Sunday, August 29, 2010

Malam penuh misteri




Bukankah umurmu itu tidak sepanjang umat dahulu,
untuk kau beramal sebanyak mereka dahulu,

Bukankah dosa-dosamu itu bagaikan pepasir di pantai,
tidakkah kau mahu menjadi hambaNya yang bertaubat,

tidakkah kau mahu menangis merintih keampunan dari Dia yang Maha Pemaaf,
merayu agar dimakbulkan segala doa dan hajat dari Dia yang Maha Pemurah,
bertasbih, bertahmid memuji Dia yang Maha Agung,
mentadabbur al-quran yang diturunkan pada bulan yang mulia ini oleh Dia yang Maha Mulia

carilah malam yang tenang dan hening itu,
malam yang dikatakan segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
malam di 10 ramadhan terakhir,
malam yang lebih baik dari 1000 bulan,
malam yang diimpi oleh seluruh umat Islam,
malam yang penuh berkah dan rahmah,
malam yang penuh misteri,
malam al-qadar..


" Ya Allah, kurniakan kesungguhan pada kami untuk bangun di setiap 10 malam terakhir ini dan ketemukan kami semua dengan malam al-qadr "


p/s: pencarian bermula malam ini! Pemurahnya Allah menyediakan lailatuqadr ini pada kita semua, jangan jadi hambaNya yang tak bersyukur. Usaha sungguh2..!



Friday, August 27, 2010

Tentang bulan


salam,

Bulan I:

bulan Ramadhan hampir masuk ke fasa ke3.
apa yang aku dah buat?
fasa 1, fasa 2 dapatkah rahmahNya, keampunanNya?
dengan amalan kau yang tak istiqamah itu..
inikah yang kau katakan ramadhan terakhir kau ni?
astaghfirullah...

"amat rugilah orang yang tak mendapat ampunan di bulan Ramdahan ini" sabda nabi saw

Bulan II:

balik je dari terawih, mesti dongak kepala, tengok langit, cari bulan
subhanAllah, cantik sangat..
tak tahula, mata aku yang silap atau apa,
bulan dalam bulan Ramadhan ni cantik dari hari-hari dan bulan-bulan lain.

cantiknya dia sampai tersenyum-senyum tengok,
indahnya dia buat kita memuji-muji kebesaran Allah,
terang cahayanya menyebabkan kita tak jemu-jemu melihat.

suka bulan, suka dan kagum lagi pada pencipta sang bulan. SubhanAllah..

"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing beredar pada garis edarnya" (al-anbiya:33)

Bulan III:

suka juga pada bulan kat bendera :)

Bulan IV:

tak suka makan kuih bulan :(


p/s 1: semakin banyak tulis, semakin merepek..
p/s 2: td blik terawih, xnmpk bulan pn..mane dia?
p/s 3: teringin nak belajar ilmu falak..

Saturday, August 21, 2010

Mereka mengasihi kita sebelum kita lahir!



salam,

Alhamdulillah, semalam aku berpeluang melihat satu delivery(proses kelahiran bayi). Ya Allah, betapa seksa dan sukarnya seorang ibu melahirkan anak.. Kesakitan yang dikatakan kedua paling sakit selepas mati!

Masuk ke labour room(dewan bersalin) bukanlah terus dapat melahirkan anak seperti yang kufikir sebelum ini. Ia memakan masa. setengah jam, sejam, 2 jam..? Seperti kes semalam, 4 jam! itu merupakan kelahiran pertama, jadi ia mengambil masa lebih lama berbanding mereka yang pernah bersalin sebelum ini.

-------------------------------------

Di saat ibu muda itu mengerang kesakitan, berpenat lelah berusaha untuk 'push' baby tersebut, suaminya di sebelah tak jemu-jemu memberi sokongan. Seluruh tenaga digunakan untuk melahirkan anak tersebut. Pucat mukanya, tangan suami digenggam erat, mulut ditutup rapat.. dan alhamdulillah setelah hampir setengah jam meneran, akhirnya tangisan bayi kedengaran.

