bismillah,
pagi tadi dengar ikim,
bincang tentang: apa kegembiraan di
tahun 2011, dan azam tahun 2012
apa kegembiraan mereka tahun 2011?
ada yang gembira sebab walimah,
sebab dapat anak,
umrah dan haji bersama keluarga,
lulus exam,
bisnes maju.
tapi ada 1 statement tertangkap dan
tertarik di hati
"kegembiraan saya pada tahun ni
bila saya jumpa satu-satunya agama fitrah". subhanallah!
sesungguhnya
agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam…(3:19)
azam 2012?
mereka berkongsi;
nak kawin,
nak lulus exam,
nak berkhlak dengan akhlak Islam,
nak deactivate fb,
dan banyak lagi.
tapi 1 statement tertembak di hati
"azam saya tahun 2012, nak
memperbanyak persiapan menghadapi mati!"
perbanyakkanlah ingat terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup (mati). (hadis)
----------------------------------------------------------------------------------------
azamku telah kusematkan dalam hati pada kalender hijrah yang lepas. tetapi perjalanan hidup ini banyak dilalui dalam kalender masihi. maka permulaan itu juga dimulakan dengan bismillah. moga setiap langkah dan laluan memberi lebih kebaikan pada setiap hari esoknya.
berazam dan berniatlah yang terbaik
bagi menghadapi apa jua situasi baru termasuklah tahun baru ni. perjuangan
sebagai seorang Islam tidak akan pernah berakhir demi mencapai redha Dia.
jom sama-sama angkat tangan, mohon
doa agar dikuatkan iman untuk menghadapi hari-hari mendatang.
moga kita dalam rahmat kasih sayang
Allah sentiasa.
apabila melakukan ketaatan belum
terasa kemanisan.
apabila melakukan kejahatan terasa
didera penyesalan,
itu petanda diri dalam mujahadah.
jatuh bangun di jalan menuju Allah.
teruskanlah melangkah, disamping terus memohon hidayah.
teruskanlah melangkah, disamping terus memohon hidayah.
insyaAllah, kita tidak akan kalah
selagi tidak mengalah -ust Pahrol
insyaAllah, kita tidak akan kalah
selagi tidak mengalah.!
p.s: alhamdulillah. tahun ni paling
meriah program mendidik jiwa sempena ambang tahun baru kat KL ni. insyaAllah
akan berxpdc dakwah!
p.s: 2011 kita bagaimana? azam 2012?
tulis, tampal atau jawab kuat-kuat dalam hati ye. :)
2 comments:
xde rasa ap2 pn bila masuk thn 2012..just terpikir 1 perkara, "Mungkin kah tahun 2012 ini hujung usia ku.."
lately byk ingat mati, xtahu napa..
azam thn bru??nk kembali ke pangkal jln..tlg doakn ye..
amin. all the best exam dayah! insyaAllah kheir
Post a Comment