Tuesday, June 29, 2010

Kalaulah dia tahu..


Salam.

Kte xpernah kenal,
Xpernah bckp,
Apatah lg bjmpe..

Tp, Allah cmpakkn rse luar biasa pd dr ini,
rse syg n kasih pd sang penulis blog.
Betapa hebatnya Allah mmberikan beliau ilham utk menulis n menukilkn kata2

Takdir menetapkn, ana tsinggah ke blog ni melalui blog seorg sahabat.
Ana xpasti apakah post pertama y ana bc, ttp y pasti post tsebut tlh menyentuh hatiku,
Menitiskn air mata, menusuk di kalbuku,
Hebat sungguh, hebat sungguh Allah, Allahuakbar..

Sjak 2, ana xjemu2 menunggu n menanti post2 seterusnya..
Mnjd silent reader y setia

Mgkin krn kte menuntut dlm bidang y sme dan dlm usia y sme,
perasaan, pengalamn dan luahan idea n ilham dr Allah ini btul2 tkesan d hati..
Mgkin juga krn mempunyai adik y sme sifatnya, sering bcerita, mengadu segala mcm perkara
Tp, kte pula sgt susah mzahirkn kata2 syg pdnya.

Trusknlah menulis, truslah bdkwh di medan ini, truslah bjuang
Walaupn kte akn mengalami n melangkah ke tahap kehidupan y len
Let’s strive 4 mardhatillah!
~uhkwah itu di hati, wlaupn jauh ia tetap menemani~
p/s: maaf xberkaitan dgn post :p


Itulah komen pertamaku pada blognya.
Allah memberi aku kekuatan untuk memulakan bicara,
Kekuatan pada saat itu..

tapi,

Mengetahui dia akan melangkah ke kehidupan lebih mencabar,
Mempunyai lebih tanggungjawab,
Sedih itu aku rasa lebih berbanding gembira,
Pilu itu lebih berbanding suka,

Kerana apa? Ya, dia ada tanggungjawab lain,
ada taklifan yang lebih penting,
masa yang terhad bersama2 sahabat,
dan masa yang hampir tiada untuk membina persahabatan ini

jangan tanya aku mengapa,
kerna aku juga pelik memikirkannya,
bagaimana aku punya rasa ini,
pada dia yang tidak pernah kukenal,
pada dia yang tidak pernah ku jumpa,

Tapi, kini aku gembira untuk dia,
aku rasa bahagia untuk dia,
dia sudah ada orang untuk menjaganya,
melindunginya, juga menyayanginya.

Aku tidak pelik lagi dengan rasa ini,
bukankah Allah itu maha berkuasa,
maha penyayang, maha pengasih,
mampu mencampakkan rasa kasih, rindu dan sayang ini,
pada sesiapa yang dikehendakiNya.

Kalaulah dia tahu betapa aku ingin kenal dia dengan lebih rapat,
Kalaulah dia tahu, aku sangat ingin bersahabat dengannya,
Kalaulah dia tahu, aku ingin sekali berjumpa dengannya,
Kalaulah dia tahu, dia sangat istimewa dalam diri ini,

Kalaulah dia tahu aku sangat sayang pada dia..
Kalaulah dia tahu..


p/s 1: "Ya Allah, permudahkanlah urusan dia, kuatkan hati dia, tabahkan jiwanya"
p/s 2: Kalau tiada rezeki berjumpa, aku redha Ya Allah, kerana aku yakin ini yang terbaik untukku.
p/s 3: Tak berniat memberitahu dia, sekadar luahan rasa dari jiwa.



