Sunday, December 11, 2011

untunglah

bismillah,

Beruntung sungguh kita yang sudah beragama ini. Tak perlu lagi pening memikirkan agama mana yang perlu dipilih. Lebih beruntung kerana kita sememangnya Islam sejak dalam perut. Bahkan dalam perut lagi sudah diberi nama yang sungguh Islami.

Pemilihan agama itu satu hal. Tapi hal yang lebih besar, sekiranya manusia tidak jelas kenapa dia beragama.

1. Menawarkan Islam Kepada Jepun

Katakan suatu hari kita dilantik oleh khalifah untuk memerdekakan satu umat yang cukup maju dan cantik dalam dunia ini. Khalifah berpendapat, penduduk ini sangat Islam dari tiap sudut kehidupan mereka. Sayangnya, mereka bukan beragama Islam

Untuk meyakinkan orang 'menggunakan' sesuatu produk, sudah pasti segala kebaikan produk itu akan dipromosikan.

Maka kita mempromosikan Akhlaq Islami kepada orang Jepun.
Orang Jepun mencebik. Kalau saya jadi orang Jepun pun, saya gelakkan sekali. 

Bagi saya, orang Jepun adalah kaum yang paling berakhlaq. Hormat pada tetamu, guru, rokok pun bila habis dihisap akan disimpan dalam satu beg khas, kemudian baru dibuang dalam tong sampah.

Orang Jepun lebih dahulu beramal dengan kebersihan sebahagian dari iman.
Apa lagi yang boleh Islam tawarkan? Kemajuan?
Mereka sudah terlalu, malah lebih maju dari Eropah.

Orang Jepun.
Mereka bagaikan ada segalanya.

2. Bosan Dengan Kebaikan

Di sebuah kota bernama Akihabara, yang juga dinamakan kota elektronik, seorang lelaki ditangkap kerana menikam orang ramai di suatu kawasan umum.

Bila disoal-siasat motif lelaki itu membunuh, katanya
"Saya dah bosan jadi baik"

Semalam saya menonton filem Jepun, Departure. Kisah seorang lelaki yang dari kecil bermain cello, akhirnya menjadi seorang pengurus mayat.

Ada satu ayatnya yang menarik.
"Kalau kita akan mati akhirnya, kenapa kita kerja kuat-kuat?"

Lelaki itu tersedar hakikat ini bila melihat mayat. Dan dia tahu, segala kekayaan serta kejayaan yang dikumpul di dunia tak dapat dibakar bersama apabila mati.

3. Agama Memaknakan Hidup

Inilah satu-satunya yang tidak akan dimiliki orang orang yang tidak beragama. Tujuan hidup.
Kerjalah kuat macam mana pun, tapi hasilnya tak boleh dibawa ke mati.
Berkawanlah setia dan baik tinggi mana pun, tak akannya kawan tu mahu mati sama-sama. 
Ada anak, isteri/suami, sayang habis kasih sayang. Tapi bila dah mati, dia cari pengganti.

Kalau mencipta sesuatu, akhirnya ia untuk dimusnahkan, maka kenapa perlu ia diwujudkan? Sia-sia!

Bagi orang yang tak punya tujuan hidup, segala apa yang dilakukan atas bumi ini adalah sia-sia. Tiada sebab atas segala kebaikan yang mereka lakukan. Mereka itu adalah orang yang tidak beragama. Kerana hanya agama yang menawarkan satu kehidupan selepas mati.

Kerja kuat, 'duitnya' sampai ke akhirat. Cuma, negeri akhirat tidak menerima matawang, menukarkannya kepada pahala.
Berkawan, beranak-pinak, kalau mereka ditempatkan di syurga, mereka pasti akan bertemu kembali.

Kata-kata Ir Tifatul Sambiring, bekas presiden Parti Keadilan Sejahtera PKS Indonesia ditujukan kepada almarhum Ustaz Rahmat Abdullah Ketua Umum Parti dalam filem khusus untuk allahyarham, Sang Murabbi,
"Ustaz Rahmat, kita tidak berpisah. Kita cuma sedang mempersiapkan diri untuk bertemu di alam yang kekal"

Islam adalah agama terbaik yang menawarkan kriteria ini.
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu" Az Zariyat 56

Islam memberikan fungsi kepada manusia. Buatlah apa sahaja, semua yang dibuat itu adalah ibadah, bekal di akhirat sana.
Bukan sahaja meletakkan manusia sebagai 'pekerja' yang 'bertuan' dan 'bergaji', tapi Islam melantik manusia sebagai CEO Allah. Pekerja yang bukan bertaraf kuli. 

3. Khalifah

Tugas khalifah ini adalah sama seperti hubungan pekerja dengan pekerja serta alam sekitarnya. Buat kerja bukan sahaja demi Tuan, tapi perlu juga berbaik-baik sesama pekerja. Malah saling membantu pekerja lain untuk mendapat posisi yang baik dalam pekerjaan. Khalifah ini sama-sama mengatur strategi, dan mengimpimentasikan kaedah kerja terbaik demi syarikat mereka, mahupun demi gaji mereka, dan akhirnya, demi Tuan yang telah sudi membuka peluang pekerjaan untuk mereka.

source: saifulislam via bintunmajid
selamat menjadi hamba kepada Allah dalam melaksanakan ketaatan
selamat menjadi khalifah kepada dunia untuk memberi manfaat kepada semua.
selamat menjalankan taklifan sama ada sebagai medical student, sebagai anak, sebagai sahabat, atau apa sahaja, kerana semua itu adalah ibadah, bekal di akhirat sana


p.s: kopipasta. 
p.s: dapat lagi undangan walimah dari sahabat 1 batch. :) 




2 comments:

Anonymous said...

salam,
sapa batch awak yg nak walimah tu??tertnya2 gak ni
-cik pelangi-=p

azk2121 said...

student unpad. niza :)
akak, ble sy bole dpt kad dr akak pulak? :D