Di saat ibu yang masih kesakitan, tangisan bayi itu menyebabkan terukir senyumnya di bibir, mengalir air mata kegembiraan. Diri yang kesakitan tak dihiraukan, penat yang di alami tak dikisahkan lagi. Hanya wajah anak, yang sangat ingin dilihat.

Setelah anak dilihat, sakit itu terasa kembali, placenta dan darah-darah beku perlu dikeluarkan. Kali ini sakit itu tak seperit sebelum ini. Kerana apa?Anak sudah selamat dilahirkan. Kesakitan diri bukanlah utama, keselamatan anak itulah yang lebih penting..

----------------------------------------------------------

Saat aku melihat semua ini, air mata bergenang. Mak...!
Teringatkan mak di rumah.
Mak mengalami ini semua selama 5 kali.
5 kali bertarung nyawa,
5 kali mengerang kesakitan,
5 kali berkorban kudrat!

Tapi apa yang kubuat di saat mak memerlukan bantuanku untuk ke kedai
pelbagai alasan kuberi, 'penat, nanti ye mak.'
samakah penatku ini dengan penatnya mak melahirkan ku?

di saat mak berendam air mata, merinduiku,
apa yang kubuat? mengharapkan mak yang menelefon.
susahkah aku untuk bertanya kaba,
bertanya kaba dia yang bertarung nyawa untukku

di saat mak ingin bercerita, berkongsi masalah denganku,
apa yang kukata? memberi alasan sibuk dengan study,
mengharap mak call nanti..

apa yang kamu dan aku lakukan yang mungkin pernah mengguris hati ibumu, itu semua tak mengurang sedikit pun kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Anak yang dikandungnya selama 40 minggu, anak yang mungkin mengancam nyawanya, anak yang menjadi harapannya, anak soleh/solehah yang akan mendoakannya..


--------------------------------------------------------
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Al-Israa’ 17: 24)

Ya Allah, memang layaklah 'syurga itu di bawah tapak kaki ibu'. Terima kasih mak, melahirkan kami semua. sesungguhnya mak sangat layak dikasihi, disayangi, dijaga selamanya. Bukan sikit pengorbanan dan jasa ibu. Saat bersalin pun dah di uji Allah dengan segala keperihan, membesar dan mendidik anak, lagilah hebat!

"Ya Allah, kau ampunkanlah dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku sewaktu kecil"

"Ya Allah, rahmatilah keduanya, berilah kesejahteraan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Jadikanlah diriku ini anak yang solehah yang dapat berbakti dan mendoakan mereka sentiasa"


Wahai mereka yang bergelar anak, kita mungkin lebih bijak daripada mereka, tetapi kita tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kita hanya mampu mengasihi mereka selepas kita bijak, tetapi mereka mengasihi kita sebelum kita lahir!

p/s: Mak!...sob..sob

Wednesday, August 18, 2010

Hanya orang sibuk ada masa

Anis (anak sedara) sibuk tido


Hanya orang sibuk ada masa.


Pepatah ini mengubah paradigma pemikiran saya buat seketika ketika membelek buku ‘Mengurus Kerja dan Waktu’ tulisan Saudara Fadzly Yusuf. Fikiran saya yang batu dan buntu ketika itu dek kerana dihimpit oleh kerja membukit, meletakkan diri saya terlalu obses dengan masa. Merasakan diri seolah-olahnya sibuk sehingga acapkali mengkesampingkan hal-hal yang dianggap 'runcitan'.


Saya percaya ada di kalangan anda begitu. Apabila kehidupan dihimpunkan dengan kesibukan demi kesibukan, mulalah berpersepsi seperti ini - ‘orang sibuk tiada masa.’


Maka akan kedengaran kata-kata berbau alasan bagi mengenetepikan ajakan untuk berbuat sesuatu yang lain, yang dianggapnya menganggu kerjanya sebelum itu. Adalah merugikan bila kesibukan itu berbentuk peribadi dan hasilnya bukan manfaat untuk dikongsi-kongsi.
“Ah, takde masalah nak buat perkara tu, saya sibuk.”


