Kuffar
Quraisy terus menjejaki dan mencari tempat persembunyian Rasulullah, setelah
tiga hari berlalu, mereka masih tidak berjaya menemukannya. Mereka tidak lagi
bercakap-cakap tentang perancangan mereka ke atas Rasulullah. Walaupun Kuffar
Quraisy telah menghentikan pencarian, keadaan masih cemas dan langkah
berjaga-jaga perlu diambil untuk melindungi perjalanan hijrah Rasul ke
Madinah.
Ketika datukku, Abu
Quhafah yang masih musyrik menemui keluarga kami, beliau berkata kepada aku
mengenai ayahku yang keluar berhijrah dengan baginda Rasulullah
"Demi Allah! Tentu ayahmu telah mengecewakanmu dengan hartanya, di samping akan menyusahkanmu dengan pemergiannya!".
Jawab aku, "Tidak
wahai datuk! sekali-kali tidak! Beliau banyak meninggalkan wang buat kami"
ujarku sambil cuba menghibur dan menenangkan datukku.
Lantas, aku bergegas keluar
rumah, lalu kukutip dan kukumpulkan batu-batu kerikil yang kemudiannya aku masukkan
ke dalam lubang tempat kebiasaaku menyimpan wang.
Kemudian dibawakan datukku
yang buta ini ke tempat simpanan tersebut,
"Lihatlah datukku! Beliau banyak
meninggalkan wang buat kami!". Perkataanku ini ternyata berjaya
meyakinkan datukku
Tiba masanya
Rasulullah dan ayah keluar dari persembunyian dan memulakan perjalanan menuju
ke Madinah. Dengan langkah yang penuh berhati-hati, aku perlu memastikan
bekalan makanan sampai kepada ayahku dan baginda Rasulullah,
Aku berusaha sedaya
upayaku untuk menyediakan bekalan makanan dan minuman buat kedua mereka yang kucinta. Kerana terlalu cemas akan saat yang genting ini, aku terlupa membawa
tali pengikat. Alhamdulillah, berkat pertolongan dan petunjuk dari Allah, aku
mendapat ilham. Aku koyakkan ikat tali pinggangku kepada dua lalu ku jadikan ia
sebagai tali pengikat untuk mengikat bekalan makanan dan minuman yang kubawa.
walau hati dirundum perasaan gentar dan cemas, aku tekad membuat perhitungan. Aku teruskan perjalanan aku menuju Gua Tsur sambil menggembala kambing-kambingku yang berjalan di belakangku. Aku berharap tindakan aku ini dapat mengaburi mata pihak musuh kerana jejakku ini dapat terhapus oleh jejak-jejak kambing gembalaanku itu.
III
Setelah berjayanya
Rasulullah dan ayahku berhijrah ke Madinah, aku dan keluargaku didatangi
beberapa orang Quraisy, di antaranya Abu Jahal.
“Di mana ayahmu?”jerit
Abu Jahal kepada kami semua.
“Mana Abu Bakar? Di
mana dia bersembunyi bersama Muhammad?"
“Demi Allah, aku
tidak tahu di mana ayahku berada sekarang” aku menjawab dengan jujur. Sungguh,
aku tidak tahu di mana mereka berada ketika itu
“Pangggg!!!”
Satu tamparan kuat singgah di pipiku. Subangku
terlepas! Allahuakbar. Hanya Allah sahaja yang tahu sakitnya bagaimana.
Hijrahku bersama
suami ke Madinah berlaku selang beberapa lama dari hijrah sebelumnya, di mana
pada ketika itu aku sedang sarat mengandungkan Abdullah bin Zubair dan hanya
menanti detik-detik kelahirannya. Perjalanan yang jauh dan berbahaya ditempuhi
jua sehinggalah angkatan ini tiba di Quba'.
"Moga usahaku yang sedikit ini,
mendapat keredhaan darimu, Ya Allah"
==================================================
wahai asma', usaha yang kau katakan sedikit itu,
telah membawa kejayaan kepada hijrah Rasulullah.
pengorbanan yang kau hadapi adalah pengorbanan untuk Islam.
dan kesakitan yang dialami itu, pastinya ada nilaian di sisi Allah, tuhan seluruh alam.
p.s: bijak. berani. berstrategi. hebat insan yang digelar dzatun nithaqain ini. ibrah buat kita kaum hawa; kita juga punya peranan dalam perjuangan Islam.
p.s: salam maal hijrah. tulislah, tambahla azam-azam yang tak terlaksana dan bakal dilaksanakan itu. sekurang-kurangnya kita ada usaha ke arah itu. ke arah kebaikan. dan moga usaha itu ada nilaian di sisi Allah.
orang yang berHIJRAH ialah orang yang menjauhi apa yang ditegah Allah, untuk melakukannya (HR Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment