Saturday, December 25, 2010

change?


bismillah,

aku baru buat fb. ye facebook yang menjadi kegilaan ramai tu,
setelah berkira-kira, berfikir-fikir, Allah izinkan aku buat fb 2 bln lepas,
dengan posting yang tak berapa sibuk ni juga, merupakan salah satu faktornya,

alhamdulillah, dapat berhubung semula dengan ramai sahabat, sejak dari sekolah rendah sampailah belajar di ukm sekarang,
dapat tahu tentang mereka; belajar di mana, amik course apa,
ada yang masih di Malaysia, ramai juga di luar negara,
ada juga yang dah bekerja, dah berumahtangga,

ada yang dah berhijrah, alhamdulillah..
kalau dulu culas nak solat, sekarang dah jadi ustazah dah,
dulu-dulu bertudung biasa, sekarang dah bertudung labuh,
dulu-dulu selalu ponteng usrah, sekarang jadi naqibah

manusia itu berubah bukan?
siapa yang tak gembira dengan perubahan seperti itu,
melihat sahabat-sahabat dengan roh semangat yang baru,
berhijrah, untuk tinggalkan zaman jahiliyyah masing-masing.
subhanAllah..

tapi, bagaimana pula dengan perubahan yang sebaliknya?
kalau dulu bertudung labuh, sekarang tudung tidak lagi menutup dada,
kalau dulu bertudung, sekarang rambut menjadi tatapan umum,
kalau dulu menjaga ikhtilat, sekarang tiada segan silu berpelukan,
malah ada yang hampir menjadi artis, menjadi penyanyi, menjadi model,
Allahuakbar..

manusia itu berubah, aku juga berubah, kamu berubah, kita semua boleh berubah,
tapi perubahan bagaimana yang kita mahukan,
Allah uji kita dengan ujian membuat pilihan,
nak syurga, atau neraka,
nak pergi usrah atau ponteng,
nak bangun subuh, atau tarik selimut balik,
nak berubah jadi baik, atau sebaliknya,

dan sesungguhnya, Allah yang memegang hati-hati kita ini,
pastikah kita istiqamah di jalan ini, pastikah kita tak akan berubah?
tak pasti bukan,
tapi, Allah pasti mendengar doa hamba-hambaNya

mintalah, pohonlah pada Dia agar ditetapkan iman, istiqamah dengan jalan dakwah, dipelihara dari kemungkaran akhlak, kemungkaran perbuatan dan kemungkaran nafsu.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (ali imran:8)

"wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati kami untuk selalu taat kepadaMu"




p/s: teringat kata2 prof muhaya, kalau buah epal tu rasanya tetap rasa epal, bukan rasa oren, atau rasa buah2 lain. ni jwpn utk org y ckp luaran xsemestinya menggambarkan dalaman.
p/s: sekarang ni kawan2 chinese n indian tgh tgk midnight movie kt pggng wayang y br bukak tu, christmas eve kata mereka.



Thursday, December 23, 2010

aku dan dia :)


bismillah,

berapa banyak masa lagi yang ada untuk aku dapat tatap wajahnya,
berapa banyak waktu lagi untuk aku dapat lihat senyumnya,

kerut dan uban yang menjadi bukti penat lelah dia untuk kami semua,
membesarkan kami yang bermacam ragam,

berapa banyak waktu yang masih ada,
untuk aku dapat berbakti pada dia,
untuk aku balas segala jasanya, mampukah aku?

adakah aku masih punya waktu,
untukku dengar segala kata nasihat dari dia,
untukku ketawa dengan senda guraunya,

kenangan itu, masih segar di ingatan

aku pulang dari sekolah, mengadu sakit perut yang amat sangat,
dia yang kerisauan, membawaku ke hospital
di diagnose appendicitis, aku di pindah ke HKL,
dialah yang menjagaku siang dan malam,
menemaniku selama berada di ward,
ke dewan bedah untuk menjalani appendicectomy,
muka dia yang kerisauan masih jelas dalam ingatanku,

