Sunday, October 30, 2011

muda



bismillah,


jam-jam terakhir sebelum pulang ke sana,
meneruskan perjuangan,
dan menghadapi hari-hari penuh mencabar,


tadi tengah sibuk buat benda lain,
mak cakap tentang hadis ni,


dari Abi Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah Ta'ala pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya: Imam yang adil, pemuda yang hidup dalam beribadah kepada Allah, seorang lelaki yang hatinya selalu terpaut dengan masjid, dua orang lelaki yang saling mencintai karena Allah dan berpisah karena Allah, seorang lelaki yang dipanggil untuk berbuat zina oleh seorang wanita yang memiliki kekuasaan dan kecantikan dan dia berkata saya takut kepada Allah, dan seorang lelaki yang bersedekah dengan sebuah sedekah kemudian dia merahsiakannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya


sebelum ni dah banyak kali dah dengar, tapi bila mak cakap,
lagi menusuk ke qalbu.


masa sihat dan cergas inilah 
yang perlu digunakan sebaiknya 
untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah 
sebelum hadirnya waktu sakit. 
dan di kala lapang sebelum datangnya waktu sibuk. 
zaman muda adalah zaman sihat dan cergas untuk beribadah! 


dan pada masa yang sama, 
seseorang pemuda memerlukan usaha dan keimanan yang tinggi untuk berdepan hawa nafsu yang sentiasa membuahkan idea bernas untuk melakukan kemungkaran. 
kejayaan meninggalkan maksiat dalam keadaan sebegini lebih mendekatkan diri untuk memperolehi taqwa yang sebenar di sisi Allah.


bila seorang da’ie tidak menjaga hatinya, maka rosaklah hatinya, terfitnahlah islam kerananya, runtuhlah dakwah ditangannya. 
kejayaan dakwah bukanlah terletak kepada kepandaian seorang da’ie berkata-kata. tetapi terletak pada keikhlasan dan kebersihan hatinya. waspadailah hatimu dari kekotoran nafsu yang menipu.



p.s: menulis untuk membangkitkan jiwa yang lesu
p.s: bukan semata-mata berjuang di medan akademik. ada lebih besar tugas kamu wahai pemuda. kerana kita tak pernah tahu ajal kita di waktu muda ini atau sebaliknya.
p.s: hari tu terserempak dengan kawan satu kelas kat matrik, tapi tak tegur pun. sebab tak rapat, dan sebab dia lelaki. dan terkejut sangat, tadi baru dapat berita dia hilang, dah 2minggu. moga Allah lindungi dia. moga hilangnya dia ketika beribadah/berdakwah menyeru ke arah kebaikan. moga hilangnya dia dianggap syahid disisiNya. doakan dia, sahabat. (dan sekarang timbul perasaan menyesal sebab tak menyapa dia masa jumpa tu). 

No comments: