bismillah,
1. semakin bertambah usia, semakin dekat kita dengan garisan
penamatnya.
maka harus makin bersungguh bersiap untuk bertemu denganNya.
2. setiap kali berbuka puasa, kita bukan sahaja perlu bersyukur dan gembira, tetapi harus diselitkan rasa takut dan harap. mudah-mudahan puasa kita hari ini diterima Tuhan, dan mudah-mudahan masih ada hari esok untuk kita mohon pengampunan.

3. kata Sheikh Habib Ali Al-Jufri, diciptakan mata kita ini
untuk melihat wajahNya yang Maha Mulia. lalu, perbaikilah mata ini kerana wajah
Allah sangat mulia. mari kita bersihkan ia dengan ketakutan kepada Allah,
dan berazam untuk menjaganya agar disinari hati kita ini.
4. ramadhan itu bukan Tuhan. tetapi hadiah dari Tuhan. hadiah untuk kita bersihkan hati dan segala panca indera bagi melayakkan kita untuk menerima hadiah lain yang paling besar nikmatnya..untuk bertemu dengan Allah yang Maha Mulia. jika hadiah itu kita terima, mari buka dan manfaatkan ia dengan sebaiknya.

5. dalam apa-apa yang kita lakukan, biasakan refresh dan perbaharui niat agar jelas tujuan. moga perjuangan di tahun akhir ini, di bulan yang mulia ini mendapat redha Dia.
6. bukankah dunia ladang akhirat? petani perlu bersusah
payah bercucuk tanam untuk dapat hasil. perlu berpenat lelah dan berpanas
terik. maka, memang layaklah kita bersusah-susah dan bersibuk-sibuk di
dunia ni untuk menuai hasil di akhirat kelak! dalam kesibukan kita ke
ward, study dan lain2, moga momentum ibadah di bulan ramadhan terus terjaga.
"berbahagialah bila engkau telah melangkah. sebab engkau
telah menang, menang selangkah ketika sebagian orang masih bimbang, tapi dirimu
sudah berani meng-eksekusi diri. barakallah. keep your spirit." -deadline
your life, solikhin abu izzuddin; hlmn. 22
cukuplah Allah yang Maha Tahu, dan cukuplah Dia sebagai saksi.
Allahhu Musta'an.
Allah, sabarkan, kuatkan, dan temukan kami dengan hikmah dalam pencarian.
Allah, kuatkan, ikhlaskan dan mudahkan perjuangan kami di tahun
akhir ini. amin amin amin.
'bagaimana boleh berani-berani aku siakan usia mudaku, sedang
ajalku tidakku tahu'
p.s:
curi-curi masa
untuk menulis.
rindu.
sangat.
No comments:
Post a Comment