bismillah,
sambungan post 'darjah 1',
duduklah aku sebelah dia,
1st time tu, terus warning dia;
"awak jangan bising tau, nanti cikgu marah saya sekali!"
"ok. ok." jawab dia.
('yela tu ok'-hati prejudisku berbicara sendiri)
hari ke2, waktu cikgu bagi latihan,
mula-mula dia buat, 2minit lepas tu,
mula mengelamun memandang ke luar tingkap,
"hey, cepatlah buat! nanti tak sempat siap" suara aku seakan menjerit
"hehe, ok" jawab dia sambil tersenyum sumbang
hari ke3, ke4 dan seterusnya berlalu dengan cerita yang pelbagai,
dia akan sangat bising dalam kelas, main dekat belakang kelas.
tapi, bila duduk sebelah aku, akan senyap sikit.
bila dah kene marah, dia diam tapi sekejap je. pastu bising balik,
dan tibalah hari yang ke 7,
ayahnya datang ke sekolah, bercakap-cakap dengan cikgu,
dan dia mula mengemas barang-barangnya.
('eh, aku garang sangat ke, sampai dia mengadu kat ayah dia. dia nak pindah tempat duduk ke?')
"kenapa ayah awak datang? awak nak pindah tempat duduk ke?"
"saya pindah sekolah, pindah rumah jugak. ikut ayah saya, tukar tempat kerja,"
"oo." (sedih dan rasa bersalah sebab selalu marah marah dia)
========================================
itu ikhtilat waktu darjah 1,
terjaga ke? entahlah. 24jam asyik marah dia je
cuba tengok ikhtilat sekarang,
tambah-tambah medical student,
menjaga? terjaga? atau sebaliknya.
zahirnya terjaga, tapi bila berfacebook, berym, berblog
terzahir segalanya.
ikhtilat alam realiti dijaga, tapi alam maya dilupa.
adab ikhtilat (dr. Yusuf Qardawi)
1. menjaga pandangan
tidak memandang kepada aurat,
tidak memandang dengan syahwat,
dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat.
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka
menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,(24: 30-31)
2. pakaian yang disyariatkan dan sopan, tidak jarang, tidak menampak bentuk tubuh

dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari
padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, (24: 31)
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. (33: 59)
3. berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki :
Percakapan (menjauhi dari suara yang boleh merangsang dan
membangkitkan perasaan)
Pergerakan, tidak berlenggok, dan tidak berhias (tabarruj)
4. Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian dan warna-warna terang yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya,
5. Elakkan seorang lelaki dan seorang perempuan berjumpa tanpa mahram disisi mereka
6. Hendaklah sepanjang perjumpaan itu hanya dalam lingkungan hajat (cth: mesyuarat) dan perkara-perkara yang diperlukan, tidak perlu hendak memanjangkan dengan perkara luar dari hajat itu tadi dengan berbual-bual kosong, bergosip-gosipan.
========================================
penuhilah syarat-syarat ini,

bukan untuk menyusahkan kita,
bahkan demi kebaikan bersama,
kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang taat.
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,
marilah disaat ini, dengan keyakinan ini,
kita mula menjadi seorang yang terbaik disisiNya!
p.s: tetaplah berusaha menjaga walau keperluan syar'i seperti menuntut ilmu, berjual beli dan lain-lain perkara, sentiasa perlu kita lalui.
p.s: menulis untuk diri sendiri dan yang lain
p.s: tak ada rezeki nak pergi kursus kawin. lambat lagi la ni maksudnya :p
No comments:
Post a Comment