Kedua-dua kosa kata ini sememangnya sangat sinonim dengan orang yang sibuk. Sibuk ertinya tiada masa. Sibuk, tiada masa. “Sori, takde masa lah, saya sibuk!”.


Mengaku tiada masa kerana sibuk, mengaku sibuk lalu tiada masa. Persepsi yang menjadikan diri seorang yang obsesif.


Kesibukan secara tidak langsung meletakkan diri kita sebagai seorang individu yang sentiasa mempunyai masa, bukan tiada masa. Kehadiran masa yang bergerak saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, adalah suatu yang sangat dihargai secara tuntas oleh orang yang sibuk. Perkara yang sama tidak pragmatik bagi seorang penganggur mahupun pemalas. Bagi mereka, tiada catatan masa sebagai pelari pecut yang mengejar lawannya di gelanggang olahraga masa.


Sesaat masa adalah usaha seorang pekerja,
sesaat masa adalah hasil seorang petani,
sesaat masa adalah ilmu seorang pelajar,
sesaat masa adalah karisma seorang pemimpin,
sesaat masa adalah idea seorang penulis, dan;
sesaat masa adalah keuntungan seorang peniaga.
Sesaat masa berbuah pahala seorang ahli ibadah.


Jangan mengaku bahawa anda individu yang sibuk, jika masih gagal mengoptimakan usaha dalam sesaat masa. Jika anda sibuk, tandanya anda mempunyai masa kerana kehadiran masa sentiasa dihargai oleh mereka yang sibuk. Hakikatnya, orang yang sibuk adalah di kalangan yang bijak mengendalikan masanya. Dia mempunyai masa dan dia belajar mengendalikan masanya, agar setiap inci masa adalah kepunyaannya.


Jika mengaku sibuk tetapi masih gagal mengoptimakan masa sebaik mungkin, tandanya anda bukan sibuk tetapi penyibuk! Sibuk pada urusan yang tidak perlu adalah sikap seorang penyibuk. Bijaklah mengutamakan mana yang lebih utama agar kita tidak menjadi pembunuh kepada diri sendiri dengan bius kesibukan yang tidak perlu.


Waktu kosong itu tidak ubahnya seksaan halus ala penjara cina; meletakkan seorang tahanan di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air satu titis setiap minit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya si tahanan menjadi stress dan gila. Bunuhlah waktu kosong dengan ‘pisau’ kesibukan. Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50 peratus kebahagiaan.


Oleh itu, bangkitlah kalian sekarang juga. Kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji kitab, menulis, mengemas meja kerja, berprogram atau berbuatlah apa sahaja yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu. Jangan berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.


Renungilah kata-kata pepatah Arab, “Statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda (dengan banyaknya masa lapang) akan membunuh dirinya”.


Elakkan statik. Jadilah pemuda dan pemudi yang dinamik, menggerakkan enjin diri dengan kecepatan paling tinggi. Jangan lupa, servislah enjin itu selalu agar tidak mati ditengah jalan dan tahan lasak dalam jangka usia yang lama.


"Terima kasih Tuhan kerana menjadikan saya seorang yang sibuk. Semoga kesibukan ini akan berterusan bagi mencari bekal mengisi kelompongan buku amalan kananku."


Sudahkah kita bersedia menghadapi Hari Sibuk di SANA…? Jika belum bersedia atau tidak cukup persediaan, jangan mengaku sibuk! Semoga kesibukan di dunia membantu kelapangan kita di akhirat.


sumber : dr-mahasiswa


p/s: Muhasabah diri kerana agak stress skrg. Sibukkah aku kerana aku ada masa?

Sunday, August 15, 2010

Di sebalik Bazar Ramadhan

salam,

Alhamdulillah berpeluang ke bazar ramadhan bersama sahabat2 petang tadi. Sudah menjangkakan kehadiran umat manusia yang sangat ramai di bazar itu.

Seperti biasa, aku berjalan dahulu menyebabkan sahabat2 aku yang 6 orang itu mengikut sahaja aku. Mula-mula ikut, tapi dengan keadaan ramai sangat orang, kami pun terpecah dengan sendirinya.

