biarlah aku dilabel anak manja,
pabila ada yang melihat
hampir setiap bulan
ada saja yang menjenguk,
setiap kali datang, pasti ada makanan yang dibawa,
satu hari, sedang makan-makan, aku tanya pada mak
"mak masak bila ni, mak?"
"pagi tadi, kelam kabut jugak masak"
andai waktu tu, kenyang sangat pun, aku gagahkan juga makan,
bukan sedikit yang mak masak, selalunya lebih 3 jenis lauk,
tak masuk kuih-muih lagi,
tak masuk buah-buahan lagi,
paling tidak pukul 4-5pagi, mak bangun masak,
tak gamak rasanya, andai mulut ni bersuara,
menolak untuk makan kerana kenyang.
pernah balik cuti di rumah,
jadi anak tunggal sementara,
sebab yang lain masih di sekolah/universiti,
tengah makan sedap-sedap.
mak selalu teringat anak-anak yang lain sedang menjamah apa?
atau study kuat sangat sampai makan pun tak terjaga, (yang pasti bukan aku la ni)
atau tidur yang tak cukup, mahupun duit yang semakin menguncup,
selalu terfikir, hebat orang dulu-dulu ni,
zaman mereka, tak ada kursus keibubapaan,
tak ada forum mendidik anak,
atau buku tarbiyyah aulad untuk di baca,
tapi, seakan ada magis dalam mendidik anak-anak
alhamdulillah, berkunjung lagi mereka ke sini tadi,
biarlah dikecam anak manja sekalipun,
kerana nikmat sebegini tak selamanya kekal
hargai dan syukurilah ia sebaik mungkin,
Allah akan hancurkan hati orang yang ia sayang berkali kali sehingga tiada harapan untuk dunia ini. yang ada hanya harapan untuk Dia sahaja. bagi yang mencari cinta Allah bersedialah menerima hakikat ini- abdul qadir jailani
moga segala amalan kebaikan kita dipulangkan kepada mereka yang sangat kita kasihi, buat mereka, ibu bapa tersayang
p.s: post bersifat personal. biarlah, kerana aku percaya kita semua punya ibu dan bapa. paling tidak, pernah punyai ibu dan bapa ;(wahai Allah, Tuhan segala Rahmah, pulangkan segala kebaikan, pada insan-insan yang pernah memberi faham dan erti pada diri. mudahkan mereka jalan, dunia dan akhirat. seterang ilmu di hati kami, seterang itu juga rumah mereka di syurga nanti.
p.s: menulis untuk membangkitkan jiwa dan semangat. kadang kala, bila rasa kurang motivasi untuk study, terfikir mak dan ayah di rumah sedang berdoa mengharap kita berjaya. pasti motivasi tu datang menerjah dan menembak-nembak kita dengan jayanya!
2 comments:
jelesnye..huk2..
nanti ank2 ak esok kena msuk u yg dkt ngn umah la..hehe
mana boleh. kene bagi diorang survive sikit. hantar u jauh2. bole melawat sambil melancong. hoho
Post a Comment