapa lagi? 
Allah. Allah :'(

"jagalah hak Allah dan Allah akan menjaga hak kamu".
ihfazillah, yahfazka.

dan. kadang, kita selalu melepas stress dengan mencari-cari lagu buat penenang jiwa,
lupa barangkali, love letter dari Dia punya beribu hikmah wa rahmah buat kita yang selau beremosi tak tentu hala;

 "dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan Kami), benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik." (Al-Ankabut: 69) 
--------------------------------

memetik kata-kata ini,
"tulis untuk ekspresi,
tulis untuk inspirasi"

marilah menulis semula! :D
bukan apa,
selalunya, kita perlu masa,

sebab kadang-kadang,
bila terlama bersembang dengan manusia,
terlama bersembang di blog, di facebook,
kita jadi lupa bersembang dengan tuhan.

p.s: ada impian? tanpa impian, kita tak mampu bergerak! tak nak jadi macam zombi; luar hidup, dalam kosong. 
p.s: akan dikongsi impian itu kelak. :) 
p.s: ni post bersifat warm-up. :)