Saturday, April 28, 2012

428

ijtima' tarbawi GAMIS

taujihat: 

'semoga Allah memeriahkan perjuangan Islam dengan jalinan ukhuwwah dan benteng istiqamah anak- anak muda ini di jalanNya. Ayuh, bangkit adik-adikku semua'.-us.nik abduh
Top of Form

'tahniah, semoga tunas pejuang - pejuang ini akan terus mekar dan hebat'-us.nasruddin tantawi

'pesanan syeikh jumu’ah kepada presiden GAMIS, saudara akram ikrami untuk disampaikan pada seluruh mahasiswa/mahasiswi sewaktu lawatan ke ikhwanul muslimin headquarters:

1.   mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah wajib dan sunat dengan penuh ketaqwaan
2.     cemerlang akademik. Kebanyakan pimpinan IM faqih dalam bidang agama dan bidang kepakaran masing-masing
3.    mantapkan ukhuwah. selusuri sirah bagaimana ukhuwah sahabat dengan Rasulullah saw.

*ketiga-tiga points ini perlu didasari dengan aspek tarbiyyah, tarbiyyah dan tarbiyyah.
--------------------------------

*tahaluf siyasi-kerjasama politik atas perkara yang disepakati dengan syarat tak merugikan Islam.
*analogi kenapa perlunya bersih dan tahaluf siyasi:
Ada satu perlawanan bola, antara dua pasukan, team A dan team B. Team A adalah campuran antara org Islam (majoriti) dan bukan Islam. Team B adalah org Islam.
Selama 4 dekad, team A yg kaya dan selalu menang - walaupun diketuai org Islam, mereka sanggup menang dgn cara merasuah pengadil, menindas team B dgn menghalang peruntukan yg sepatutnya sampai ke team B, yg semuanya Islam. 
Walaupun tewas, miskin, team B tetap wujud tetap melawan team A.
Selama ini, penonton ditindas krn membeli tiket menyaksikan perlawanan bola sepak berat sebelah yg memihak pd team A.
Team B sedar, bahawa dia perlukan bantuan utk menewaskan team A yg bermain secara kotor. Team B mula bergabung dgn pihak lain termasuk bukan Islam dan bekas pemain team A yang turut inginkan satu perlawanan yg adil untuk melawan team A.
Team A mula mengalami kekalahan, dulu daripada 14 perlawanan, team A tewas satu. Kini, team A kalah 5 daripada 14 perlawanan kpd team B walaupun dgn penipuan.
Org yg berfahaman asabiah penyokong team A berkata:"Mengapa team B sanggup bekerjasama dgn org bukan Islam utk mengalahkan team A yg diketuai org Islam. Mengapa team B tak nak bekerjasama dgn team A? Jika team B bekerjasama dgn team A, makan org bukan Islam dalam team B tak boleh menang." 
Org ini terlupa bahawa walhal dalam team A, selama 4 dekad, mereka bekerjasama dgn org bukan Islam untuk menang team B dgn cara kotor.
Org yg betul memahami agama pula berkata:"Kita bekerjasama atas sifat tahaluf siyasi - utk menentang ketidakadilan, ketidaksamaan dan kezaliman team A utk kekal kemenangan. Penonton selama ini ditindas, krn mereka sebagai pembeli tiket tidak dpt menyaksikan satu pertandingan adil selama ini. Bukan soal menang atau kalah, soalnya ialah penonton mesti dpt melihat dua pasukan yg sama kuat bersaing dgn adil utk memajukan sukan bola utk negara. 
Masa team A menang 4 dekad, tak terfikir pun nak bergabung dgn team B. Bergabung antara team A dan team B pula tidak betul, kerana team B yg mempertahankan prinsip keadilan selama ini akan bersekongkol dgn team A yg ingin menang dgn cara yg kotor. Takkan team B nak bersekongkol dgn org yg menindas. Bila team A mula menang balik, apakah mereka masih perlukan team B? 
Team B hanyalah sekadar utk menghilangkan saingan pd team A supaya team A boleh kekal juara."
Kini, wujud pula satu kumpulan C, yg cuba menghalau pengadil yg dibeli. Seperti situasi 1, team A yg ingin mempertahankan pengadilnya, menuduh team B bersekongkol dgn team C yg diketuai bangsa dan amalan berlainan utk menindas team A.
Bagaimanakah misi menukarkan pengadil, memastikan perlawanan bola lebih adil boleh dilihat sebagai satu tindakan menindas dan mencabar team A?

---------------------------------------------------
"ucapkanlah selamat tinggal kepada umat yang pasti binasa itu!" bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, "wahai zalim", maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka (HR. Ahmad)


bersih 3.0: allahuma yussahil alaikum. Allah sebaik baik pelindung. selamat berjuang semua! moga Allah redha.

p.s: kalau kita tak setuju dengan sesuatu isu, pastikan dengan kefahaman dan ilmu, sama juga kalau kita setuju dan sokong sesuatu isu. biar dengan kefahaman dan ilmu. insyaAllah, saya sokong bersih dengan kefahaman dan ilmu!
p.s: subhanallah. hanya itu ucapan yang mampu diluah tatkala berada dalam ijtima' tarbawi gamis semalam. taujihat yang disampaikan, semangat juang yang tinggi dari semua sahabat sefikrah menambahkan keyakinan akan perjuangan ini. 
p.s: takbir. allahuakbar! hanya Dia layak kita besar-besarkan serta agung-agungkan. 

No comments: