Saturday, August 21, 2010

Mereka mengasihi kita sebelum kita lahir!



salam,

Alhamdulillah, semalam aku berpeluang melihat satu delivery(proses kelahiran bayi). Ya Allah, betapa seksa dan sukarnya seorang ibu melahirkan anak.. Kesakitan yang dikatakan kedua paling sakit selepas mati!

Masuk ke labour room(dewan bersalin) bukanlah terus dapat melahirkan anak seperti yang kufikir sebelum ini. Ia memakan masa. setengah jam, sejam, 2 jam..? Seperti kes semalam, 4 jam! itu merupakan kelahiran pertama, jadi ia mengambil masa lebih lama berbanding mereka yang pernah bersalin sebelum ini.

-------------------------------------

Di saat ibu muda itu mengerang kesakitan, berpenat lelah berusaha untuk 'push' baby tersebut, suaminya di sebelah tak jemu-jemu memberi sokongan. Seluruh tenaga digunakan untuk melahirkan anak tersebut. Pucat mukanya, tangan suami digenggam erat, mulut ditutup rapat.. dan alhamdulillah setelah hampir setengah jam meneran, akhirnya tangisan bayi kedengaran.

Di saat ibu yang masih kesakitan, tangisan bayi itu menyebabkan terukir senyumnya di bibir, mengalir air mata kegembiraan. Diri yang kesakitan tak dihiraukan, penat yang di alami tak dikisahkan lagi. Hanya wajah anak, yang sangat ingin dilihat.

Setelah anak dilihat, sakit itu terasa kembali, placenta dan darah-darah beku perlu dikeluarkan. Kali ini sakit itu tak seperit sebelum ini. Kerana apa?Anak sudah selamat dilahirkan. Kesakitan diri bukanlah utama, keselamatan anak itulah yang lebih penting..

----------------------------------------------------------

Saat aku melihat semua ini, air mata bergenang. Mak...!
Teringatkan mak di rumah.
Mak mengalami ini semua selama 5 kali.
5 kali bertarung nyawa,
5 kali mengerang kesakitan,
5 kali berkorban kudrat!

Tapi apa yang kubuat di saat mak memerlukan bantuanku untuk ke kedai
pelbagai alasan kuberi, 'penat, nanti ye mak.'
samakah penatku ini dengan penatnya mak melahirkan ku?

di saat mak berendam air mata, merinduiku,
apa yang kubuat? mengharapkan mak yang menelefon.
susahkah aku untuk bertanya kaba,
bertanya kaba dia yang bertarung nyawa untukku

di saat mak ingin bercerita, berkongsi masalah denganku,
apa yang kukata? memberi alasan sibuk dengan study,
mengharap mak call nanti..

apa yang kamu dan aku lakukan yang mungkin pernah mengguris hati ibumu, itu semua tak mengurang sedikit pun kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Anak yang dikandungnya selama 40 minggu, anak yang mungkin mengancam nyawanya, anak yang menjadi harapannya, anak soleh/solehah yang akan mendoakannya..


--------------------------------------------------------
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Al-Israa’ 17: 24)

Ya Allah, memang layaklah 'syurga itu di bawah tapak kaki ibu'. Terima kasih mak, melahirkan kami semua. sesungguhnya mak sangat layak dikasihi, disayangi, dijaga selamanya. Bukan sikit pengorbanan dan jasa ibu. Saat bersalin pun dah di uji Allah dengan segala keperihan, membesar dan mendidik anak, lagilah hebat!

"Ya Allah, kau ampunkanlah dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku sewaktu kecil"

"Ya Allah, rahmatilah keduanya, berilah kesejahteraan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Jadikanlah diriku ini anak yang solehah yang dapat berbakti dan mendoakan mereka sentiasa"


Wahai mereka yang bergelar anak, kita mungkin lebih bijak daripada mereka, tetapi kita tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kita hanya mampu mengasihi mereka selepas kita bijak, tetapi mereka mengasihi kita sebelum kita lahir!

p/s: Mak!...sob..sob

No comments: