bismillah.
episode 2:
tahun 2. tahun pengukuhan.
tahun untuk membina diri. menjadi lebih bertanggungjawab. lebih matang.
mula pegang usrah, mula bagi tazkirah, jadi imam di surau, mula pegang amanah.
mula jadi senior kat ktsn
waktu tahun 2, mula pakai white coat. kelas csl kat ppukm.
entahla, waktu tu masuk hospital, rasa macam bangga je dapat pakai white coat, bawak stethoscop.
tengok kakak-kakak abang-abang senior, mesti akan timbul perasaan,
'ish, hebat diorang ni, nak jadi doktor dah, boleh ke aku ni?'
walaupun, ada sedikit kesedaran, tabiat tertidur dalam lecture masih tak dapat dielakkan.
kami masih ber enam. hi yam! haha.
study group yang sama, pergi kamal, beli buku sama-sama.
prk. pilihan raya kampus.
1st time involve waktu 2nd year la.
tak tahu la, macam mana bole terpilih untuk bantu calon.
kene tolong uruskan calon, teman calon berkempan,
ulang alik ke bangi, cheras, ktsn.
uruskan ucapan, pakai, makan. haha.
pendek kata jadi personal assistant.
waktu prk ni la, sempat jugak berhirosah.
jaga. takut-takut ada penipuan. yela, lepas pukul 12am,
sepatutnya dah tak boleh berkempen, tapi ada juga kes-kes terpencil berlaku.
ada la jugak adegan menyorok dalam toilet.
sebab felo nak kejar kami yang berhirosah tengah-tengah malam tu. hoho.
1st time jadi PACA, involve meeting, latihan calon.
walaupun banyak meeting, banyak pengorbanan tenaga, masa.
tapi alhamdulillah, berbaloi. kami menang!
tapi itu bonus. pengalaman dan tarbiyyah sepanjang terlibat dalam prk tu sendiri sangat berharga.
saya start baca blog2 best waktu 2nd year.
waktu study week.
bila duduk bilik sorang-sorang, kalau tak tidur waktu study, bukak laptop la jawabnya.
kehidupan menjadi lebih mudah dengan kehadiran washer machine. kami bertiga kongsi duit beli.
oleh sebab, program kolej dah tak jadi wajib macam 1st year dulu, dan masa mencuci baju dah dikurangkan dengan bantuan washer machine, saya ada lebih masa involve program under badar and kelab srikandi.
ingat lagi, waktu tu ada kem srikandi untuk muslimat je. saya jadi ajk jamuan.
ya Allah, dengan bawa ayam, ikan, bahan-bahan mentah lain dalam bas, memang tak boleh lupa.
1st time masak untuk kuantiti yang ramai. tapi saya bukanlah ketua chef. assistant je,
tapi tula, semua ini pengalaman yang mengajar kita erti kehidupan. hoho.
waktu kem ni jugak, 1st time berakit, main flying fox.
emm. pengalaman lagi. kan
school has taught me not only how to learn in the classroom, but outside the classroom as well, where do you think i learned how to climb, swing and skip? where do you think i learned how to meet my best friend?
dan benarlah tarbiyyah Allah ada di mana sahaja, di ketika apa pun kita, yang terpenting adalah bagaimana
kita mengimani dan bertindak terhadap tarbiyyah itu.
p.s: pre-clinical dah habis. nampak tak, macam relax je kan. =D
p.s: episode mengerikan bermula. clinical years yang mencabar menanti penuh sabar and a journey of tarbiyyah. next episode!
3 comments:
azhana. seronoknye naik rakit tuuuuu, haha walaupon tak reti sangat ;')
mcm kenal je org2 atas rakit tu.. ;p
yam,memang seronok kn!
farah, itu gmbr budak2 comel =)
Post a Comment