Bapak dah ajar dulu, sebelum pegi mana-mana kena plan dulu nak buat apa, nak beli apa. so, dalam fikiran dah tahu apa yang nak di beli dan aku hanya berdua dengan seorang sahabatku setelah yang lain singgah ke gerai2 tertentu.

Berjalan dengan pantas, tak menjadi sebab untuk aku terlepas untuk terlihat beberapa pasangan yang berpegang tangan, berjalan beriringan, bersenda gurauan. Cuba berbaik sangka, tapi hati kecil ini tetap percaya mereka itu masih di bangku sekolah, belum mempunyai hubungan yang sah. Bukan satu yang kujumpa, tapi beberapa. Masya Allah. Kalau boleh nak bagi diorang poster2 ni..








Kisah kedua; aku juga jumpa beberapa pihak yang minta sumbangan dan pakcik yang mengharapkan ihsan orang ramai untuk memberi sedekah. Setiap orang mungkin mempunyai pandangan tersendiri tentang isu ini.

Ada yang kata takut2 tak sampai sumbangan pada pihak yang sepatutnya, mungkin sindiket, mungkin menggalakkan kurangnya produktiviti mereka yang meminta sedekah ini.

Bagi diriku, ikhlaskan niat untuk menderma hanya kerana Allah, yang lain-lain itu urusannya dengan Allah. Ada ustaz pernah cakap, bila datang seseorang itu untuk minta sumbangan, berilah seikhlas mungkin, ia satu kemudahan untuk kita sebenarnya untuk melakukan ibadah bersedekah ini tanpa perlu pergi mencari rumah anak-anak yatim dan sebagainya.

diceritakan oleh Ibnu Abbas;

“Rasulullah saw adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah saw melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)

Melebihi angin yang berhembus-sangat ringan dan cepat dalam memberi tanpa banyak berfikir


p/s 1: Tak best la pegi bazar bila ramai sangat orang, berapa kali terlanggar orang tadi. Tak nak g dah!
p/s 2: Sok start o&g, Ya Allah berilah kami kekuatan dan ketabahan menghadapi hari pertama di deparment ni.
p/s 3: sempena bulan ramadhan ni, harap-harap prof2, dr2 tak la garang sangat ;)
p/s 4: Bila kena marah, nak cakap kat doktor ke yang 'sesungguhnya aku dan kamu sedang berpuasa' :P


Friday, August 13, 2010

Jika ini ramadhan terakhirku..




salam,

Jika ini Ramadhan terakhirku,
pasti aku berusaha untuk khatam quran bulan ni.

Jika Ramadhan ini yang terakhir,
semestinya aku bangun setiap malam mencari lailatulqadr.

Jika aku tak ketemu Ramadhan selepas ini,
pasti aku tak jemu-jemu untuk bersedekah.

Jika Ramadhan ini yang terakhir,
majlis-majlis ilmu pasti ku hadiri..
ibadah2 sunat kulakukan semampu mungkin..
sahur dan terawih takkan ku tinggalkan..
doa tak putus2 kupanjatkan-rahmat, keampunan, dan terlepas dari azab neraka..
puasaku bukan puasa biasa, setakat tahan lapar dan dahaga
puasaku puasa dari segala nafsu, puasa anggota, puasa segalanya..

"Ya Allah, kau tabahkan hati-hati kami dalam bermujahadah melawan nafsu, berilah kekuatan untuk kami tingkatkan ibadah2 kami, dan jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik buat kami. Dan moga semangat untuk menjalani festival ibadah ini seumpama ini Ramadhan terakhir buat kami, Ya Allah"

p/s 1: Anggaplah ini Ramadhan terakhirmu..
p/s 2: Jangan biarkan kesibukan kau di o&g mengganggu ibadahmu di bulan puasa!

Friday, August 6, 2010

surgery yang mengerikan

salam,

sementara tunggu bajim amik aku untuk pulang ke rumah, nak tulis sikit pengalaman dan ibrah yang aku dapat sepanjang posting surgery.

