Tuesday, February 22, 2011

post-prk








bismillah,

Alhamdulillah, Allahuakbar..
7 tahun menunggu, Allah memberi kemenangan,
memberi amanah yang sangat berat untuk dipikul,
memberi mandat untuk memimpin mahasiswa.

=========================================================

aku dan sahabat2 ke bangi untuk mendengar sendiri keputusan keseluruhan,
jujurnya, aku tak menyangka kemenangan ini,
tapi, atas dasar amanah yang di beri dalam prk, aku ke sana,

Allahuakbar, melihat ramai sahabat2 ukm berkumpul, terdetik dalam hati, teguhnya hati2 mereka dalam perjuangan ini.
laungan takbir, student power, hidup mahasiswa bergema di depan dewan gemilang,
selawat, istighfar beramai-ramai turut dilakukan,
ucapan dari wakil pimpinan mahasiswa turut dijadikan pemangkin semangat,
ucapan dari mahasiswa tahun 1 sangat terkesan di hati,
walau masih baru di ukm, dia berani menyeru sahabat2 tahun 1 untuk bangkit, dan berani bersuara dan menyatakan hak masing2, walaupun diugut dengan pelbagai ancaman.
kami dimaklumkan keputusan tak akan diumumkan seperti sebelum2 ini,
screen besar juga tidak diletakkan seperti tahun lalu,
kami terpaksa menunggu calon2 mahasiswa untuk keluar dari pusat penjumlahan undi untuk mengetahui keputusan keseluruhan,
waktu itu, kami tak tahu keputusan sebenar, walau ada ura-ura mengatakan gmukm menang.

saat semua calon mahasiswa keluar dari dewan gemilang, kami bersama-sama rapat ke hadapan, untuk mendengar sendiri keputusan rasmi prk.

"Alhamdulillah, selama 7 tahun kita menanti dengan pelbagai fitnah, dugaan dan cabaran yang kita lalui, Allah beri kemenangan kepada kita hari ini" ucapan wakil calon mahasiswa yang juga seorang OKU diiringi dengan laungan takbir dan student power.

menang 22 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan memberi mandat buat pimpinan mahasiswa untuk membentuk kerajaan di ukm. walaupun terdapat 2 kerusi yang tak layak ditanding oleh pro A.

kemudian, kami sama-sama membaca doa wehdah. dan diakhiri dengan doa oleh presiden isiukm, ustaz nazri.

" Ya Allah, terima kasih atas kemenangan yang diberi ini ya Allah, pelbagai onak cabaran, dugaan, fitnah terpaksa kami tempuh dalam perjuangan ini ya Allah. setelah 7 tahun menunggu, Kau kurniakan kemenangan ini ya Allah. Kau bantulah kami mengisi kemenangan ini ya Allah. kami lemah ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami ya Allah, thabatkan kami dalam perjuangan ini, ya rabbi. kemenangan ini adalah pertolongan dariMu ya Allah...."

doa yang sangat menusuk kalbu. ustaz Nazri sendiri sebak ketika membacakan doa. terdengar juga esakan sahabat-sahabat sewaktu mengaminkannya

aku sendiri sangat terharu dengan kemenangan ini. hanya orang yang berada di medan ini yang faham bagaimana perasaan ketika kemenangan diumumkan.
terlalu banyak penyelewengan berlaku, fitnah dan pelbagai halangan terpaksa kami tempuh. bukan dalam tempoh masa yang singkat, tapi selama 7 tahun. di bangi lebih banyak dugaan dan ketidakadilan berlaku jika dibandingkan dengan di cheras.

calon-calon berpelukan dengan sahabat seperjuangan, penyokong dan pendokong gmukm. terasa segala penat-lelah, pengorbanan masa, tenaga dan lain-lain berbaloi dengan kemenangan ini.

bagi aku, kemenangan itu 1 bonus, tapi kemenangan sebenar adalah apabila kami dapat berdakwah, tingkatkan tarbiyyah diri, dan mantapkan ukhwah sepanjang bergerak kerja bersama! subhanallah, alhamdulillah!!

Al-Marhum al-Syaikh Abu Ala al-Mawdudi pernah berkata :"Jika mahu melihat masa depan Islam sesebuah negara itu, lihatlah kepada golongan anak mudanya pada hari ini "

subhanallah, Allahuakbar!!!

p/s: gambar sekitar hari penamaan. keputusan diumum pada malam semalam.
p/s: sekarang masa utk mengisi kemenangan, perlu bantu mpp yang br dilantik.
p/s: kene struggle ke ward minggu ni utk cover hr2 lepas yang tak ke ward.

2 comments:

nhu said...

subhanallah..hebatnye prk ukm...
mmg kalo dibandingkn dgn prk u km
sure mesti byk perbezaan..
byk kata penulis dlm haraqah daily, prk u____ suram..
mana taknye, kalo xsilap km, calon diberi mse hanya sminggu utk berkempen slps penamaan..tu pon time org ngah sibuk xm..
for sure la, xde sape yg sgp spend masa just smata2 nk dgr manisfesto..
sumtimes, km sndr xpercaya pd mpp..
nk tahu knape?sbb mpp ni mcm xbt keje..
mmg xnpk lgsg sumbangan mrk pd mahasiswa..
bkn nk burukkn mpp u km..tp itu la realiti..alhamdulillah pro M UKM menang..
tahniah sbb Allah beri kemenangan..:-)

azk2121 said...

sbnrnye, ktorg ada 4 hr je mse utk berkempen, sbb penamaan hr khamis, mengundi hr isnin.

memang xcukup masa, tambah2 weekend ramai balik rumah. 4th yr dh cuti, 5th yr pulak stdy wk sbb nk exam ikhtisas akhir.

so, mmg susah jgk la calon nk bkempen. kne guna sgala senjata media elektronik. hoho.

yg ttg mpp x wt keje tu, xpastila kan. tp sbnrnye, susah nk tunaikan manifesto2 tu, tmbh2 ada kerenah birokrasi. klau mpp tu dr pro-m lg la susah. tp, alhamdulillah km tgk kbykn mpp pro-m usaha sedaya upaya diorg tuk lunaskan manifesto, ada dpt, ada y xdpt. kdg2, stdent y xperasan.

tp, pe2 pn, tgjwb tu 1 amanah. kene buat betul2. kte pn ada amanah juga. sbg pengundi. sbb ada kwn2 km kt cni xkisah pn dgn sume ni,xkisah pn mengundi ke xmengundi ke. padahal, dalam mengundi pn ada dosa n pahala nya. dr. asri ada tulis ttg ni dlm blog die.