bismillah,
masuk seorang makcik bersama sahabat
dia ke klinik itu,
aku dan yang lain seperti biasa
memerhati dan memasang telinga,
prof dan doktor berbincang sambil
melihat MRI film,
kami, medical student ni pun
menyelit nak tengok sama,
ada ketumbuhan di bahagian kiri
otak,
acoustic neuroma.
makcik M masuk tadi pun dengan
dipegang erat sahabatnya,
katanya tak stabil bila berjalan.
telinga kiri kurang dengar.
doktor kata perlu pembedahan segera,
perlu masuk ward.
"makcik tinggal dengan siapa
dekat rumah?" tanya doktor
"makcik tinggal sorang"
jawab makcik M perlahan.
"makcik dah berkahwin ke?"
"dah. tapi suami makcik
meninggal 2 tahun lepas" dia mula tunduk
"anak makcik?" tanya
doktor lagi
senyap seketika, makcik R
sahabatnya tadi menjawab;
"dia memang tak ada anak,
doktor. memang tinggal sorang sorang di Pahang tu. kami ni pun boleh tolong apa
yang kami mampu tolong"
aku nampak makcik M mula mengambil
sapu tangan, lantas mengelap butiran air di celahan matanya. dia menangis.
aku jadi sedih. mahu sahaja pergi ke
arah dia dan memberi kata semangat.
"ooh, macam tu. maaf ye, saya
tanya ni sebab nak tahu siapa yang boleh teman makcik duduk ward? sebab sebelum
operation, kita perlu monitor keadaan makcik dulu" doktor memberi
penjelasan.
"ada anak saudara makcik,
insyaAllah boleh teman dia," jawab makcik R.
==========================================================
itu kisah mereka yang tak punya
zuriat.
cuba muhasabah, adakah kehadiran
kita kat dunia ni,
benar-benar sudah memberi bakti buat
kedua ibu bapa kita tercinta
atau sama sahaja dengan kisah di
atas.
cuma bezanya, kita wujud di dunia
tapi tanpa apa apa peranan buat mereka berdua.
“Dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau
berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau
menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.
“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’”
(Surah al-Isra': 23-24)
“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’”
(Surah al-Isra': 23-24)
===============================
cerita tentang mak masing-masing,
tentang kelebihan, tentang pengorbanan mereka,
sampai akhir bicara,
kami berdua tertanya-tanya,
'mampukah aku jadi sehebat ibuku sendiri?'
"A human body can bear only up
to 45 del (unit) of pain. But at the time of giving birth, a woman feels up to
57 del (unit) of pain. This is similar to twenty bones getting fracture at a
time. Love our mother, the most beautiful person on this earth, our best
critic, yet our strongest supporter"
=================================
makan cekodok panas bersama family itu,
lebih bahagia berbanding makan kenny
rogers sendirian,
duduk depan ruang tamu sambil tengok
kartun dengan mereka itu,
lebih tenang berbanding melancong ke
kota Paris, London, Millan sendirian,
solat berjemaah dan meng'aminkan doa
bersama mereka,
pastilah ia adalah tahap bahagia
tertinggi yang dapat dirasa
=)
p.s: barakallahulakuma buat pasangan
pertama 4th year yang telah mendirikan rumah tangga hari ni. insyaAllah,
rasanya ramai lagi bakal menyusul. :)
p.s: tahniah juga buat kakak-kakak
final year yang bakal bergelar ibu. =)
p.s: semakin hari terasa semakin
tua.