bismillah,
bukan
sebab kesejukan malam. bukan sebab ketiadaan bintang sebagai peneman.
entah,
yang pastinya ada sebab lain.
buku-buku bersepah. kertas-kertas bertaburan atas meja persis
keadaannya dengan perancangan yang juga berkecamuk dalam kepala.
"kesunyian malam membuatkan manusia berinteraksi dengan emosi dan
perasaan sendiri."
geram. rasa terbeban. rasa penat.
Allahhu Allah.
beremosi sungguh engkau.
tarbiyyah mengajarmu bukan menjadi manusia, tapi menjadi hamba,
nak jadi orang yang
berilmu, kena banyak membaca.
nak jadi orang yang hebat,
kena banyak belajar.
nak jadi orang yang tahu
segala benda, kena banyak buat salah.
nak faham keadaan umat,
kena bercampur dengan manusia.
nak memimpin, kena tahu
berorganisasi.
pendek kata, kalau nak tahu
semua, atau nak jadi seseorang, kena sentiasa belajar.
"aku buat semua ini kerana Allah"
(dalam keadaan lelah dan letih tahap giga pun, masih mampu tersenyum bila mana kita tahu kita letih kerana Dia)
senyum!
3 comments:
sekarang sedang beremosi. emosi yang mengalirkan air mata. sedih kerana diri ini tak mampu lawan dengan perasaan sendiri.
Saya suka dgn ayt ni
'tarbiyyah mengajarmu bkn menjadi manusia, tp menjadi hamba' :)
InsyaAllah, moga Allah terus luruskan niat lillahita'ala :)
lina, farhiyya:
:)
Post a Comment