Tuesday, November 15, 2011

alasan



bismillah,

sungguh minggu ini, minggu yang sibuk,
malah bulan ini, bulan yang tersibuk,
aku malu sendiri,
bagaimana para ulama',
walau bagaimana sibuknya mereka, 
tak pernah lupa berkongsi ilmu,
berkongsi dengan menulis, 
mahupun dengan menyampaikan kuliah.

minggu ni, mini cx (exam p.e ent),
hantar cwu (yang tak siap-siap lagi)
program, usrah.
pengurusan masa sungguh perlu diperbaiki 

terasa malu sendiri (lagi),
banyak pulak post berunsur peribadi,
post meluah isi hati dan ketidakpuasan hati.
manusia memang begitu,
aku memang begitu. 
sering lemah dan lalai
  
Seseorang penulis yang menulis sesuatu tapi dirinya sendiri merasa bosan dengan isinya hingga sukar menyiapkannya, bakal menghasilkan pembaca yang juga akan bosan membacanya. Begitu juga ucapan, ceramah dan perkataan kita. Betulkan permulaan, carilah inspirasi dan berusahalah menyegarkannya, InshaAllah dipermudah di pertengahan hingga menamatkannya dengan cemerlang. Dengan izin Allah, pembaca & pendengar mampu juga mendapat insiprasi darimu-dr.zaharudin.

aku bukan penulis,
tak pandai menulis,
sekadar bermain jari,
untuk memuhasabah diri,
dan mengetuk hati ini, 


ambil masa seketika untuk muhasabah sebentar akan masa-masa yang berlalu. bagaimanakah kita (aku) menggunakan masa yang dipinjamkan Allah kepada kita. 
ternyata begitu banyak rupanya masa kita (aku) berlalu dengan sia-sia. ;(


tentang masa:

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.“ Surah Al-’Asr ayat 1-3.

“Barang siapa yang masanya digunakan untuk Allah dan dengan Allah, bererti masa itu menjadi kehidupan dan umurnya yang sebenar. Jika digunakan untuk selain itu, maka masanya itu tidak dihitung sebagai sebahagian dari kehidupannya, ia hidup seperti haiwan. Juga ketika ia menggunakan masanya dalam kelalaian, kelupaan dan dalam angan-angan kosong. Perkara mensia-siakan waktu yang paling baik adalah dengan tidur dan tidak bekerja. Maka kematian orang ini lebih baik baginya dari kehidupannya.” ibnu Qayyim


“Salah satu bentuk mensia-siakan kehidupan adalah mensia-siakan hati dan masa. Mensia-siakan hati bererti lebih mementingkan dunia dari akhirat. Sementara mensia-siakan masa adalah dengan banyak berangan-angan. Oleh kerana itu maka terkumpullah semua kerosakan dengan mengikuti hawa nafsu dan tinggi angan-angan. Sementara seluruh kebaikan terbina dalam diri saat mengikuti petunjuk dan bersiap untuk bertemu dengan Allah.”
ibnu Qayyim 

Salah satu tanda celaka adalah dengan mensia-siakan waktu. Siapa yang hari ini masih seperti kelmarin, maka ia golongan yang rugi, sedangkan siapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam, maka ia menjadi orang yang terlaknat. Barang siapa yang melewatkan satu hari dari usianya bukan untuk melaksanakan kebenaran atau melaksanakan kewajipan atau kemuliaan yang ia wariskan atau kebaikan yang ia dapatkan atau kemuliaan yang ia usahakan atau ilmu yang ia raih, maka ia telah mensia-siakan masa dan menzalimi dirinya.” 
Dr. Yusof al-Qaradhawi 



kalau rasa diri lemah, tu mungkin sebenarnya kerana kita kurang berdoa. kurang meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah.

hari ini kita hanya menghargai nikmat, tetapi kita sering lupa akan Pemberi nikmat.

p.s: bukan tak ada masa, tapi tak pandai urus masa. muhasabah dan berubah!
p.s: ada orang rindu ke? :p



4 comments:

[MH] said...

sape laaaa yg rindu diaaa. :P

azk2121 said...

sape2 pn bole. isteri org pn bole. :p

madziani said...

Azhana tersayang :)

Penulisan kamu menginspirasi akak. Akak kalau boleh, mahu menjadi seperti kamu dan adik2 usrah yang lain. Bagus tarbiah dan aktif usrah. May Allah bless you dik.

Akak sentiasa doakan kamu semua.

p/s: Rasa malu dengan diri sendiri yang semakin kurang bergerak kerja.

azk2121 said...

kak ani!

doakan kami sume dpt meneruskan legasi senior2 tersayang =).
doakan jge moga kte sume tsabat di atas jln ini <3

p.s: yg mana aula perlu di aulakan. =). all the best exam ikhtisas!