Monday, May 13, 2013

agar saya tidak lupa: episode 1

bismillah.

alhamdulillah. saya dah berjanji (dalam hati), kalau lulus, saya akan update blog.
update perjalanan hidup bergelar pelajar perubatan dari tahun 1 hingga saya tinggalkan ppukm.

episode 1:
hari pertama. daftar di ukm bangi. hari pertama jumpa roomate pertama; ana nama dia. jumpa jiran sebelah bilik. wani nama dia. jiran sebelah-sebelah; mai, yam, nia, nabila. bermulalah, hari orientasi yang sampai sekarang tak boleh lupa. kena berlari, kena menyanyi, duduk bertiga-tiga dalam bas. pakai selendang ukm, bila masuk dectar. bila ada ceramah berjelar-jelar, tidurla aku jawabnya. kami, pelajar medic, selalu dilabel budak-budak skema. mana taknya, berbaris bila masuk dectar tu, bila kena buat cheer, cheer yang berbunyi skema. hoho. waktu orientasi ni la jumpa sheikh muzaffar, jumpa dekan medic. waktu tu memang innocent je semua. waktu tu tak rasa pun lagi, 'aku amik medic ni. medic yang tak berapa nak senang'. waktu tu tak sedar lagi. dan sangat lambat bila dah sedar. huhu

habis orientasi, kami di escort oleh polis kembali ke kl. kampus kesihatan kat kl. ada la dalam 8 buah bas, diiringi juga dengan beberapa buah lori yang bawak berguni-guni beg kami. sampai kl, proses angkat beg ke tingkat 4. nak tercabut juga la rasa angkat beg yang banyak dan berat tu. kakak2 badar banyak juga tolong angkat. habis angat barang, kemas-kemas bilik, kenal-kenal dengan jiran. cari surau, cari cafe. orientasi tak habis lagi rupanya. sambung kat kampus kl pulak. kolej dengan kampus dalam 10minit kalau naik bas. 10minit juga kalau jalan kaki. biasala, pagi-pagi, tengah-tengah bandar kl yang jam tu. so, setiap pagi kene bangun awal. no no to sleep after subuh. pukul 7.30 tu dah kene lari-lari turun tangga. sebab nak beratur! tunggu bas kene beratur. bas ada 3 buah. penuh je, dia jalan. tu pun dah berdiri-diri dah dalam bas tu. turun bas, wajib cakap terima kasih kat pakcik bas. sama jugak waktu nak balik ke kolej. kena beratur tunggu bas. kadang-kadang kami jalan kaki, sebab nak singgah pasar malam. haha.

dalam bas pun banyak jugak pengalamannya. selalu ada la kad-kad matrik student tergantung kat dalam bas. ini mesti kes tercicir dalam bas. walaupun perjalanan 10 minit je, aku mesti tertidur dalam bas. pergi dan balik. tu tak masuk lagi cerita tidur dalam lecture. huhu. kadang sempat jugak request kat pakcik bas nak tengok movie apa, sebab kalau waktu balik kol 5pm tu, memang waktu tu jam teruk. sempat la tengok suku daripada citer tu. esok tu sambung lagi. hoho

kalau terlambat naik bas, memang kami kena lari pecut ke dewan kuliah. tempat turun bas, dengan dewan kuliah jauh jugak. so, tak nak kene kunci pintu dk tu, kenalah lari! waktu 1st year, aku ada geng. haha. 6 orang. kami mesti duduk sekali dalam kuliah. aku, ana, wani, mai, yam, mcna. biasanya, semua akan segar dan semangat untuk 10 minit pertama kuliah. pastu, mulalah nampak kepala dah senget-senget ke kanan ke kiri dah. mata jadi kecik, menguap entah berapa kali, sebelum tersedar balik, bila lecturer tanya, 'so, that's all for today. any question?'

1st year adalah tahun untuk sesuaikan diri. waktu ni join badar. join usrah. join program, jadi ajk. waktu 1st year juga la rajin sikit ke tasik titiwangsa depan kolej tu, main bola tampar. geng 6 orang tadi pun jadi geng untuk study group sekali. waktu 1st year, semua program kolej jadi wajib untuk kami hadir. setiap kali pergi program dengan paksa rela tu, ada la bawak nota-nota untuk di baca waktu program yang tak berapa best tu. tapi takla sampai buat homework kat dewan tu macam waktu sekolah dulu. boleh pulak bawak buku addmath siap dengan kalkulator waktu dengar ceramah motivasi. nak spm la katakan. haha. pernah sekali tu, habis program kolej, kami balik bilik, tengok-tengok pintu terkunci. kunci terlupa bawak. dahla esok tu kami ada exam end of module. waktu tu ada la adegan mencari kad-kad keras nak buat bukak pintu. cubaan untuk melompat dari tingkap bilik jiran ke tingkap bilik kami pun ada. cubaan berjaya di halang setelah ada risiko untuk jatuh di ketinggian yang tinggi. bilik tingkat 4 kan. sampai sekarang, aku tak ingat kami berjaya masuk dengan bantuan apa. hoho

waktu tahun 1, dapat suprise birthday. nyaris kena baling dengan bedak. makan-makan kek, makan spagetti. dengan kawan-kawan, dengan kakak senior. kami jugak buat tayangan cerita korea lepas habis exam. ataupun main game truth or dare. memang berkampung dalam 1 bilik tu.

tahun 1 berakhir dengan habisnya exam. haha. waktu ni tak sedar lagi. banyak main. ingat lagi, soalan wajib untuk kami 1st year kena tanya, kenapa amik medic. jawapan semua hebat-hebat belaka, tapi usaha entah ke mana. waktu 1st year ni, pbl, sgd, lab practical semua jadi perkara wajib untuk kami lalui. mula-mula blur, takut, nervous. tapi alhamdulillah, we make it. melangkah ke tahun 2 dengan harapan baru. la kononya.

next: episode 2

p.s: ini untuk saya. untuk di baca bila saya rasa down. bila saya tertanya-tanya kenapa saya amik medic. agar saya tidak lupa.
p.s: tulis macam budak-budak. masuk second year baru matured sikit kot. =p
p.s: ketahuilah, saya menulis sambil tersenyum =)

2 comments:

Maryam Abdul Hadi said...

dr azhana,
banyak nye nama I hehe
nak tulis camni jugak, tapi dari hari tu tertangguh.

wawa.

tak sabar nak baca next :)

azk2121 said...

dr maryam, sila update blog! =)