Saturday, June 26, 2010

ujian..

salam,

semalam, Allah uji saya lebih sikit. Kalau nak banding dengan ujian-ujian pada para nabi dan sahabat2, memang sangat la jauh bezanya. Teringat kata-kata ustaz, "Kalau kamu rasa nak putus asa dengan uji yang Allah bagi pada kamu, ingat balik, ujian-ujian pada para nabi, sepatutnya kamu malu pada Allah dengan ujian yang sedikit itu, berbanding dengan ujian yang Allah bagi pada para nabi dan sahabat"


Semalam, kami ada sedikit salah faham mengenai seminar yang perlu kami hadiri. Lewat lebih kurang 10 minit, kami dipanggil ke hadapan stargate. Mungkin 10 orang kot. Dimarah dengan teruk oleh prof. Memang salah kami pun. Ingatkan bila masuk o&g, baru kene marah teruk-teruk, tapi kat surgery pun dah rasa dah..huhu.. bak kata opah saya"bukan marah, bagi nasihat, nak bagi jadi baik"tu la ayat opah kalau saya cakap"opah.., jangan la marah ye..".
Dalam seminar tu pun, saya boleh tersengguk jugak, haish.. dengan prof yang agak tegas itu pun, mata ni masih berani untuk tertutup. Tapi, cara prof sangat best, sangat faham dengan apa yang diajar. Dan sangat termotivasi dengan caranya men'down'kan kitaorang. :p


Kisah kedua, balik je bilik tido sekejap. Seperti biasa, tidur kat bawah sebab nak elakkan terlajak. Lagi satu sebab, buku yang berselerak atas katil. huhu.. Bangun je tido, dengan keadaan separuh sedar, bergerak ke bilik air, pulang dari bilik air berjalan masuk ke bilik semula, prakk!! terpijak spec! 'Ya Allah, macam mana ni, dah la petang ni dah start oncall' monolog dalaman. yela tu, bukan monolog dalaman, tapi jeritan yang bole didengar oleh penghuni blok sebelah. 'Takpe2, mesti ada cara ni'. ni baru betul monolog dalaman. Cepat-cepat ambil getah nak ikat bahagian tepi bingkai. ish2, kamu ni, dahla getah balut nasi lemak tu warna oren, besar pulak tu. Tak jadi-tak jadi.. cara lain pulak. try pakai. tengok ok je, tapi senget sikit, takpelah sebab dah lambat nak ke ward pulak. sampai ward, asyik tanye je"spec ni ok x, senget ke?". "ok je" jawab mereka. huhu.


itulanya kisahnye. tak sesuai dikatakan ujian kot, ni teguran dari Allah buat aku yang lalai dan leka. Masa oncall tu, pegi ward round jap, masa tu pukul 8, ada yang dah tido, dalam hati. "semua dah solat maghrib ke ni, Ya Allah, berilah hidayah dan petunjuk serta kekuatan untuk mereka melakukan solat". Besar peranan doktor ni, bukan nak rawat pesakit lahiriyyah sahaja, tapi yang selalu diabaikan adalah rawatan ruhaniyyah itu sendiri"


p/s 1: admire sorang doktor houseman perempuan ni, dengar kata graduan dari Jordan
p/s 2: masa oncall, dapat la tanye sikit2 soalan dari die, sebelum ni intai2 je die. :)
p/s 3: wat venepuncture pada sorang sahabat malam td. alhamdulillah, berjaya!
p/s 4: petang ni oncall lagi. Ya Allah, permudahkan lah urusan kami.

Waalu'alam


Friday, June 25, 2010

Jumaat yang dinanti

Salam Jumaat,

Kalau dulu, suka sangat hari jumaat sebab dapat balik sekolah awal,
kalau dulu, suka sangat hari jumaat sebab boleh tido lama lepas balik sekolah,
kalau dulu, suka sangat hari jumaat sebab dah nak dekat cuti,
kalau dulu suka sangat hari jumaat sebab DM sediakan makanan yang best,
kalau dulu suka sangat hari jumaat sebab malam tu tak de prep,

tapi,

sekarang, suka sangat jumaat sebab dapat buat sujud sejadah,
sekarang, suka sangat jumaat sebab dapat baca surah kahfi,
sekarang, suka sangat jumaat sebab boleh doa sungguh-sungguh,
sekarang, suka sangat jumaat sebab boleh selawat banyak-banyak,
sekarang, suka sangat jumaat sebab boleh sedekah betul-betul,


sebab ape?

Hadis Rasulullah riwayat Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi). Ada yang berpendapat waktu doa makbul itu ialah selepas Asar dan ada yang berpendapat ia di antara dua khutbah Jumaat.

"Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jumaat yang dia baca kepada jumaat yang berikutnya. ( H.R Baihaqi)


p/s 1: post ringkas, sebelum pegi ward, jom lawat mereka dengan muka yang berseri!
p/s 2: target hari ni, buat sume di atas.
p/s 3: malam ni dah start oncall.

"Ya Allah, jadikan hari ni lebih baik dari semalam"


Thursday, June 24, 2010

Masa akan terus berlalu..

masa akan terus berlalu, tidak menunggu insan yang lalai dan leka

Salam,

Ni cerita semalam la ye, sebab penat sangat, tak larat nak tulis semalam. Ok, hari semalam dimulakan dengan pemergian ke ward, untuk mengambil sejarah pesakit. Seawal pukul 7.15pg, saya berjalan ke PPUKM. Sampai je sana, pergi ke ward surgery perempuan. Berjalan dengan harapan dapat patient yang baik dengan kata lain dapat bercerita dengan baik tentang sakit-sakit yang dialami. Tengok pada board, ada new case. Terus ke katil makcik tersebut.

"Assalamualikum makcik S, saya ***, pelajar perubatan tahun 3, boleh saya tanya soalan sikit?" Makcik S menerima dengan hati terbuka(hehe, pandai2 je). Baru sahaja 2 soalan dikemukakan, datangla sorang kakak nurse, "makcik, pakai baju ni ye, kita nak bedah pagi ni," Saya pun minta izin untuk mengundurkan diri kerana tidak mahu mengganggu makcik S menyalin baju untuk ke dewan pembedahan. "eh, takpela..sambil-sambil makcik salin baju ni, bolelah tanya soalan," "oh, baiknya makcik ni"(cakap dalam hati). Sambil saya bertanya soalan, saya tolong makcik S mengikat tali belakang pada baju pembedahan tersebut.

Lepas sahaja clerk patient, saya terus bergegas ke auditorium untuk CPC. tak ingat nama panjang die, tapi C yang belakang tu untuk conference. Semua pelajar perubatan dari tahun 3 hingga 5 wajib hadir untuk CPC. Prof2 dan doktor2 pun datang jugak. Biasanya, doktor-doktor akan present case yang menarik dan rumit. Seperti biasa, kalau saya tak tersengguk dalam lecture tu memang bukan saya la. :p

Dalam pukul 9.30am, CPC habis. Saya dan beberapa Hepatobiliary(HPB) team member bergegas ke klinik pulak. Dalam surgery deparment, kami dipecahkan ikut team masing2. Ada team vascular, colorectal, MIS, E&B(endocine n breast) dan HPB. Walaupun kami team HPB, kami tetap kene tahu semua kes dalam setiap team tu. So, untuk klinik pagi tu, team kami perlu masuk klinik vascular. Macam biasa, sebelum masuk klinik tu, kene kenalkan diri pada prof or doktor yang ada kat situ. "assalamualikum prof, we are 3rd year medical student, can we attach to your clinic?" Masa dekat klinik ni la, doktor baca nama saya pada name tag. "***! what's the meaning of your name" Ingatkan masa kat sekolah je kene tanye makna nama, kat U pun sama rupanya. Kat klinik memang kene berdiri sepanjang masa, sampai la klinik habis.


Dalam 3 jam berdiri dan di soal dengan pelbagai soalan oleh doktor, tamatlah sesi klinik untuk hari tu. Masa tu dah tak fikir lain dah, terus nak pegi surau, qailulah..huhu. Habis je solat, terus pergi ke stargate. tak taula, kenapa nama die camtu. Tapi, stargate ni macam bilik seminar biasa je, nama je gah..haha, (harap pihak atasan PPUKM tak kan terjumpa blog ni). Kami ada workshop. Kat sini, banyak ilmu baru kami belajar. Belajar buat breast examination(pada patung!), PR examination, suture, venepuncture, branula. Best sangat.