Doktor2, Specialist2, Prof2 sangat best. kebanyakan nya cool and steady. Tak garang, tak marah2. (sebab ramai surgeon lelaki n diorang sangat busy). Suka mengajar dan suka tanya soalan. (huhu)
Tamatnya 8 minggu aku di department surgery ni macam-macam gelagat pakcik makcik di ward.

ada yang peramah, ada yang pemarah, ada juga yang pemurah.
Peramah kerana menceritakan semua kisah hidupnya (masalah anak yang tak mahu kahwin, aik? nak bagi borang ke, makcik:)
Pemarah kerana rungsing dengan soalan sama yang kerap ditanya. ( ada yang terfikir kalau lepas ni masuk ppukm lagi, dia nak recordkan suara, bila student datang play kan je.haha or dia nak photocopy dan edarkan pada student.huhu). kreatif pakcik2 ni :p
Pemurah bila menawarkan makanan hospital pada kami :p( tawar katanya)

bila dikenang-kenang kembali, rasa kelakar pun ada. Ada jugak kes yang anak yang tido sekatil dengan maknya. makcik pakcik yang romantic (jaga pasangan siang malam). Ada yang tak pandai berbahasa melayu or english. (ada jugak yang buat2 tak pandai, bila doktor tanya bole pulak jawab.huhu)

Tapi, banyak yang menggusarkan hati ini. Ramai orang islam yang pernah minum arak sebelum ini, ada multiple sexual partner. Yang paling sedih, bila dah sakit ni, solat pun entah ke mana. Alasan sakit, ada branula kat tangan dan sebagainya biasa kita dengar. Ya, memang mereka kurang ilmu dan aku yang lemah ni tak banyak yang dapat membantu. Sekadar bertanya dan memberi sedikit nasihat. Ya Allah, lemahnya diri ini. :(

Pengajaran:

1) Ramai orang Islam tak solat!
2) Ramai orang Islam minum arak!
3) Peranan doktor2, nurse2, medical students Islam sangat berat dan besar
4) Ramai mereka di no.3 ni tak amik kisah dengan semua ini.
5) Tajuk tu saje je bagi gempak sikit. (memang ngeri la dengan keadaan ni sbnrnya..)


Tuesday, August 3, 2010

Dakwin

Basuh pinggan sama2


salam,

Dakwin adalah nama panggilan adikku. Beza kami 4 tahun. Sebenarnya, mak cakap mak tak sangka pun nak dapat dakwin ni, tapi dah rezeki. Sepanjang 4 tahun tu, aku dipanggil adik. so, bila dah dapat dakwin, bapak pun memberi aku gelaran lain. 'Kakdik'. kakak pun ye, adik pun ye. haha.

so, dakwin agak special sikit sebab dialah satu-satunya orang yang aku akan menamakan diriku sebagai kakdik.(ayat terbelit2). maksudnya, dengan dia je, aku akan bahasakan diri sebagai kakdik, dengan orang lain aku guna nama aku sendiri. Tak taula nape jadi macam tu. huhu.

Masa kecik-kecik dulu, kami tak rapat sangat. Sebab aku lebih rapat dengan bajim yang 2 tahun lebih tua dari aku. Tapi bila dah besar sikit, kami pun jadi rapat. Tapi, mengikut kajian(huhu..) dan pemerhatian, semua anak bongsu akan rapat dengan sume adik-beradik yang lain.

Dia memang suka bercerita. memang tak reti nak simpan sendiri. Cerita tentang sekolah, tentang kawan-kawan dia, termasukla sapa yang dia suka. Kalau ada masalah simple pun nak kene tanya pendapat aku. Tak taula, memang macam tu kot sifat anak bongsu ni. Aku pulak macam biasa kadang-kadang menjadi pendengar yang baik kadang-kadang tak baik. yela, cuba bayangkan, dia baca satu komik ni, pastu dia suruh aku dengar semua jalan cerita tu. Bila aku suruh dia pendekkan cerita tu, dia kata tak boleh, sebab semuanya penting. ish2..