setiap kali aku menghadapi peperiksaan,
dia tak lupa, tak jemu mendoakanku,
berpuasa, beribadah, berdoa memohon pertolongan dari Dia yang Maha Kuasa,
agar segala urusanku dipermudahkan,

setiap kali aku pulang ke kolej, ada sahaja bekal yang akan disediakan untukku,
sama juga setiap kali ku pulang ke rumah, ada sahaja juadah kegemaranku tersedia,
bukan aku tak tahu, sibuknya dia sebagai seorang isteri, seorang ibu, juga seorang pendidik
tapi, kerana kasih sayang itu, penat bukan menjadi alasan

di saat ku sedih dengan keputusan examku,
dia tak jemu memberi kata perangsang.

di saat ku kembali ke kolej,
pipiku ini tak lupa dikucupnya.

sayu dan sebak dada ini,
saat mendengar doa tulus untuk anak-anaknya tersayang,
ketika solat berjemaah itu berakhir,
dia sebut setiap daripada kami ini dalam doanya itu,

dia yang peramah,
dia yang penyayang,
dia yang sangat berbakat-melukis, memasak, menjahit, menghias, berkebun
dia yang menjadi sayap kanan keluarga,
dia yang menjadi kekasih hatiku,
dia yang kugelar emak,

aku tahu, suatu hari nanti jika bukan aku yang pergi meninggalkan dia, mungkin dia yang akan pergi meninggalkanku. Moga dengan kesempatan waktu yang ada ini, dapatku berbakti kepadanya dan membuatnya tersenyum sentiasa.

Ya Allah, kau panjangkan umur ibuku dalam mentaatiMu, kau ampunkanlah dosanya, kurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat kepadanya. Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan dia ibu yang terbaik buatku..

sanah helwah ya ummi. uhibbuki fillah abadan abada. :)


"dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung bersusah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung kesusahan" al-ahqaf:15

Sunday, December 19, 2010

bukan hobi


bismillah,

berada di rumah sekarang,
curi-curi balik,
kalau bahasa asrama dulu-dulu, fly,
kalau ikutkan memang rasa bersalah,
tapi kat blok tu, tinggal 3 orang je,
atas faktor keselamatan, dan kerinduan,
keputusan yang sukar ini terpaksa dibuat :p

tinggal 3 minggu lagi aku di tanjung karang ini,
posting yang sangat berbeza, lain dari lain,
tak perlu ke ward, tak perlu baca buku sangat,
kat sini banyak mengajar aku tentang diri aku sendiri,
tentang kawan-kawan, tentang pengalaman,

kami perlu buat family case study (fcs),
perlu ke ward mencari patient,
clerk, pastu buat home visit,

patient aku, pakcik S di diagnosed COAD,
aku dan 2 orang sahabat pergi ke rumahnya,
perjalanan yang menarik,
dengan sawah memenuhi kawasan kampung itu,

kami perlu tanya dengan terperinci,
tentang psychosocial, socioeconomic status,
tentang family members, keadaan rumah, persekitaran,

harapnya aku dapat capai target fcs ini,
to treat patient in holistic approach,
treat a patient as whole person, not the disease only,

-------------------------------------------------------

kat posting ni jugak,
dapat jumpa ramai orang kampung yang baik-baik belaka,
waktu buat survey yang lepas, kami di jamu air kelapa,
di beri 2 buah betik untuk di bawa pulang,
di layan dengan baik sekali,

pertama kali makan seafood kat jeram, main bumper car, swing chair,
dengan kawan-kawan,
macam duduk kat sekolah semua perempuan je,
kalau posting sebelum ini,
nak buat apa-apa mesti ada lelaki join sekali,
kali ini, tak lagi :)

dulu sebelum berposting ini,
dengar macam-macam cerita tak best,
sosial berlebihan kata mereka,
tapi alhamdulillah untuk group aku kali ini,
kurang berlaku semua itu,

cuma terfikir lemahnya diri ini,
bila berhadapan dengan situasi yang memerlukan teguran,
aku kadang2 segan untuk menegur, atau menasihat,
masih kurang kekuatan untuk bersuara,

bila di uji dengan nikmat kelapangan masa pula,
aku hampir gagal di situ,
banyak lagha dari manfaatnya,
banyak tido, main dari ibadahnya,

terkesan dengan kata-kata ini,

"Dakwah bukan hobi di waktu lapang!"

