bismillah,
mata tertangkap gambar ni di facebook.
terus, mata jadi pedih-pedih.
terimbas, kenangan ketika mula-mula sampai ke sana.
" insyaAllah, kita akan buat sujud syukur dulu..."
ayat mutawif tak habis kudengari.
mata terpaku pada bangunan hitam, di celah-celah masjidharam.
kaabah. itulah kaabah!
saat itu,
air mata mengalir sendiri, tanpa di paksa. turun dengan laju.
hanya satu ayat, ketika sujud syukur di buat
"ya Allah, terlalu pemurah dan penyayangnya Engkau, sampaikan aku ke sini walau diri ini penuh dosa dan noda"
----------------------------------------------------------------------
saat azan maghrib 21 julai yang lalu dilaungkan, terzahir kata
"ahlan wasahlan ya Ramadhan!"
"ya Allah, terlalu pemurah dan penyayangnya Engkau, sampaikan aku ke bulan Ramadhan yang mulia ini walau diri penuh dosa dan noda."
walau diri penuh dosa dan noda.
pahit bila dosa yang sama
berulang-ulang.
bertambah pahit, andai dosa dibiar membuah, tanpa disegerakan taubat.
"..adapun orang-orang
yang beriman sangat
cinta kepada
Allah."
(Al-Baqarah:165)
"..dan didekatkanlah
Syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tiada jauh dari
mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu
kembali kepada Allah, lagi memelihara semua
peraturanNya. Iaitu orang yang takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah, sedang Dia
tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. masukilah
syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan."
(Qaf: 31-34)
jadikanlah kami awwab-hamba yang selalu, selalu, dan selalu kembali
..kepadaMu!
Amin.
kembalilah! (taubat) walau diri penuh dosa dan noda.
mahu bukti apa lagi? kasih sayang Dia, rahmat Dia terlalu luas. tersangat luas
“barangsiapa yang berpuasa dengan imanan (penuh
keimanan) wahtisaban (menghitung-hitung
untuk mengharap redha Allah), diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” [HR Bukhari]
11 ramadhan;
jangan rugi lagi.