Monday, October 17, 2011

tak cukup

bismillah

Teruskanlah perjalanan mu ini, biarpun terasa jauh dan sukar. 
Biarpun kau berkali-kali jatuh tersungkur, terpatahnya semangat mu. 
Biarpun terkadang jiwa dan ragamu lelah tak bermaya. 
Biarpun harus kau berlari mengejar atau merangkak sekalipun. 
Jangan pernah mengalah. Jangan kenal putus asa. 
Teruskan perjuangan ini biarpun terasa berat yang kau pikul di bahu mu itu. 
Teruskan jua biarpun terasa goyah dan belum cukup kuat langkah mu itu. 
Teruskan jua biarpun harus kau meraba mencari jalan dalam kegelapan yang menyelubungi. 
Pasti Allah akan titipkan semangat kekuatan dalam hati mu, 
menyinari perjalanan mu dan menghantar insan-insan 
untuk memapah dan memimpin mu. 
Teruskanlah biar apa pun. 
Bukan dikatakan bermujahadah jika ianya mudah. 
(tumblr)

La haula wala quwwata illa billah.
Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.
Never never never lose hope in Allah

Berdoalah. Susunlah doa kita. Fahami apa yang kita doakan. 
Yakini bahawa Allah akan memakbulkannya. 
Dan jangan sesekali lupa untuk berusaha dengan sesungguh-sungguhnya. 
Orang yang selalu berdoa akan tenang. 
Kerana dia akan melihat, satu persatu doanya dijawab oleh Allah SWT. 
Orang yang tidak berdoa, mendapat kejayaan pun, 
dia tidak akan rasa apa-apa ‘nilai tambah’. 
Dia rasa, dia dapat itu dengan usahanya sendiri. 
Sebab itu, apabila dia benar-benar ‘mati usaha’, 
dia akan putus asa dan tidak bangkit semula. 
Kita, bila ‘mati usaha’, kita tetap merasakan bahawa
Allah itu ada, dan Dia akan membantu kita. 
Kerana kita sering berdoa kepadaNya.
(langit ilahi)

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (At-Taubah:129)

p.s: untuk sesiapa yang membaca. ia memang untuk kamu.
p.s: esok exam. rasa debar exam kali ni lain sikit. takut dia lebih sikit berbanding sebelum ni. sebab rasa macam tak cukup masa?

Allah bagi masa cukup dah. muhasabah muhasabah.
all the best sume!

5 comments:

lina said...

tq2..masih ada masa, selagi belum exam.

Paeds, here we come!

[MH] said...

All the best my dear. Moga Allah memudahkan semuanya untuk kamu!

azk2121 said...

lina: risau. apalah nasib soalan2 yg dijawab td. huhu.

fathy: amin. tq2! =) utk awak jgk

asrar said...

nak LIKE bleh? ;)

azk2121 said...

bole kak nana! =)