Monday, January 23, 2012

angka

bismillah,




23


bercuti di rumah, memori lama datang menyapa. pernah buat?; 

1)      Duduk atas carpet, dan berlakon konon-konon tengah naik tikar terbang
2)      Baca doa makan, dan akhir ayat ‘terima kasih makcik rahmah (makcik café waktu tadika), cikgu ramlah (cikgu tadika) dan kedua ibu bapa’
3)      Waktu rehat masa sekolah, makan laju-laju sebab nak main getah dan lompat tikus dengan kawan-kawan!
4)      Beg sekolah cepat koyak sebab bawak semua buku pegi sekolah
5)      Naik kereta, lalu terowong, cepat-cepat bukak tingkap, pastu sebut ‘aaaaaaaa’. Sebab nak dengar suara bergaung.
6)      Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
7)      Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
8)      Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
9)      Lukis burung guna huruf 'v'.
10)   Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
11)   Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni  
12)   Bila makan burger, kita makan lambat-lambat untuk tunjuk kita ada banyak lagi burger pada orang lain
13)   Waktu paling seronok masa sekolah rendah selain waktu pendidikan jasmani, adalah waktu bila dapat tahu yang cikgu tiba-tiba ada mesyuarat.
14)   Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
15)   Buka kipas meja, cakap depan kipas. sebab nak dengar suara bertukar.

sebahagian kenangan daripada angka 23. 


kadang, kita tidak pernah merasa, ketika ‘dia’ beransur-ansur meninggalkan kita, dan menyisakan banyak kenangan. kenangan indah hingga kenangan akan segala kekurangan kita. yang kita tahu ‘dia’ takkan kembali. dan hanya orang yang mengambil pelajaran yang akan menemukan makna atas kehadirannya. Ya Allah, jadikan aku, keluargaku, saudaraku, sahabatku dan semua, menjadi orang yang mempu menjadikan tiap umurnya adalah nafas-nafas perjuangan DeenMu.

--------------------------------------------------------------------------

200

jumaat lepas, ke kedai kamal untuk habiskan baucer buku rm200 tu. sampai depan kedai,
"eh, tutup la."
"ish, pelik pulak. bukan jumaat dia bukak ke?"
"kawan-kawan, ni bukan kedai kamal, yang sana tu kedai kamal"

bukan salah sesiapa, 
kamal dah berubah wajah. at last. (setelah 4 tahun menunggu)
dah cantik sikit, dah tak berserabut macam dulu.
sebab tu tersalah masuk kedai.

dalam beberapa minit, baucer habis diguna. beli buku untuk guna masa 5th year.
ada orang kata, dengan buku pun ada adabnya,
'jangan dia dizalimi tanpa membaca/memanfaatkan ia.' 

menuntut ilmu bukan hanya untuk mengisi otak dan fikiran, tetapi juga untuk memperhaluskan perasaan dan menyuburkan kebijaksanaan. apa yang dicari bukan hanya semata-mata ilmu, tetapi juga manfaat dan keberkatannya. justeru, jagalah adab-adab ketika menuntut ilmu untuk memperolehinya.

---------------------------------------------------

2012

barakallahulakum. tahun ni banyak sungguh walimah. cuti minggu ni je, ada 3 sahabat membina baitul muslim.  untuk mereka dan bakal-bakal, bercintalah ke syurga. jadilah isteri solehah yang dicemburui bidadari syurga. 


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya (riwayat Al Bazzar)

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

p.s: moga cutiku bermanfaat. hepi chinese new year. :)
p.s: alhamdulillah. untung jugak masuk u yang ramai chinese ni. dapat cuti panjang sikit. :p

Tuesday, January 17, 2012

hai hati



“Sesungguhnya, orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (al-Anfaal: 2).

sungguh, al-quran itu mampu menghibur perasaan gundah, menenangkan jiwa yang gelisah, dan melunakkan hati yang keras.

bila kali terakhir mata itu berair tatkala membaca ayat-ayat cinta mahupun ayat-ayat amaran dari Dia? 
hai hati, masihkah keras sifat engkau?

