Monday, January 23, 2012

angka

bismillah,




23


bercuti di rumah, memori lama datang menyapa. pernah buat?; 

1)      Duduk atas carpet, dan berlakon konon-konon tengah naik tikar terbang
2)      Baca doa makan, dan akhir ayat ‘terima kasih makcik rahmah (makcik café waktu tadika), cikgu ramlah (cikgu tadika) dan kedua ibu bapa’
3)      Waktu rehat masa sekolah, makan laju-laju sebab nak main getah dan lompat tikus dengan kawan-kawan!
4)      Beg sekolah cepat koyak sebab bawak semua buku pegi sekolah
5)      Naik kereta, lalu terowong, cepat-cepat bukak tingkap, pastu sebut ‘aaaaaaaa’. Sebab nak dengar suara bergaung.
6)      Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
7)      Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
8)      Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
9)      Lukis burung guna huruf 'v'.
10)   Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
11)   Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni  
12)   Bila makan burger, kita makan lambat-lambat untuk tunjuk kita ada banyak lagi burger pada orang lain
13)   Waktu paling seronok masa sekolah rendah selain waktu pendidikan jasmani, adalah waktu bila dapat tahu yang cikgu tiba-tiba ada mesyuarat.
14)   Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
15)   Buka kipas meja, cakap depan kipas. sebab nak dengar suara bertukar.

sebahagian kenangan daripada angka 23. 


kadang, kita tidak pernah merasa, ketika ‘dia’ beransur-ansur meninggalkan kita, dan menyisakan banyak kenangan. kenangan indah hingga kenangan akan segala kekurangan kita. yang kita tahu ‘dia’ takkan kembali. dan hanya orang yang mengambil pelajaran yang akan menemukan makna atas kehadirannya. Ya Allah, jadikan aku, keluargaku, saudaraku, sahabatku dan semua, menjadi orang yang mempu menjadikan tiap umurnya adalah nafas-nafas perjuangan DeenMu.

--------------------------------------------------------------------------

200

jumaat lepas, ke kedai kamal untuk habiskan baucer buku rm200 tu. sampai depan kedai,
"eh, tutup la."
"ish, pelik pulak. bukan jumaat dia bukak ke?"
"kawan-kawan, ni bukan kedai kamal, yang sana tu kedai kamal"

bukan salah sesiapa, 
kamal dah berubah wajah. at last. (setelah 4 tahun menunggu)
dah cantik sikit, dah tak berserabut macam dulu.
sebab tu tersalah masuk kedai.

dalam beberapa minit, baucer habis diguna. beli buku untuk guna masa 5th year.
ada orang kata, dengan buku pun ada adabnya,
'jangan dia dizalimi tanpa membaca/memanfaatkan ia.' 

menuntut ilmu bukan hanya untuk mengisi otak dan fikiran, tetapi juga untuk memperhaluskan perasaan dan menyuburkan kebijaksanaan. apa yang dicari bukan hanya semata-mata ilmu, tetapi juga manfaat dan keberkatannya. justeru, jagalah adab-adab ketika menuntut ilmu untuk memperolehinya.

---------------------------------------------------

2012

barakallahulakum. tahun ni banyak sungguh walimah. cuti minggu ni je, ada 3 sahabat membina baitul muslim.  untuk mereka dan bakal-bakal, bercintalah ke syurga. jadilah isteri solehah yang dicemburui bidadari syurga. 


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya (riwayat Al Bazzar)

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

p.s: moga cutiku bermanfaat. hepi chinese new year. :)
p.s: alhamdulillah. untung jugak masuk u yang ramai chinese ni. dapat cuti panjang sikit. :p

No comments: