Friday, October 29, 2010

adakah alasan lagi untuk kita tidak bahagia?


bismillah,

bahagianya bila rasa bahagia,
bahagia lagi kalau dapat buat orang lain bahagia,
bertambah-tambah bahagia kalau dapat membahagiakan orang yang membahagiakan kita

tak sume orang boleh rasa bahagia,
tak sume orang Allah bagi nikmat bahagia ni,

bahagia itu bukan hanya bila kita rasa seronok,
bahagia itu bukan hanya bila kita tak ada masalah,
bahagia tu hadir, walau dapat tengok wajah mereka yang kita sayang,
bahagia itu datang, bila kita dapat buat orang lain tersenyum,
bahagia itu subjektif

ada yang bahagia, bila dapat tengok wayang, berkareoke
ada juga yang bahagia bila tengok orang lain menderita,
ada yang bahagia bila dapat keputusan cemerlang,
ada yang bahagia bila time makan :p

tapi, hebatnya orang yang bahagia bila ditimpa ujian,
bila diberi dugaan, dia bahagia
bila dilanda mehnah tribulasi, dia bahagia.

bahagia kerana Allah pilih dia
bahagia sebagai kifarah dosa dia
bahagia kerana ujian itu menguatkan dia

sebenar-benar bahagia itu apabila kita sentiasa bersama Allah dalam apa jua keadaan untuk mendapat redhaNya,
semua kejadian, adalah nikmat dari Allah..jadi adakah alasan lagi untuk kita tidak bahagia?

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah, hati menjadi tenteram" (13:28)

"orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik" (13:29)

jom jadi bahagia yang sebenar!



p/s: bahagia sbb dah hbs exam o&g
p/s: time exam, tgn ni asyik gatal je nak menaip..macam2 bende nak tulis
p/s: sejak 2 menjak ni, rasa mcm duk oversea, sejuk sgt..
p/s: ada 1 hr lg exam, isnin ni..Ya Allah bantulah aku dan sahabat2.


2 comments:

nhu said...

salam 'alaik..
lme xmenjengah ke blog ni..
best title ni..
BAHAGIA..

ad unsur ang akn jd bhagia xlme lg..bhgia sbb da abes exam..hehe
all d best utk last paper tuh..:-)

azk2121 said...

wslm. ok. tq. ko pn sme la,
all the best ye..

nak berjaya kene guna DUIT:
doa+usaha+ikhtiar+tawakal :)

dah berjaya pn kene guna duit, wt kenduri kesyukuran, xpn blnje kwn2..:p

k..moga diberi kesihatan y baik, kefahaman, ilham dan hidayah dr Allah..insyaAllah Allah bantu.