"Mungkin, masa kita terlalu lapang, sebabnya di hujung sana, ada insan yang kesempitan, kerana melakukan kerja. Yang sebenarnya kerja kita!"

“Bersegeralah melakukan berbagai amal soleh sebelum datangnya bermacam fitnah seperti malam yang gelap gelita”. (Riwayat Ahmad, Muslim dan Tirmizi)


p/s: Ya Allah, berilah kami kefahaman, kekuatan, dan keyakinan dalam berjuang, bantu kami istiqamah dan tsabat dalam menegakkan agamaMu, Ya Allah.
p/s: entri yang tak berfokus
p/s: rindu nak pergi ward


Wednesday, December 15, 2010

menangis



bismillah,

aku pernah menangis,
kamu pernah menangis,
kita semua pernah menangis,
semua orang pernah menangis,

yang membezakan, adalah sebab kita menangis,
ada yang menangis kerana putus cinta,
menangis kerana dimarahi,
menangis kerana menonton hindustan,
menangis kerana makanan pedas,
menangis kerana kesakitan,
dan pelbagai 1001 sebab lain,

salahkah menangis?
egokah kalau tidak menangis?

menangislah wahai hati,
mengalirlah wahai air mata,
laksanakanlah tuntutan jiwamu,
kalau itu yang mampu meredakan keresahanmu,
mampu menenangkanmu,
mampu mengurangkan kelelahanmu,

tapi tahukah kamu,
kamu akan dapat lebih dari itu,
andai kamu menangis kerana menyesali dosa-dosamu,
menangis kerana takutkan seksaan Dia Yang Maha Kuasa,
menangis kerana kurangnya amal kebajikan,
menangis keranaNya.
tidakkah kamu mahu menjadi salah satu golongan yang dinanungi dengan rahmat Allah di akhirat kelak,
tidakkah kamu mahukan syurga yang penuh kenikmatan itu

kamu bukanlah maksum,
Rasulullah yang maksum pun,
yang pasti masuk syurga itu saja,
solatnya hingga bengkak kaki,
kamu? pastikah di syurga?

basahkanlah matamu itu,
tangisilah dosa-dosamu yang menggunung tinggi itu,
mengadulah, mohonlah pada Dia,
agar kamu bisa menangis keranaNya,
menangis kerana takutkanNya,

jangan biar ego itu menguasai diri,
andai air mata itu mudah saja ia memenuhi tubir matamu,
tatkala melihat drama-drama sedih,
pabila mendapat result yang tak seberapa,
mudah sahaja air mata itu mengalir,
jadi mengapa pula di tahan dosa-dosa yang menghantui dirimu,
menangislah, tangisilah dosamu
takutlah dengan azab seksaan dari Allah

menangislah..
menangislah kerana Allah,
kerana hanya Allah sahaja layak buat semua titisan air matamu..

---------------------------------------------


"tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya"

"Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepadaMu, sebelum tidak ditemunya air mata"

"api neraka diharamkan ke atas 2 jenis mata. pertama, mata yang menangis kerana takut kepada Allah. ke2, mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umat Islam drpd serangan orang2 kafir"


p/s: kamu, kita= aku (peringatan untuk diri sendiri)
p/s: jika seseorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah, maka menangislah kerana ketidakmampuan itu

Sunday, December 12, 2010

sanah helwa


bismillah,

mula kenal di matrik,
waktu itu, bilangan students mencecah 2000 orang,
kawan lama, susah nak di cari dalam jumlah pelajar yang ramai itu,
kawan baru pula muncul, dan salah seorangnya kamu!