Habis je workshop, pegi teman kawan clerk patient. Dalam pukul 4.45pm terus pegi surau untuk sambung qailulah..haha. tapi tak sempat pun, dah azan. Lepas je solat, ada perjumpaan. Perjumpaan yang memerlukan otak untuk berfikir dan menerima maklumat dengan baik. Dengan keadaan yang penat, memang tak dapat berfikir dengan baikla. Tapi cuba jugakla..huhu


Pukul 7pm, balik bilik, bersihkan diri, solat. Lepas isya' ada study grup. 1st presenter plak tu. Kene present elok2, amanah ni. Alhamdulillah,berjalan lancar. Malam tu, 3 orang yang akan present. Dan untuk presenter yang ketiga tu punye turn, saya tertido! Ingatkan diorang tak perasaan, "Eh, *** tertido ke?"tiba-tiba je dengar suara tersebut. "eh, xdela" haha(cover2).
Ish2, dalam study grup pun boleh tertido. Tapi, saya memang bole tido kat mane2 je. Pernah sekali tu, saya tertido dalam keadaan berdiri..hihi..sebaik stabil, kalau tak, dah tumbang.

Pukul 11.30pm, balik bilik. Ada ym conference pulak. sambung perjumpaan petang tadi melalui ym pulak. Kali ni, perlu brain storm semaksima mungkin. Ym conference habis dalam pukul 1am. Ok, baru bole tido. Kadang-kadang semangat tu naik turun,

tapi satu ayat yang akan membangkit semangatku semula;

' terima kasih ya Allah kerana menjadikan hidupku padat agar tidak aku malu berhadapan denganMu nanti dalam keadaan kosong dan terlopong'

berikan ku kekuatan Ya Allah

p/s 1: post ni memang panjang, tu belum dihuraikan lebih lanjut lg
p/s 2: mcm mne nak tulis sesuatu dengan tidak skema tapi berbunyi matang? susah jugak

Tidur yang paling lena, ketika sangat penat

Salam,

Dah macam doktor dah penatnya. Hari yang sangat padat. Sok la ye sambung. Tak rehat lagi hari ini.
Dah2, jangan mengeluh..baca ni,

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139

p/s 1: maaf ye sbb link blog kamu tanpa kebenaran. huhu. peace
p/s 2: tajuk yang tersirat sebenarnya.(yela tu, dah ngantuk sangat la ni)

Waallahua'lam

Tuesday, June 22, 2010

"surgery, not just cutting people up.."



Salam

Itulah ayat dari Mr. T, our specialist surgeon waktu lecture tadi. Untuk department surgery, kita panggil Mr. untuk specialist instead of panggil Dr. Ok..sebelum tu, sebenarnya saya baru 2 minggu berada di tahun klinikal di PPUKM ni. Bila dah masuk 3rd year ni, kami perlu menjalani posting. Ada 4 posting yang menarik-menarik belaka. :) Surgery, O&G, JKM, internal medicine. Kita akan berada dalam setiap posting untuk 2 bulan. Setiap sem ada 2 posting, lepas tu exam, masuk sem seterusnya sambung lagi 2 posting.

Surgery merupakan posting pertama saya. Kalau o&g terkenal dengan kegarangan profesor2 dan Doktor2nya, JKM terkenal dengan vacation Hawainya, Internal medicine yang tak boleh berenggang pelajar dengan bukunya, Surgery pula terkenal dengan doktor2 yang sangat sibuk. Menunggu doktor selama sejam adalah perkara biasa di department ni.

So, untuk minggu pertama ini, kami perlu mahir dalam clerking patient. Perlu ambil sejarah pesakit. Dan practise present the case. Kami pulak perlu tebalkan muka walaupun banyak kali direject oleh pesakit-pesakit. Yela, mana tak direject, dalam sehari mungkin 5 orang akan tanya soalan yang lebih kurang sama. Penat la mereka nak jawab, ditambah dengan keadaan emosi sebagai pesakit. Kadang-kadang tu tak sampai hati nak ganggu mereka, terutama pakcik makcik yang telah lanjut usia.

Tak berniat menulis panjang. Nak sambung baca buku. InsyaAllah, akan menyusul post2 seterusnya.

