bismilah,
kisah 1;
sedih
hati melihat aksi anak muda, apabila kaki mula berpijak di dataran merdeka malam itu.
sakit
lagi hati bila melihat dentuman-dentuman bunga api, dan hon-hon yang membingitkan
telinga.
berapa
ribulah duit kita yang dibakarnya untuk beli semua bunga api tu.
tolonglah
wahai pemimpin, bukan acuan sebegini yang kami anak muda harapkan.
diberinya
konsert yang melalaikan, dihidangnya hiburan-hiburan yang merosakkan.
adalah
lebih baik jika kita menyambut sambutan tahun baru dengan laungan takbir yang
menggegarkan.
ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosa kami, ampunkanlah dosa-dosa
ibu bapa kami, ampunkanlah dosa-dosa pemimpin kami, ampunkanlah dosa-dosa
kerajaan kami ya Allah..
sesungguhnya ketaatan dan kemaksiatan itu tidak akan dan tidak boleh bersatu di bawah Islam yang syumul.
sesungguhnya ketaatan dan kemaksiatan itu tidak akan dan tidak boleh bersatu di bawah Islam yang syumul.
"dan
sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan
melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan
mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." An-Nisaa' :
110.
kad untuk diberi sambil berdakwah pada pengunjung konsert malam itu. |
p.s: sumber gambar: fb gamis/ahli gamis
p.s: medan teori dan praktikal itu jauh bezanya.
p.s: tak sempat nk join dari mula, sebab sampai lambat.
p.s: ikhlaskan niat, kita hanya wasilah, Allah pemberi hidayah.
p.s: berdakwah
tidak semestinya berkopiah dan bertudung labuh, tetapi orang yang berkopiah dan
bertudung labuh sebenarnya sedang berdakwah.
kisah 2;
Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di
dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja
saya.
"Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR."
"Inshaallah, UPSR 5A."
Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya.
"Katanya lagi, "Ustazah, ini serius tahu!"
Saya senyum sembil berkata; "Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?"
"Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya."
Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya.
Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,
"Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya."
"Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh
mahu ustazah doakan?"
Dia menyambung lagi, "Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan."
Dia menyambung lagi, "Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan."
Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan
seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
"Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah
apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?"
"Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung."
"Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung."
Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,
"Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A
boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada
anak ini wahai Allah."
~Ustazah Norhafizah Musa. (slot radio ikim)anis! dengan telekungnya yang senget |
Hidayah Allah tidak mengenal usia.
Kadangkala, seorang anak mendapat
hidayah terlebih dahulu daripada ibunya.
Oleh kerana itu, mohonlah hidayah
Allah dengan airmata bukan air liur semata.
Jangan pernah berhenti berdoa
sebelum hidayah Allah menghuni jiwa.
Kasih Allah itu lebih luas daripada
kesalahan dan kealpaan diri kita.
Pengampunan Allah itu lebih besar daripada
dosa yang pernah kita lakukan.
Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha
mendekatkan diri kepadaNya.
p.s: kopi pasta dari sini
p.s: lepas dah baca, pastu tiba-tiba ada siaran ulangan kat ikim pulak.
No comments:
Post a Comment