aku bukanlah seorang yang peramah,
jadi, kamu sahaja yang layak memulakan bicara,
1st impression, ramah dan baik :)
2nd impression, rajin dan kelam kabut cikit :p

tak sama tutorial, tapi sama blok,
jumpa kalau nak berkonvoi ke masjid matrik yang duduk dalam air itu,
kadang-kadang kita bagi makan ikan kat masjid,
kadang-kadang ikan di makan oleh kita kat cafe,
kadang-kadang pergi ke dsg sama-sama, kalau ada program.

banyak kadang-kadang dari selalu,
tapi, kita masih keep in touch hingga sekarang,
masih berkongsi masalah, berkongsi cerita,
dan jujurnya, kamu adalah insan yang sangat tabah,
dengan bermacam ujian dan dugaan dari Allah,

khas untuk kamu,

Bukan Allah tak tahu
derita hidupmu...
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu

mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna Dia tahu
hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya :)

teman,
sekejap perkenalan
terasa bagai sudah lama kita bersama

bukan kerana jemunya detik bersama
tetapi tempoh ini buat kita saling kenal
saling memahami

gembiranya aku
seolah olah kau turut tertawa
tika bersedih
seolah kau juga mengesat air mata yang sama

ukhwah ini
biar tecipta keranaNya
dan berpisah dalam redhaNya

sanah helwa, hidayah :)
moga pertambahan umur selari dengan pertambahan amal!
moga Allah permudahkan segalanya.


Friday, December 10, 2010

demi matahari :)




Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya



Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah


Berdamping dengan alam lebih bahagia berbanding berdamping dengan bangunan pencakar langit. Bangunan dibuat oleh manusia yang dibuat oleh Allah, manakala alam pula dibuat oleh Allah secara langsung dengan ‘sentuhan’-Nya. Semakin ‘dekat’ dengan Allah, semakin bahagialah jiwa.

p/s: jom baca dan hayati surah ash-syams

10 muwasafat tarbiyyah



Jom bina 10 muwasafat tarbiyyah! kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.. :)

Monday, December 6, 2010

1 kemestian


bismillah,

salam maal hijrah 1432,
bila sebut maal hijrah, bila sebut awal muharam,
terbayang, terfikir, terdetik dalam diri ini,
azam, harapan, impian dan matlamat baru,
dan semua ini menuntut perubahan,

kalau boleh, aku mahu buang segala sifat mazmumah,
segala penyakit-penyakit hati,
kalau boleh, aku mahu sifat mahmudah menghiasi diri ini,
mahu bersangka baik dengan semua.

aku ingin jadi rajin,
rajin beribadah, rajin belajar,
rajin ke ward,
mahu hilangkan malas,
malas yang memakan diri sendiri.

mahu jadi baik dari tahun sebelumnya,
mahu jadi lebih baik pada tahun baru ini,
ingin perbaiki diri dan orang lain,
mahu menyumbang sesuatu untuk ummah.

bak kata prof N, sentiasa tanya apa yang kamu buat hari ini,
yang dapat memberi sesuatu pada dunia, bukan pada diri kamu semata-mata,

ada yang perlekehkan apabila mendengar perkataan azam ini,
'azam yang lepas pun tak tertunai lagi, dah ada azam yang baru pulak'
'azam ni boleh diibaratkan macam angan-angan mat jenin je'
kita adalah apa yang kita fikirkan!
kita fikir negatif, negatiflah diri kita,
fikir positif, insyaAllah, positifla diri ini.

dalam hidup ini ada sesuatu yang lebih susah dari susah,
itulah hijrah, perubahan,
ada yang sanggup bersusah berbanding ambil tindakan untuk melakukan perubahan,
itulah cabaran dalam melakukan perubahan,
perlukan mujahadah yang tinggi,
istiqamah yang hebat.

percaya selepas melihat sesuatu adalah biasa,
tapi percaya sebelum melihat sesuatu adalah luar biasa,
dan kita bekerja untuk melihat apa yang dijanjikan Allah
kerana perubahan bukanlah 1 pilihan, tapi kemestian!

salam maal hijrah 1432h
mari berhijrah
mari jadi lebih baik :)

p/s: akan bersurvey di pagi 1 muharam. Moga Allah permudahkan