p.s: bila rasa susah hati, bila rasa sedih, bila rasa tertekan, bukak quran, baca. bila rasa gembira, bila rasa senang, bila rasa tiada ujian. buka quran. baca. sentiasalah istiqamah membaca quran, bukan  setakat baca. tadabur makna sekali, kerana saat itu, Allah sedang berbicara dengan kita. 
p.s: monolog dalaman. untuk diri sendiri.


and He found you lost, and guided (you) (ad-duha: 7)



Wednesday, January 11, 2012

tak kenal usia



bismilah,


kisah 1;

sedih hati melihat aksi anak muda, apabila kaki mula berpijak di dataran merdeka malam itu.
sakit lagi hati bila melihat dentuman-dentuman bunga api, dan hon-hon yang membingitkan telinga.
berapa ribulah duit kita yang dibakarnya untuk beli semua bunga api tu.
tolonglah wahai pemimpin, bukan acuan sebegini yang kami anak muda harapkan.
diberinya konsert yang melalaikan, dihidangnya hiburan-hiburan yang merosakkan. 
adalah lebih baik jika kita menyambut sambutan tahun baru dengan laungan takbir yang menggegarkan. 

ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosa kami, ampunkanlah dosa-dosa ibu bapa kami, ampunkanlah dosa-dosa pemimpin kami, ampunkanlah dosa-dosa kerajaan kami ya Allah..
sesungguhnya ketaatan dan kemaksiatan itu tidak akan dan tidak boleh bersatu di bawah Islam yang syumul. 

"dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." An-Nisaa' : 110.

kad untuk diberi sambil berdakwah pada pengunjung konsert malam itu.
p.s: sumber gambar: fb gamis/ahli gamis 
p.s: medan teori dan praktikal itu jauh bezanya. 
p.s: tak sempat nk join dari mula, sebab sampai lambat.
p.s: ikhlaskan niat, kita hanya wasilah, Allah pemberi hidayah.
p.s: berdakwah tidak semestinya berkopiah dan bertudung labuh, tetapi orang yang berkopiah dan bertudung labuh sebenarnya sedang berdakwah.


kisah 2; 

Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.

"Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR."
"Inshaallah, UPSR 5A."
Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya.
"Katanya lagi, "Ustazah, ini serius tahu!"
Saya senyum sembil berkata; "Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?"
"Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya."

Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi, "Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya."

"Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?"
Dia menyambung lagi, "Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan."

Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.

"Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?"
"Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung."

Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa, "Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah."
~Ustazah Norhafizah Musa. (slot radio ikim)

anis! dengan telekungnya yang senget
Hidayah Allah tidak mengenal usia. 
Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. 
Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur semata. 
Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. 
Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. 
Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. 
Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepadaNya.

p.s: kopi pasta dari sini
p.s: lepas dah baca, pastu tiba-tiba ada siaran ulangan kat ikim pulak. 


Thursday, January 5, 2012

:) :(

I love solat

bismillah.
posting psychiatric, sepatutnya menjadi posting paling relax,
tapi, masih ada kekangan masa untuk menulis di sini,
sibukkah? entahlah.


Allah itu Maha Tahu 
tahu, hambaNya akan sibuk di atas muka bumi ini.
sibuk menghadapi dugaan dari pelbagai arah yang sememangnya datang daripada Dia juga. 
sibuk dengan masalah hati,
sibuk membawa manusia yang lain mengenali Ilahi.
sibuk sepanjang hari

tapi, tak terfikirkah kita, solat 5 waktu itu sebagai apa?
waktu solat itulah Allah sediakan buat hambaNya untuk merehatkan fikiran, 
bersimpuh sujud sambil mengadu kepada Yang Maha Mendengar 
serta mengurniakan ketenangan buat hati-hati yang sedang keresahan.
juga menjadi terapi kerehatan yang sebenar. 
sungguh, solat itu merehatkan!

I love solat! 

p.s: gambar dari fb gamis. insyaAllah, ni teaser untuk next post: xpdc dakwah gamis :). senyum untuk usaha sahabat-sahabat. 
p.s:  :(  sedih melihat realiti umat Islam sekarang.
p.s: nama blog wardina: dari hati wardina safiyyah. hee.