Saturday, December 17, 2011

rindu

bismillah.





"hari ni nak senyum. jumpa kawan senyum, jumpa patient senyum, jumpa orang tak kenal, pun nak senyum jugak." 

"kenapa pulak? haa. ni mesti ada apa-apa ni."

"sebabnya, semalam kurang senyum. hari ni kene lebihkan senyum. tak nak jadi golongan yang celaka, yang hari ni lebih teruk dari semalam!"

=_=

===========================================

fitrah manusia nak kan kebaikan.
nak berubah jadi lebih baik.
setiap hari. setiap masa.
susah ke? tak kot
andai bermula dengan semudah dan semurah
senyuman.
=)

itu satu contoh.
banyak lagi.
mungkin semalam, banyak cakap perkara lagha.
hari ni, usaha untuk banyakkan diam.
hari ni telefon mak, 5 minit.
esok. niat, nak telefon mak sampai habis kredit!

apa-apa perkara atau plan pun.
yang penting kene ada niat.
niat yang baik.
baru niat. sudah diberi balasan 
subhanallah, pemurahnya Dia!

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Allah berfirman: Jika hambaKu berbicara (iaitu berniat) untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan menulis untuknya satu kebaikan selagi sebelum melakukannya. Jika ia telah melakukannya, maka Aku mecatatnya dengan 10 kali ganda. 

Jika ia berniat untuk melakukan keburukan, maka Aku mengampuninya selagi sebelum melakukannya. Jika ia telah melakukannya, maka Aku menulis untuk yang semisalnya."

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Para malaikat berkata: Wahai Tuhanku, hambaMu ini berniat melakukan keburukan, padahal Dia lebih mengetahuinya." Allah berfirman lagi: Lihatlah, jika dia melakukannya, maka catatlah keburukan itu untuknya dengan yang semisalnya. Jika ia meninggalkannya, maka tulislah untuk satu kebaikan. Ia hanyalah meninggalkannya kerana takut kepadaKu.” (Riwayat Muslim)

ada orang tanya: macam mana nk istiqamah ustaz? selalu je terlupa, terlalai. susah sangat nak jaga istiqamah
ustaz: berjamaahlah, maka kamu akan dapat istiqamah.

jemaah di sini, bukan sekadar jemaah ISLAM yang selalu kita tahu, boleh jadi persatuan agama, usrah. 
jadi, siapa sayang hati, selalulah ikut usrah. =)

usrah dihadiri bukan kerana mereka baik.
tapi usrah dihadiri kerana mereka berusaha untuk menjadi lebih baik dan terbaik

kitakah mereka itu? 
mudah-mudahan =)

p.s: tinggal seminggu lagi untuk menghabiskan posting anaest. keluar masuk OT je minggu ni.
p.s: kerja-kerja, memang suka datang dengan tiba-tiba, mendadak dan tak terjangka. huh. mudahkan ya Allah. rabbi yassir wala tuassir, rabbi tamim bikhair
p.s: menulis kerana rindu untuk menulis. menulis kerana.. "kalau kita nak buat sesuatu, kena sebut selalu kat orang lain. maknanya, nak semai benih bahawa pentingnya tarbiyyah, benda ni kena selalu sebut, barulah kita akan malu dengan diri sendiri kenapa aku sebut sesuatu tapi aku tak buat." 



di kesempitan masa dan keserabutan kerja di kala ini, tiba-tiba terasa nak berbasikal dan berbuaian.
no matter how old you are, you'll always  rush for a swing in a park. :)



4 comments:

[MH] said...

sy pun rindu awak . sangat

(tetibe) :D

azk2121 said...

roar! :D
cepat2 balik msia eh

madziani said...

Suka tulisan awak, sangat2 menginspirasi akak.

Syurkan jazilan :)

azk2121 said...

mungkin, hati akak terlalu lembut dan bersih untuk mudah terinspirasi dengan tulisan orang lain. =)