Rasulullah bersabda :
"Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang muslim"

Imam Syafie berkata bahawa:
"Ilmu itu ada dua jenis: Ilmu feqh agama (untuk kesejahteraan akhirat) dan Ilmu
kesihatan badan (untuk kesejahteraan dunia)."

waallahua'lam

Monday, June 21, 2010

perlu ada blog ke?

Salam,

Tak pasti, nak bahasakan diri sbg saya?ana?aku?nama sendiri? Saya, lebih manis kot. Nak kata ada bakat menulis, memang satu penipuan la tu. Tapi bakat membaca memang tak dinafikan ada.huu.. saya lebih suka membaca daripada menulis, lebih suka diam drpd bercakap(yeke?), lebih suka memerhati drpd diperhati(huh, sapa nk tgk kamu?). Kesimpulannya, saya tak suka exposekan diri, sangat pemalu sebenarnya. So, kenape nak buat blog pulak? Mungkin, terpengaruh dengan blog saifulislam, mungkin jugak dengan blog2 dr sahabat lain. Mungkin sebab pernah dengar dari sahabat yang bagitau Dr. fadzillah Kamsah kata, menulis adalah terapi yang baik bagi seseorang individu itu. Ya, memang banyak kemungkinan. Tapi, memang niat asal untuk menulis blog adalah sebagai terapi sahaja. Macam ala-ala diari la. InsyaAllah kalau ada kekuatan dan kelebihan Allah bagi untuk jadikan blog "dari hati" ini sebagai salah satu medan dakwah, ana akan usahakan yang terbaik..ish, tiba-tiba tukar jadi ana pulak. Saya memang tak sangka boleh ada blog jugak akhirnya. Saya seorang yang buta IT sebenarnya(jangan buta hati dah). Masa kat matrik, banyak lagi basic2 function dalam microsoft word saya tak tahu. Sampai kawan saya kata, "ko kene belajar ni, nanti kat U takkan nak mintak orang lain ajarkan lagi" huhu..Ada satu hari tu, kat matrik jugak, kami semua kene buat essay BI bertajuk, 'My Ideal Partner'. Dalam essay tu, kene huraikan la ciri-ciri bakal suami yang diingini..tahu tak antara ciri yang saya tulis apa? He must be an expert in IT field..huhu.. sambung lagi ..because my IT knowledge was very poor.. I want him to teach me..hihi.. Mungkin, kalau kawan saya tahu yang saya dah ada blog, mesti die terkejut..Sekarang ni pun, saya still belajar lagi, banyak lagi yang perlu tahu. Yang penting kene positifkan diri. Dulu saya selalu ingat susah sangat nak tahu bab-bab IT, tapi sebenarnya kalau kita usaha, tak susah mana pun. Tapi sebelum tu kene banyak buat try an error la..huhu, memang banyak la error nye.. ok, dh dapat point penting kat sini, usaha,usaha dan usaha. Walaupun ada salah pada mulanya, jangan kita cepat putus asa. Positifkan diri juga amat penting. Bukan untuk belajar IT je, tapi praktikkan untuk kehidupan kita yang sudah pasti ada jatuh bangunnya. Bagi pendapat penulis sendiri, gaya bahasa untuk post ini sangat tidak matang, tidak selari dengan pertambahan usianya..walaupun, sering dianggap oleh sahabat2, diri ini mempunyai sifat2 keibuan(huh??)mungkin di post lain kita boleh huraikan tentag isu ini. ok, serius sikit.. "kita tidak di cela kerana tidak sampai ke tingkatan takwa yang paling tinggi, tapi kita dicela kerana tidak membuat usaha, sedangkan kita masih berkemampuan"

waallahu'alam

p/s 1: baru balik dr study grup..penat, tapi berbaloi. al-mulk & as-sajdah sedang menanti.
2: nak cuba post sehari satu post. (banyak nak tulis ttg medical school)

Muqadimah

salam,

this is just beginning, InsyaAllah, need to be istiqamah
al a'malu binniat, insyaAllah, tetapkan hati ini, Ya Allah.