Tuesday, December 6, 2011

free of charge




bismillah,


cuba tutup mata. dua-dua mata.
tutup rapat-rapat.
tutup untuk sehari. tak pun, beberapa jam,
dan teruskan rutin harian seperti biasa
dengan keadaan mata tertutup itu.


============================

tadi 1 group posting ophtal pergi ke malaysian association blindness (MAB).
mula-mula masuk library dia,
pergi ke rak buku.
bukak buku, putih.
tiada warna, tiada gambar,
tiada apa yang menarik
hanya titik-titik timbul memenuhi buku tu.
braille.

sedih rasanya,
mereka susah payah nak baca buku,
susah nak dapat buku,
aku yang sempurna penglihatan ni,
buku banyak, ada gambar, ada warna,
tapi masih beralasan dan bermalasan membaca buku.
Allahu rabbi

masuk bilik lain pulak,
jumpa kak r,
sedang menaip tulisan braille guna komputer,
sembang-sembang dengan dia,
dah lama kerja, dekat 10 tahun,
setiap hari naik LRT ke tempat kerja,
kak r senyum sahaja bila bercakap,
sesekali meraba-raba meja sebelum beralih ke tempat lain

sedih.
melihat kakak r, yang cacat penglihatan,
setiap hari gigih dan bersusah payah ke tempat kerja
naik LRT, dengan tongkat menjadi peneman setia,
di kala malam dan siang sama saja bagi mereka,
tapi aku? nak ke ward, nak ke clinic pun culas,
Allahu Allah.

sebelum pulang, bersembang pulak dengan kak a,
cerita dia, dia seorang yang sangat peramah sebelum kehilangan penglihatan,
bila saja nampak pakcik makcik lalu, segera dia menegur,
"pakcik, makcik!"
tapi, sekarang tidak lagi,
tidak tahu siapa berada di depan, siapa di belakang untuk menyapa seperti dulu.

walaupun begitu, dia guna kelebihan petah berkata-kata itu 
sebagai jurucakap MAB,
menerangkan pada kami dari mula lawatan, hingga habis
ceria sahaja orangnya, penuh keyakinan.
dari mana mereka semua mendapat kekuatan?

mungkinkah terinspirasi dari kata-kata ibnu abbas yang kehilangan penglihatan kerana banyaknya menangis takutkan azab Allah;

jika Allah mengambil dari kedua mataku cahaya terang
maka dalam hati dan fikirku ia masih bersinar cemerlang
jiwaku cerdas, akalku lempang
dan lidahku tajam seperti sebaik-baik pedang

mungkin mereka buta fizikal, tapi tidak buta hati,
kita celik fizikal, celikkah juga hati?
buta hati lebih bahaya, lebih poor prognosis nya
kerana kebenaran telah terhijab.

"..kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati di dalam dada" (Al-Hajj:22)

"Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan engkau tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) kecuali kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, maka orang-orang itulah yang berserah diri (kepada Kami)." (Ar-Rum:53)

================================================

cuba sekali lagi.
tutup mata. sejam je.
nak ke bilik air, tutup mata.
nak makan tutup mata.
nak buat apa pun, tutup mata,

bukan apa,
mungkin dengan cara ni,
rasa syukur dengan nikmat penglihatan yang Allah bagi free of charge ni,
baru wujud dalam diri.
rasa segalanya milik Dia, segalanya hanya pinjaman semata.


marilah guna dengan berhikmah, dengan penuh amanah.
nikmat yang Allah beri pada kita tak terkira banyaknya,
tak ternilai harganya, kerana
itulah bukti kasih sayang dan pemurahnya Dia pada kita.

alhamdulillah. alhamdulillah 

p.s: Allah tarik sikit nikmat penglihatan. rabun. itu pun dah banyak merungut. istighfar.
p.s: minggu terakhir ophtal. case presentation. cwu. mini cx. moga Allah mudahkan segalanya.  
p.s: 10 muharam. selamat berpuasa.


No comments: