I love solat
bismillah.
posting psychiatric, sepatutnya menjadi posting paling relax,
tapi, masih ada kekangan masa untuk menulis di sini,
sibukkah? entahlah.
Allah itu Maha Tahu
tahu, hambaNya akan sibuk di atas muka bumi ini.
sibuk
menghadapi dugaan dari pelbagai arah yang sememangnya datang daripada Dia juga.
sibuk dengan masalah hati,
sibuk
membawa manusia yang lain mengenali Ilahi.
sibuk sepanjang hari
tapi, tak terfikirkah
kita, solat 5 waktu itu sebagai apa?
waktu solat itulah Allah sediakan buat hambaNya untuk merehatkan fikiran,
bersimpuh sujud sambil mengadu kepada Yang Maha Mendengar
serta mengurniakan ketenangan buat hati-hati yang sedang keresahan.
juga menjadi terapi kerehatan yang sebenar.
p.s: nama blog wardina: dari hati wardina safiyyah. hee.
No comments:
Post a Comment