Tuesday, April 24, 2012
ye, ada apa?
bismillah.
ada satu kisah.
kisah seorang ukhti yang tegas dalam perkataan mahupun perbuatannya.
alasan yang satu: ikhtilat.
mengimbas peristiwa;
menjadi wakil pelajar dalan persatuan di universiti menyebabkan dia perlu berurusan dengan
ramai orang, termasuk la muslimin.
urusan kolej, universiti, program, gerak kerja tarbiyyah dan dakwah,
memerlukan komitmen dari semua.
jadi dia memang dikenali dengan sifat tegasnya itu, terutama dengan kaum muslimin.
kringgg..
'ahmad calling'
diambil telefon bimbit, lalu dijawab pantas.
"assalamualaikum. ye, ada apa?" jawab dia dengan satu nada. (macam operator pun ada)
begitulah yang di jawab dia, tiap kali, ada muslimin yang menelefon. "ye, ada apa?"
"ye, ada apa?" untuk ali, untuk raju, mahupun ah chong.
begitu juga dengan email, ym, mahupun message. dijawab tegas. tanpa huhu, hihi, haha. huha.
selang waktu berlalu, ukhti tersebut selamat mendirikan bait muslim.
seusai majlis akad nikah pada malam itu,
dia kembali ke rumah kedua ibu bapanya, tanpa ditemani zauj nya,
kerana keesokkan harinya, walimah akan dilangsungkan.
kringgg...
'muhammad calling'
quran yang dibaca, di letak tepi. lalu di jawab panggilan tersebut;
"assalamualaikum. ye, ada apa?" jawab dia dengan satu nada, tegas seperti biasa.
"haih, haih. abang ni"
"oppsss. sori. sori"
:)
-------------------------------
dan, kini setelah bergelar ustazah yang punya 3 orang cahaya mata, ukhti tersebut berpesan pada semua.
'jagalah ikhtilat.
sebab hati kita, wahai muslimat, mudah rosak'
"tuhanMu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu" (17:25)
p.s: ada sahabat yang tanya, macam mana nak jaga ikhtilat kita dengan muslimin. banyak urusan yang memerlukan perbincangan dengan mereka. kataku, jom guna teknik, "ye, ada apa?". tegas. biar terjaga :)
p.s: selesai pemBERSIHan bilik. baru boleh study dengan selesa. biarlah bersihkan dulu sistem spr, baru bole mengundi dengan yakin :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment