Tuesday, February 22, 2011

lelaki mengandung?

bismillah,

baru balik dari study group.
printer buat hal,
penuh tangan dengan ink,
so, mood nak study dah jadi lain.

mari mencari mood.
nak tulis kisah aku clerk patient beberapa minggu lepas,
jalan-jalan, pusing-pusing ward, tiba-tiba nampak ramai student dekat sorang pakcik ni,
aku pun pergi tengok, mana tau ada procedure yang perlu dilihat untuk memenuhkan buku log,

rupa-rupanya, pakcik tu ada finding yang best dekat abdomen dia,
mula-mula tak nak clerk pakcik tu sebab mungkin dia dah penat,
tapi, bila dia tanya "nak tanya soalan ke"
*senyum dan sengih* pastu mengangguk-ngangguk.
"tak pe ke pakcik? pakcik tak penat ke?"
" tak pe, kamu kan nak belajar"

bermulalah proses pertanyaan,
pakcik tu pun mula bercerita,
datang ke hospital sebab distended abdomen,
selingan--causes of distended abdomen; 5f-fat, flatus, fluid, faeces, fetus.
no other associated symptom such as fever, jaundice, LOW, LOA, chest pain, vomit, diarrhea. ada history of hepatitis c, ada history of copd,
not consume alcohol, dan lain2 history aku tak berapa ingat.

sebab tujuan asal hanya mahu buat PE,
aku tak salin history yang ditanya,
dan seusai habis bertanya dengan tak berapa lengkap,
aku mintak izin untuk buat abdomen examination,

bukak baju pakcik tu, nampak abdomen nya macam ni;


pastu aku buat shifting dullness dan fluid thrill untuk tengok sama ada ni ascites (free fluid in peritoneal cavity) atau tak.

untuk shifting dullness, mula-mula kita percuss start dari umbilicus, dan bergerak ke kiri sampai dengar dullness, pastu suruh patient pusing badan ke arah kita@kanan patient. tunggu beberapa saat (dalam 15-20 saat) sebelum percuss dari tempat berhenti tadi ke umbilicus. bila percuss dengar resonance n bila dah nak sampai umbilicus, dengar dullness, so tu indicate positive shifting dullness; sebab fluid tu dah bergerak ke bawah bila patient pusing badan,


untuk fluid thrill pulak, kita mintak patient letak tangan dekat tengah2 abdomen, pastu kita jentik sebelah kanan perut patient, dan sebelah tangan lagi letak dekat bahagian kiri patient. bila tangan kanan jentik, kita akan rasa macam gelombang bergerak ke arah tangan kiri kita, so tu kira positive fluid thrill; tujuan letak tangan kat tengah2 tu untuk elak lemak yang bergerak, kita nak detect fluid yang ada dalam pleural cavity itu, bukan lemak.

sekian sahaja kelas p.e kita hari ni. mood dah ada, tapi dah mengantuk;
'allahummu bismika ahya wa amut..'

p/s: investigation? management? causes of ascites? pakcik tu sakit apa sebenarnya? cari sendiri. hoho.

4 comments:

fathiyyah said...

jap jap. nk cr kat bukuuu! :D

nhu said...

mcm kne busung je..

azk2121 said...

fathiyyah: dh jmpe ke blom? klau dh jmpe, sila report kt cni :)

nhu: busung tu apa? mcm penah dgr.

p/s: g ward td, ada 2 cases lg mcm ni, tp causes of ascites tu berbeza.

nhu said...

dlm rwatan islam ad..
cbe try tanya pakcik google..
tp if km xsilap, busung tuh biasa blaku bila ad org anta sesuatu utk kenakn kte..mcm tanam sumthing kt bwh umah or sekitar umah..biasa letak katak..
kalo katak tuh pecah, so perut tuh akan pecah..lebih kpd sihir..

tp dlm rwtn moden, not sure..
kalo dlm case pakcik ni, dlm rwtn moden, dia skit ap?kalo xde history & tetibe kena,or dl ad, pastu baik, pastu ad smla.. cbe la try p darus syifa..
xsalahkn kte cube kedua2 rwtn..moden & alternatif..as long as alternative tuh mngikut syarak..

km pon dl x percaya, tp ble da terkena br la percaya...

xpon ko suh pakcik tuh dgr mp3 ayat ruqyah syariah..xlama pon dlm 30 min..tp km slalu tertidur b4 abes ayat tuh dibaca..huhu

kalo ad tanda2 mcm ni mean ad sumthing wrong somwhere la..

mual, jantung berdegup kencang, mgantuk, batuk, pening, mguap, sedawa, ad pergerakan bwh kulit.