Bagi aku, dari segi luaran memang nampak matang. Hakikatnya, tak pun. Kalau kat rumah, dia sangat tak matang. Manja je lebih. Tapi, menurut cerita dia, dia selalu menjadi rujukan kepada sahabat-sahabat dia kat sekolah. Dengan kata lain, dia antara yang matang di kalangan sahabat-sahabat dia. Tapi, kalau kami pegi kenduri atau apa-apa majlis, aku selalu dianggap adik. Bukan sebab dia nampak matang, tapi sebab aku nampak muda. haha..tak la, sebab aku lebih rendah dari dia. ;(

Tapi, dia selalu je tunjuk yang dia sayang kat aku. Aku ingat lagi, masa tu, aku nak SPM dia hadiahkan aku 2 batang pen yang dah dibacakan surah yassin. Dan jugak lirik lagu nasyid yang aku suka waktu tu. Walaupun pen tu murah je.hehe, tapi aku sangat terharu terima hadiah tu.

Dakwin dan aku rapat, antara faktornya adalah kami dari ovum yang dihasilkan daripada ovary yang sama. huhu.. Tak percaya? percayala.. sebab lepas je bajim lahir, mak di diagnosed ada ovarian cyst. so, satu ovary terpaksa dibuang. So, ada satu je ovary yang tinggal. Maknanya, kami dari ovary yang sama!

Kami berdua juga minum susu ibu sepenuhnya, tanpa ada campuran dari mana-mana susu di pasaran. So, mak cakap, sepatutnya, kami berdua lebih cemerlang dalam pelajaran. insyaAllah mak, kami sedang berjuang..! Dakwin memang bijak. Dapat cemerlang dalam upsr, pmr. Tahun ni nak spm pulak. Oleh sebab ada bakat dalam bercakap.haha. dia jugak aktif dalam pertandingan forum. Dia pernah jadi pemforum terbaik peringkat negeri! Muka masuk surat khabar lagi.. huhu (tengokla, adik sape)

pernah juga orang kata kami ni kembar. padahal, dakwin lagi cantik. (betul..). Dia juga selalu terikut-ikut aku. Spec nak tiru cam aku jugak. ish..sibuk je. Tapi, dia memang dari kecik-kecik dulu nak jadi doktor. Nak jadi macam Dr. Masyitah. Doktor pun ye, ustazah pun ye. haha. masa tu, dia tak tahu yang tu Dr phd. Tapi memang dia sangat minat nak jadi doktor, bukan macam kakak dia yang masih samar-samar masa nak isi borang upu tu.

Seronok sebenarnya ada adik perempuan ni. Kalau nak buat apa-apa mesti buat sama-sama. Kalau ada kenduri, kami berdua la yang akan basuh pinggan sama-sama. Kami berdua la yang akan kemas rumah sama-sama. Bila kakak aku kawin dulu, dakwin ada cakap yang dia rasa sedih, tapi dia cakap dia akan rasa sedih lagi kalau aku kawin nanti. ada-ada je budak ni..
tapi, aku selalu rasa dia yang akan kawin dulu..huhu

' dakwin, nanti bila kakdik dah sedia nak bagitahu yang kakdik ada blog ni, dakwin janganla terharu sangat bila baca ni..huhu..kakdik nak dakwin tahu yang kakdik sayang sangat2 kat dakwin. dakwin pun tahu kakdik susah sikit nak luahkan perasaan kakdik ni '

' sempena trial spm dakwin yang bertarikh hari ni, kakdik nak wish all the best! kakdik tahu dakwin bole wat! insyaAllah..'

" Ya Allah, sesungguhnya adikku ni, adik dan anak yang solehah. Ampunkanlah dosa2nya, Kau bantulah dia, terangilah hatinya dengan ilmu yang bermanfaat dan janganlah Kau lupakan apa yang telah dipelajarinya. Kurniakan kejayaan kepadanya di dunia dan akhirat. Hanya kepada engkau kami sembah dan hanya kepada engkau kami mohon pertolongan.."

p/s: Baru terima call dari dia malam tadi. Biasala tu, nak exam mesti call suruh doakan. Dia tak tahu kita doakan dia setiap hari